Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya...



Salam Aidil Adha buat semua kenalan dan pengunjung blog yg merayakan hari yang penuh pengertian ini...

Selamat menjalani ibadah korban

Syukur kerana tahun ni raya jatuh pada hari Jumaat


p/s : yg ada penyakit darah tinggi, jgn makan daging banyak-banyak..

Tuesday, November 24, 2009

Kerenah si kecil

Anak kecil... memang macam-macam ragam....
Semalam konvo...
mula-mula ceria...







Bila dah penat, maklumlah banyak sangat buat "show".... mengaji, bernasyid,... mula penat dan tarik muka 18....



Terus ajak ke "NASI AYAM MAMA"
melebar senyum....


konon tak nak makan...



haaa.... ambik kau...
nasi ayam special...
tak habispun..
bungkus bawak balik...


Monday, November 23, 2009

convo? hehehe


Alhamdulillah... dalam pada "ponteng" sekolah selama sebulan, konvo jugak anak kecilku ini...
Walau tidak sehebat mana, sebagai mak, sudah pasti lega kerana akhirnya selesai menghabiskan program tadikanya... tahun depan masuk tahun 1.. moga lebih rajin ke sekolah...



Semalam, Ahad 22/11 telah diadakan majlis graduasi di Hotel Lead View, Seri Manjung... aku dulu tak pegi tadikapun....

Kita layan gambor je...

Am besar nak jd apa?

nak jd body guard...

hahaha.. padahal, dialah yg paling kecil antara kawan-kawan...
(Am paling kiri)


melayan budak-budak.. mana boleh diam...


bangga menunjukkan gambar kengkawan..


macam-macam acara...

Hari ini gaji?




Hari ni gaji ke?
Hanya selepas 45 hari bekerja?
Betul ke? Bukan 25 hb ke? Hari rabu?

Elok sangatla tu... dompet aku dah tinggal skeiling je..






Aku tak kesah.. gaji ke tak gaji ke... duit aku banyak...

Semalam baru je dapat rezeki... terpijak...

Seronoknya kalau hari ni gaji... boleh aku habiskan saki baki duit yg ada...

Alhamdulillah....

Friday, November 20, 2009

cuti bersama....... kecintaanku....



bagaimana untuk aku lepaskan masa cuti yg ada ini mentelaah novel .... seperti mana gilanya aku pada episod ini...


pastinya selepas ini jika ada anugerah NILAM utk guru.. aku termasuk dalam senarai anugerah EMAS? urghhh.. perasan!!!

aku suka ke kedai buku.. borong mana yg berkenan... tidak terlepas pada novel kecintaanku...


... dan kali ini "aku cinta dia" menjadi pilihan.... terima kasih


bukan tiada kerja lain nak dibuat,
bukan meninggalkan bacaan Al Quran,
namun kecintaan ini membuatkan aku
mengulang bacaanku.. untuk ke n kalinya.. .
terima kasih lily... novelmu ini bisa mengalirkan air mata ...

begitu juga "bayangan rindu"... mengingatkan aku zaman persekolahan...


terima kasih kepada semua ......

maka .. bermulanya hikayat sebuah cuti...


hari ini Jumaat 20/11/2009 .. esok, Sabtu 21/11/2009 bermula nya cuti sekolah penggal ke dua tahun 2009. Hari yg pasti dinantikan oleh semua.. murid-murid, guru-guru, ibu bapa.. arghh ramai lagi... bakal pengantin juga tidak sabar menanti cuti. Maklum saja cuti sekolah adalah waktu yg paling sesuai utk semua nak buat kenduri kawin.. bertindih-tindih jemputan yg datang.. sampai tak tahu mana satu nak didahulukan...


banyak program yg dirancang masa cuti ni... gunakan sebaik mungkin.. ada yg nak melancong... dlm atau luar negeri, ada yg nak kawin, ada yg nak bersunat, ada yg nak ke Mekah.. menunaikn haji atau umrah...


ada jugak yg nak tulis buku..., ada yg nak belajar menjahit, ...


macam-macam hajat, macam-macam perancangan... macam nak buat azam tahun baru pulak...


tidak dilupa kepada rakan sekerja yg nak menikah Ahad ni.. 22/11/2009.. Selamat Pengantin Baru.. Semoga bahagia kekal ke akhir hayat...


Aku n famili?

cadangnya balik kg ~ g kenduri kawin ~

selamat bercuti untuk yg bercuti..

Thursday, November 19, 2009

mengemas? pindah?

Jika dikira ngan jari, ada dua hari lagi nak bersekolah utk sesi 2009 ni... sementelah anak-anak didik sedang berjuang di dewan peperiksaan, aku habiskan sisa-sisa hari yg ada ni utk mengemas : - sisih mana-mana yg dah tak diperlukan lagi.... susun dan simpan mana-mana yg masih dirasakan perlu dan yg boleh dijadikan something sentimental value........

plastik sampah ke dua....



mejaku... macam-macam ada...
sambil mengemas, sambil mengupdate fail,
sambil berfb..



jangan silap buang...
ada macam-macam...
bahan buangan azreen pun dah mengganas...
hehehe


baru siap sebahagian.... sambung esok...

Tuesday, November 17, 2009

Senyum melebar....

Penuh bergaya dengan baju tidur yang baru...
merengek lama nak dapatkan baju ni...

Baju popeye je...

:((((
nak tom jerry jugak...

baju jerry yg lama dah buruk....

mana tak buruk... asal basuh, lipat, mesti terus pakai...



mak, pastikan nampak
gambar tom tu...



macam-macam...
pengaruh katun di tv
besar nanti dharap
patuh pd ajaran agama..
InsyaAllah..

Monday, November 16, 2009

Sambal sotong berkari berterung


Basic resepi ni biasa je...macam masak sambal sotong...
untuk resepi boleh rujuk sini..

tapi akak tambahkan serbuk kari udang/sotong masa menumis..
tp kali ni tak bubuh santan dan sambal ni agak kering....
dan...
terung tu sengaja ditambah sebab tinggal sebiji terkontang kanting kat dlm peti ais lebih masak asam pedas.. so bila sotong ni dah nak masak, masukkan je..

Selamat mencuba...

Sunday, November 15, 2009

khas buat kalian berdua...


Alhamdulillah tercapai jugak hajat....
Maka inilah hasilnya, bubur pedas yang telah berzaman-zaman aku tak makan...
Terima kasih banyak-banyak buat along @ terompah-biru.blogspot.com.....di bumi kenyalang yang begitu prihatin mengirimkan rempah ni jauh dari sarawak... terima kasih banyak-banyak..

Juga n3 ni ditujukan khas untuk blogger nun jauh di brunei..UmmiRosma.....
bubur pedas akak ni lain dr yg ummirosma punya... tp masih guna rempah yg sama...

so, sesiapa yg nak cuba resepi ni... meh kita tengok apa yang patut ...




Bahan yang akak guna:
- pisang muda (guna pisang emas)
- keledek
- ubi kentang
- rempah bubur pedas (yg saya dapat drp. along)
- serai
- santan kelapa
- sotong (sebagai perencah atau ikan bilispun boleh)




Cara nak masak:
1. keledek, pisang muda dan kentang dipotong dadu dibersihkan..
2. serai dan ikan bilis tu ditumbuk (tak perlu hancur.. kata org rawa.. ombar-ombar jo)
3. masukkan santan, keledek, pisang muda dan kentang serta serai dan ikan bilis dalam periuk dan masak..
4. jangan lupa sotong tadi di potong kecil..
5. dah mendidih masukkan garam secukup rasa..


bubur pedas ni tak pedas pun. kami selalu makan bila bulan puasa...
nampaknya anak aku si nurul.. suka sangat..
setengah periuk dia punya...

belum cuba belum tahu....

Friday, November 13, 2009

gila novel....




beruntung lah orang yang dianugerahkan pandai mengarang.. tak kira apa jua yg dikarangnya.. novel, cerpen, karya atau apa saja...

dan aku adalah antara jutaan pembaca novel sharifah abu salem... seorang pengkarya... bukan sekadar novel... malah drama di tv jua dicoret olehnya... dan aku sekarang sedang gigih menghabiskan novel ni... 3 serangkai.. hehehe..

aku pasti bukan aku saja yg minat, gila baca novel.. tak kira bahasa apapun... bg yg ulat buku. pasti tahu apa nikmat yg diperoleh bila buku yg dibaca tamat hingga penghujungnya..

dan jangan sangka..... fb pun kalah dengan novel...

Thursday, November 12, 2009

manis berbaju jingga...



ini baju batik sedondon untuk sekolah ku tahun ini.. tahun depan warna apa pulak?
warna biru tua, meroon, biru muda, purple dah merasa...
hijau pulak kot????

Tuesday, November 10, 2009

Udang galah bercili


macam dah lama sangat tak letak resepi kat sini....
ramai jugak yg bertanya, mana resepi baru?

sebenarnya dah lama dah masak udang ni
pergi pasar nak beli ikan keli tapi terjumpa pulak si udang galah..
resepi paling simple..

Bahan-bahan:
1. Udang galah (5 ekor ~ cukup seekor seorang)
2. 5 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih
3. 3 sudu paste tomyam
4. 3 sudu cili kering (blended)
5. daun bawang
6. kobis bunga..

Cara-cara memasak:
1. Bersihkan udang, gaul kunyit garam dan goreng sebentar, angkat (tos)
2. Tumis pulak bawang hingga naik bau dan garing, masukkan cili kering dan paste tomyam
3. agak-agak dah naik minyak, masukkan udang yg digoreng tadi, kobis bunga, garam, gula secukup rasa...
4. Hiaskan dengan daun bawang..

Monday, November 9, 2009

1st generation of VOKASMA

sofian (demai), azizan, bob, raihan..

bersama guru cg suhaimi + cg haris


empat sahabat, bekas pelajar sm vokasional aliran elektrik... pioneer of vokasma..
yg dah lama rindu pada cikgunya.. cg haris aka suamiku...

bayangkan selepas 18 tahun tak bersua.. pasti ada rasa rindu, rasa terhutang budi dan segala macam rasa.

alhamdulillah.. semalam.. mereka bersua kembali... banyak memori dirungkai kembali...
cg haris balik rumah asyik senyum je.. sambil bercerita kisah anak didiknya yg sekarang dah jadi "orang"... hehehe...

pastinya telah berkeluarga dan berjaya dalam bidang masing-masing... tahniah..

Friday, November 6, 2009

Sedapnya murtabak

Tiap minggu mesti beli murtabak Pak Long...


Makan gitu sajapun sedap...


Sejak kecil memang suka makan murtabak. Zaman dolu-dolu murtabak hanya dibeli di kedai mamak. Ingat lagi masa tinggal kat Pengkalan Chepa, Kltn, setiap kali arwah abah dapat gaji, mesti pegi Kota Bharu naik beca makan murtabak kat kedai mamak tu...

Sekarang ni dah ada dijual di mana-mana. Macam-macam saiz. Kat pasar malam tempat aku di Manjung ni, aku anak beranak paling suka murtabak Pak Long... murtabak Pak Din ok gak. tapi selalu ada di bulan puasa je...

Aku suka makan murtabak ni dengan bawang jeruk... tapi anak-anak suka dengan kuah kari..
ye la selera memasing..

dolu-dolu masa aku sekolah rendah, mak selalu buat.. maklumla anak ramai.. nak beli mahal.. aku selalu jadi tukang masak.. balik-balikkan dlm kuali...

tapi sekarang, bila ada anak, aku tak pernah buat... murtabak maggi adalah...... mak zaman moden... beli je...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...