Friday, August 1, 2008

Sambal sotong berkuah


Anak-anak ku semuanya suka makan. Sebab tu aku perlu rajin masuk dapur dan masak.Tengah hari ni masak sambal sotong. "Squid" kata orang putih. Sambal sotong ni perlu berkuah sebab kalau tak ada kuah, anak-anakku akan jadikan kicap sebagai "kuah".

Senang je masaknya. Nak cuba? Senang je. Ni resepinya.
500 gm sotong
2 ulas bawang merah onion
1 ulas bawang putih garlic
3 sudu besar cili kering - digiling blended
1 biji tomato
50 sen santan coconut milk

Tumis bwg merah, bwg putih, cili kering sehingga naik bau. Masukkan tomato yang dibelah lapan. Masukkan santan, sotong dan garam secukup rasa. Sedap dimakan bersama nasi putih yang panas. Emmmm.

2 comments:

  1. arrrrgggghhhh...
    sambal sotong....!!!!
    favourite saye ni...
    huhuhuhu....

    ReplyDelete
  2. faziela. anak murid cikgu kan??? datang rumah. boleh cikgu masakkan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...