Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU, BAD

Mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menempuh alam rumahtangga kepada Bad dan isteri. Badrul Zaman b Zamzuri, sepupuku. Maknya Makcik Izan adik kepada emakku. Memang rapat. Dari kecil tiga beradik itu membesar sehingga sekarang... 28 Disember 2008 lalu berlangsungnya majlis kenduri bagi pihak Bad selepas menikah 12Disember 2008 bertempat di Dewan Komuniti Taman Perpaduan Ipoh.

Bad dan isteri, Yus.. orang Kuala Kangsar



Inilah abah + mak Pengantin lelaki, Pakcik Zamzuri dan Makcik Izan


Kami sekeluarga dgn mak dan along



Mamak Udin sekeluarga


Pak Long, Aman, Atoi, Makcik Faridah dan Kak Nina.



Mamak Salleh @ Salman Hakim... suara cam Nassier Wahab..


Syoknya dapat hadiah...
Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat..

Untuk semua

Semoga tahun baru menjadikan kita manusia yang terus tabah menjalani hidup.

Hadir Mesyuarat Guru.....

Hari ini bermula mesyuarat. Bermula mesyuarat bermakna bermula sesi persekolahan 2009. Mula sesi persekolahan bermakna bermula tugas mengajar dan segala tugas sampingan. Namun cuba untuk gagahkan diri untuk menaburkan khidmat bakti selagi terdaya sebelum tiba tarikh bersara.

Walau begitu meruntun jiwa mengenangkan cuti cuma sepicing, ku gagah jua... esok... mesyuarat lagi. Bukan orang penting. Bila dah bergelar "orang lama", adat dunia.... yang lama tentu berpengalaman. Maka gunapakai pengalaman yg ada. Sungguhpun lama, proses pembelajaran tetap sentiasa baru....

Teruja rasa bila bersua teman-teman. Maklum saja cuti, masing-masing dgn hal masing-masing. Sebab itu jgn marah pelajar jika hari pertama sekolah masih macam holiday mood. Guru perlu kreatif menggunapakai mood pelajar supaya proses P&P hari pertama sekolah menjadi menarik, tertarik, t'bomb....

Hari ni tak ada mood nak letak gambar. nak tengok boleh pegi cari kat blog rakan-rakan stesma.

EDIT: hari ni? dah Rabu rupanya. "Hari ni" merujuk Selasa 30/12/2008. dan "esok" ialah Rabu 31/12/2008

p/s : Tahniah untuk ibu dan bapa yg anaknya lulus PMR 2008. Tahniah juga kepada semua GURU di Malaysia yg berusaha memastikan kejayaan menjadi milik pelajar.

Tahniah utk Pn. Salsiah Tak kerna anaknya Yusri dapat 8A.

Saturday, December 27, 2008

ZOOM KE TAIPING

Menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah yang ada, kami ke Taiping.... dah selalu pegi tp anak-anak memang suka....


Lokasi: trafficlight berhampiran Penjara Taiping



Kat mana lagi kalau bukan Taman Tasik Taiping

Zoo Taiping. Ada night safari.

So, kita layan gambar je ok.




Penyambut tetamu

















Keluar dari zoo, kami dihantar oleh "penyambut tetamu" ni juga...
Siap bawa anak kat perut dia...

Nak naik Bukit Larut... tak sesuai dgn budak budak....
Lepas soruu, kami balik..

Friday, December 26, 2008

WASIAT RASULULLAH SAW

~2~ SELALU MENYENANGKAN HATI SUAMI
Rasulullah SAW bersabda:
"Sukakah kamu aku ceritakan bakal isterimu di syurga? Para sahabat menjawab; "Tentulah sahaja kami suka." Maka Rasulullah SAW bersabda, "iaitu setiap isteri yang kasih sayang dan banyak anak, dan apabila ia diganggu oleh suaminya lalu ia menyerahkan dirinya dan berkata, "Inilah tangan ku terserah kepadamu, saya tidak akan dapat tidur hingga engkau rela kepadaku."
[HR. Thabrani]

Isteri yang solehah itu tidak akan menyusahkan suaminya, ia selalu berusaha untuk menghilangkan kesusahan suami dan ikut serta membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

Thursday, December 25, 2008

CINTA BERALIH ARAH

Macam pelik je tajuk tu kan? Sajelah. Bila nak habis tahun hijrah dan masehi ni pasti ramai yang menanamkan azam baru ataupun meneruskan azam lama yg tak tertunai. Dua tiga hari saja kita umat Islam nak meninggalkan tahun 1429H dan menyambut kehadiran 1430H. Mengucapkan selamat tinggal kepada 2008 dan hello kepada 2009. Banyak mana amalan dan kejahatan yg dah kita lakukan. Sesungguhnya semakin umur bertambah, perwatakan dan pengalaman juga berubah seiring. Seiring sejalan kata Sharifah Aini dan Broery.
Aku memang suka membaca. Sejak umur 5 tahun lagi. Minat itu terus membara biarpun usia dah banyak. Tapi aku ni suka sangat baca majalah. Memang banyak ilmu yg boleh kita dapat. Tapi bila bab buku, kureng sikit sebab buku ni menjadikan aku macam seorang ulat buku.
Namun, azam ku tahun baru yg bakal menjelma ni aku cuba utk beralih arah kepada cintakan buku pulak.




Selama hampir 16 tahun menjadi guru, aku dah hafal dah apa yg ada kat dalam buku ni. Bab apa, mukasurat apa, apa soalannya.... so, jgn nak kelentong aku... Buku ni tak masuk la dlm senarai cinta baru.. he..he..
So sekarang berjinak-jinak dengan buku ni dulu...

Sebagai seorang isteri, mesti nak jd wanita solehah.
Aku petik wasiat Rasulullah saw yg pertama:
"Di antara tanda-tanda dari wanita yang solehah itu ialah ketaatannya kepada suaminya. Taat kepada suami mempunyai tempat yg kedua setelah taat atau patuh terhadap perintah dan larangan Allah. Bahkan ketaatannya kepada Allah di ukur sejauh mana dia dapat menyelesaikan kewajipannya terhadap suaminya."
Buku ni pun seronok dibaca. Simple dan sesuai utk permata hatiku, Izham.

Bila bab buku ni, berguna utk menambahbaik vocabku. Maklum lah ilmu ni takkan habis. Boleh share dgn anak-anak. PPSMIpun macam perlu diteruskan. Oleh itu... tak rugi melabur beli buku beribu ringgit. Kalau buat pameran kat rak buku, lagi tak guna.

So,
jom ramai-ramai kita mengaliharahkan cinta kita....


RESEPI UNTUK UMMIROSMA DI BRUNEI

Aku buat entry ni khusus untuk Ummirosma di Brunei Darul Salam. Gulai pucuk paku bersama udang ni sebenarnya dimasak oleh suamiku... masa tu aku sangat sibuk menanda kertas dan tugas memasak terpaksa diambil olehnya.

Untuk tidak menghampakan ummi, ni resepinya. Senang aje.

Bahan-bahan:
2 ikat pucuk paku (ambil daun yg lembut aja - kalau kat Manjung ni 2 ikat tu sesuai utk makan 6 org)
20 ekor udang sederhana besar
santan dari sebiji kelapa
10 biji cili api (nak pedas lagi... bubuh la banyak-banyak)
3 ulas bawang kecil
garam secukup rasa
serbuk kunyit
sekeping asam keping
secarik daun kunyit ~ utk bau wangi

Cara memasaknya:
1.Tumbuk cili bersama bawang kecil sehingga lumat.
2.Masukkan cili yg dah lumat tu bersama santan dan daun kunyit dlm periuk dan masukkan sedikit serbuk kunyit. (agak-agakle warna kuningnya..kalau banyak nanti jadi tak sedap)
3. Gunakan api yg sederhana dan sentiasa dikacau utk mengelakkan santan pecah minyak.
4. Agak-agak santan dah nak mendidih, baru masukkan pucuk paku yg telah dibersihkan. Kacau lagi.
(Tips : kalau masukkan daun pucuk paku awal-awal, nanti daunnya jd lebam sebab santan tak panas)
5. Bila dah mendidih, masukkan udang, garam dan asam keping. Kacau hingga udang betul-betul masak. Tak perlu lama sebab seafood ni kalau terlebih masak jd keras.

Boleh dihidang bersama nasi panas berasap....

** Ummi, bila dah try nanti post dlm blog, ok!!!!!!!

KHAS UNTUK MISS NEDDY



this is especially for you.....






Hope you'll like it.

Maaf kerana membuatkanmu menanti terlalu lama...

Hope we're friends forever and ever ...


Wednesday, December 24, 2008

KISAH CINTA DARI CHINA


Kisah cinta ini dari China telah menyentuh hati seisi dunia. Kisah ini adalah kisah seorang laki-laki dan seorang wanita yang lebih tua, yang melarikan diri untuk hidup bersama dan saling mengasihi dalam kedamaian selama setengah abad.
Laki-laki China berusia 70 tahun yang telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya (hand carved) untuk isterinya yang berusia 80 tahun itu meninggal dunia di dalam goa yang selama 50 tahun menjadi tempat tinggal terakhirnya.


50 tahun yang lalu, Liu Guojiang, pemuda 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin ....
Seperti pada kisah Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, teman-teman dan kerabat mereka mencela hubungan mereka karena perbedaan usia di antara mereka dan kenyataan bahwa Xu sudah punya beberapa anak....




Pada waktu itu tidak bisa diterima dan dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua.....Untuk menghindari gossip murahan dan celaan dari lingkungannya, pasangan ini memutuskan untuk melarikan diri dan tinggal di sebuah goa di Desa Jiangjin, di sebelah selatan Chong Qing. Pada mulanya kehidupan mereka sangat menyedihkan karena tidak punya apa-apa, tidak ada listrik atau pun makanan. Mereka harus makan rumput-rumputan dan akar-akaran yang mereka temukan di gunung itu. Dan Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka.

Xu selalu merasa bahwa ia telah mengikat Liu dan ia berulang-kali bertanya,"Apakah kau menyesal?" Liu selalu menjawab, "Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik". Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterinya dapat turun gunung dengan mudah. Dan ini berlangsung terus selama 50 tahun.

Setengah abad kemudian, di tahun 2001, sekelompok pengembara (adventurers) melakukan explorasi ke hutan itu. Mereka hairan menemukan pasangan usia lanjut itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu. Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka mengatakan, "Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menyukakan hati ibuku, walau pun ia tidak terlalu sering turun gunung.

Pasangan ini hidup dalam damai selama lebih dari 50 tahun. Suatu hari Liu yang sudah berusia 72 tahun pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Karena sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya. "Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai aku meninggal, sekarang kau telah mendahuluiku, bagaimana akan dapat hidup tanpamu?"

Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba peti jenazah suaminya dan dengan air mata yang membasahi pipinya. Pada tahun 2006 kisah ini menjadi salah satu dari 10 kisah cinta yang terkenal di China, yang dikumpulkan oleh majalah Chinese Women Weekly. Pemerintah telah memutuskan untuk melestarikan "anak tangga cinta" itu, dan tempat kediaman mereka telah dijadikan muzium agar kisah cinta ini dapat hidup terus.

**Kisah ini dikirimkan melalui email dan sekadar berkongsi pengalaman cinta pasangan China tersebut.

Semoga cinta ku dan suami tetap teguh dunia dan akhirat...

Tuesday, December 23, 2008

Apa pulak ni?



Macam tak ada kerja lain?
Apasal dok letak kaki kat dalam tong cat tuh?
Rendam kaki dalam cat ke?
Bukan...
Gambar kat atas tu aku + family balik dr merendek kat Taiping.
On t'way balik, kami singgah di kolam air panas.
Tempatnya dekat Jalan Trong.
Kalau nk ke Manjung, tempatnya lepas tol Changkat Jering.
(Sebelah kiri jalan)



Ai, promote nampak.....
Bukan ada sharepun...
tapi
dah selalu sangat lalu depan tempat ni..
dari biasa je sampai dah cantik...
So, kami singgah sekejap.
Disebabkan waktu tu jam 2.00 ptg, matahari tengah terik.. tak sangguplah kami nak mandi berendam dlm kolam. Cukuplah setakat rendam kaki je. Itupun nak merendam kaki yg mulus tu kat dalam tong yg berisi air panas... aduhai... kalau rendam telur, gerenti masak. Boley makan terus. Ada roti tentu best!!!
Memang panas betul airnya. Panas yg asli. Pure dr dlam tanah.
Kata kakak yg jaga tempat tu, banyak khasiatnya bila berndam dgn air panas ni,
sakit lutut ke, sakit tumit ke, kaki kebas ke, ada kurap ke, ada gatal-gatal badan, lumpuh, nak kuruspun boleh.
tapi,...
sesiapa yg ada penyakit kencing manis tak digalakkan utk berendam air panas.
Banyak juga rawatan selain dr berendam kaki + badan, ada mandi herba, sauna.. mandi bunga pun ada.
So, sesapa yg nak cuba, bolehlah.... tapi bukanle free.. biasala kannnn...


Bapa mentua ku pun try jugak....




Sunday, December 21, 2008

Masa untuk melawat kawan kawan

Alhamdulillah. Ucapan itu yg termampu utk ku lafazkan tanda syukurku kepadaNya kerana mampu menyelesaikan suatu tugas yang perlu diselesaikan selama 3 minggu. Dengan kesibukan persiapan raya, curi masa utk balik kg, melayan tetamu dtg ke rumah...ku cuba jua untuk bersantai bersama keluarga di musim cuti sekolah ini.

Ingatkan telah selesai tugas memeriksa kertas pd hr Jumaat, aku berangan-angan utk melegakan badan dan fikiran dengan melawat blog kengkawan. Tapi bila aku check semua skrip, aduhai ada lg tertinggal dlm 30 skrip. Kata suamiku,"tak apa ada 2 hr lg....." . Aku pulun sakan, tak tidur sampai jam 5 pagi Sabtu br dapat melelapkan mata. Dengan selsema dan batuk aku gagahkan jua diri ini.

"Next year, no more job during school holiday!!!!!!!!!!!"

Aku dah plan nak bercuti sakan next year.... InsyaAllah.

So, today ialah masa utk melawat ke blog kawan-kawan....Rindu korang semua.

Monday, December 15, 2008

Harga minyak turun lagi????

Mulai tengah malam ini harga minyak akan turun lagi. Minyak? Minyak petrol laaa.... Turun harga. Tak percaya? RM 1.80 seliter. Alhamdulillah. Orang yg berkenderaan sendiri okaylah. Bagaimana dgn yg tiada kenderaan sendiri dan naik bas/teksi?????

Harga minyak dah turun. Tapi bagaimana dengan harga barangan lain? Turun juga kah? Sekarang ni kalau pegi pasar malampun, sekurang-kurangnya mesti ada RM50 ditangan. Bagi yg berpendapatan "besar", mungkin tak terasa. Walau bagaimanapun, pandai-pandailah mengurus.............

Friday, December 12, 2008

MASA YANG SIBUK

Hari ni baru buka blog selepas seminggu bercuti.. raya.. balik kg.
Wah penuh chatterbox... thankx semua.

Macam-macam permintaan.
kak Lin memohon berbanyak maaf kerana agak sibuk mengalahkan waktu kerja. Ada kerja yg perlu diselesaikan dlm masa yg terdekat ini. So... jika ada sesiapa yg berhajat dgn kak Lin ( Ummirosma, neddy, anis dll) kak Lin KIV dulu ye.

May be kak Lin cuba "curik" sikit masa utk korang. IsyaAllah. Sabar ye.

Kepada semua kawan-kawan... I LOVE U...

Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Maksud Firman Allah SWT
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah"
Al-Kauthar : 2

Amalan menyembelih korban merupakan satu ibadat sunat yang dikerjakan pada setiap hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Korban iaitu pada 10, 11, 12 Zulhijjah. Binatang-binatang untuk dijadikan korban itu pula terdiri daripada unta, lembu, kerbau atau kambing.
Ia adalah ibadat yang harus dilaksanakan oleh umat Islam yang berada atau berkemampuan dari segi harta pada hari raya Aidil Adha. Sebahagian ulama mengatakan bahawa hukum berkorban bagi orang-orang yang mempunyai kemampuan adalah wajib, manakala jumhur (kebanyakan) ulama mengatakan hukum melakukan korban adalah sunat muakkad (yang amat dituntut) saja.
Korban berasal dari perkataan Arab qoruba yang bererti dekat. Oleh demikian, ibadat korban merupakan salah satu bentuk pendidikan dan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Seseorang muslim yang melakukan ibadat korban adalah sebagai tanda bersyukur di atas segala nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya. Dengan bersyukur, kenikmatan yang akan diperolehi bertambah banyak, baik dari segi jumlahnya atau paling tidak dari segi rasa. Maksudnya nikmat yang diperolehi tidaklah begitu banyak tetapi merasai terlalu banyak.

*Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam lingkungan Rahmat dan Kasih Allah.*

Saturday, December 6, 2008

BAGAIMANA MENGATASI PERASAAN TRAUMA?

Sebagai respon dr n3 dulu.

1. JANGAN TERLALU MENGIKUT PERASAAN
Jangan terlalu pesimis dan membiarkan minda dibelenggu oleh anasir-anasir negatif. Sekalipun pernah mengalami peristiwa hitam dlm hidup. Bangkitlah dan hadapilah kenyataan. Berfikirlah dgn positif dan elakkan diri drp hanyut dlm perasaan yg merosakkan.

2. PERCAYA PADA TAKDIR TUHAN
Sebagai individu beragama, kita perlu mempercayai takdir yg ditetapkan ke atas diri kita. Tidak semua orang akan mendapat apa yg mereka impikan dlm hidup. Anggaplah semua kejadian yg tidak diingini itu sebagai ujian drp Tuhan yg harus diterima dgn redha. Dgn itu, anda akan berasa lega dan bebas drp trauma yg menghantui diri.

3. USAHA & TAWAKKAL
Apabila dibelenggu trauma, anda perlu berusaha untuk membebaskan diri drp terus diburu kekesalan atau ketakutan. Berusahalah dengan gigih tanpa rasa jemu kerana sememangnya tidak mudah utk kita menyingkirkan trauma yg bermaharajalela dlm diri. Dan setelah berusaha, bertawakkal dan berdoalah kepada Tuhan agar diri anda bebas drp cengkaman trauma yg menakutkan itu.

Friday, December 5, 2008

5 trauma yg menghantui WANITA

Ketahui 5 trauma yang sering menghantui diri dan minda wanita.

1. TRAUMA DENGAN KEJAYAAN
Walaupun kini ramai wanita membuktikan diri mereka boleh mencapai kejayaan setaraf kaum lelaki, masih ada wanita yg trauma dgn kejayaan. bg golongan ini, kejayaan menjadi penghalang mereka untuk mencipta kebahagiaan. Sekalipun ingin berjaya, anak-anak gadis yg dilahirkan dlm masyarakat konservatif begini sering disogokkan ibu bapa dgn alasan negatif yg melemahkan semangat dan melumpuhkan usaha mereka. Hingga akhirnya mereka takut dengan kejayaan. Antaranya wanita yg berpendidikan tinggi dan berkarier sukar untuk bertemu jodoh.

2. TRAUMA MENJADI MANGSA JENAYAH SEKSUAL
Ramai wanita yg fobia, trauma dan takut sekali sekiranya diri mereka menjadi mangsa jenayah terutama jenayah seksual yg membolehkan keaiban serta masalah berlarutan. Trauma ini semakin membelenggu diri kebanyakan wanita kerana peningkatan kadar jenayah bunuh dan rogol yg semakin meningkat di negara kita. Namun dalam berhadapan trauma sebegini adalah penting untuk anda bijak menjaga diri serta peka dgn perubahan individu dan persekitaran agar dapat mengelakkan diri drp menjaga mangsa jenayah seksual.

3. TRAUMA SUAMI DIRAMPAS ORANG
Bagi wanita yg telah berumah tangga pula, peristiwa suami dirampas perempuan lain menjadi igauan ngeri buat mereka.Meskipun mendapat suami yg baik dan menyayangi diri mereka, perasaan was was itu sentiasa tersemat di fikiran sehingga mengurangkan rasa keyakinan serta menggugat kebahagiaan rumah tangga. Bg yg berhadapan dengan situasi begini, mereka seharusnya bijak mengendalikan emosi dan perasaan curiga yg bertandang di hati. Cemburu tidak salah, namun jangan sampai cemburu buta yg membinasakan kebahagiaan diri sendiri.

4. TRAUMA DENGAN KEMATIAN
Semua makhluk Tuhan yg bernyawa akan menemui kematian. Itu janji Tuhan. Tiada seorang makhlukpun yg akan hidup selama-lamanya. Namun kematian akan menjadi satu trauma apabila ia berlaku secara mengejut. Contohnya, trauma dgn kematian insan tersayang dalam kemalangan atau bahaya kematian akibat dibunuh dan sebagainya. Dalam menghadapi trauma sebegini, anda perlu yakin dan percaya bahawa ajal maut itu di tangan Tuhan dan kita sebagai hamba akan kembali kpd-Nya pada bila-bila masa shj.

5. TRAUMA MENJADI TUA
Usia yg semakin meningkat turut menjadi trauma dlm diri wanita. Ini kerana selaras dgn peningkatan usia, wanita akan mengalami perubahan fizikal dan emosi. Bentuk tubuh tidak lagi seindah dahulu, kulit wajah juga tidak semulus waktu muda. Semua perubahan yg berlaku menjadikan wanita trauma utk menjadi wanita. Pelbagai persoalan negatif menghantui fikiran mereka lebih-lebih lagi jika pasangan mereka mengutamakan penampilan dan kecantikan diri.

***********
ANDA TRAUMA ?

Thursday, December 4, 2008

Tugasan tag (2) dari Adik Eita

Dalam sibuk sibuk, adik-adik dan kengkawan di alam siber ni kena jaga jugak hati mereka. Yalah.. kawan biar beratus ribukan....

Semalam dapat tag dr adik eita. So, jom layan...

1. Apakah benda(?) yang paling penting dalam hidup kamu?
Suami, anak-anak, emak dan seluruh keluarga saya.
2. Apakah benda terakhir yang anda beli dengan wang sendiri?
Beli minyak kereta. RM 1.90 seliter.. murah tu..
3.Dimanakah tempat perkahwinan impian kamu?
Udah kawin...kat rumah omak..
4. Berapa lamakah anda rasa hubungan anda akan berkekalan?
InsyaAllah dengan izinNya dunia akhirat.
5. Adakah anda sedang dilamun cinta?
Sentiasa dilamun cinta dgn Allah dan suami saya
6. Dimanakah restoran terakhir anda makan?
Restoran dekat Megoplex~ntah apa namanya
7. Namakan buku terakhir anda beli?
Pengurusan Hal Ehwal Pelajar~ 3 month ago
8. Apakah nama penuh anda?
Nor Hazlin bt Sofian Nazri
9. Namakan seseorang yang anda ingin jumpa untuk pertama kali dalam hidup?
Mawi
10. Anda lebih senang dengan mak atau ayah?
mak dan abah.. tp abah dah tak de.. lebih dengan mak la kan :P
11. Cristina atau Britney?
dua-dua tak minat..
12. Adakah and mencuci pakaian sendiri?
semuanya ku sumbat dlm mesin
13. Tempat yang paling seronok anda mahu pergi?
Kashmir
14. Pelukan atau ciuman?.
hehehhe dua2 suka..
15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag anda?
~comel
~lincah
~kreatif
~penyayang
~baik hati
Betul kan Eita??
16. 8 perkara yang amat anda gilai?
~membaca
~kasut
~handbag
~tudung
~barang kemas
~memasak
~jalan-jalan
~makan laksa
17. 8 perkataan yang sering anda ucapkan?
banyaknya...
18. 8 buah buku yang terbaru dibaca?
tak gemar sangat baca buku, majalah ke s/kabor...ok
(sebab tu jd cikgu Math)
19. 9 buah lagu yang boleh didengari berulang kali?
banyaknyer...
20. Perkara yang saya pelajari?
Manusia memang selalu buat silap
21. Mangsa Tag yang seterusnye..
ctm dan.... saper saper yg nak...

Terima kasih sayang

Dua tiga hari memang sibuk. Dah dua hari aku berulang alik Sitiawan-Seri Manjung. Tak jauh. Tp office hour, 8 to 5. Tgh hari aku balik utk lunch dan smbhyg . Hari ni last day mesyuarat. Sebenarnya "kerja" ni tak ndak buatpun tak apa. Tp sengaja nak menambah pengalaman dan nak kata menyusahkanpun tak juga.

Tapi ye la.. tak ader keroja cari keroja. Bagiku, ianya satu tugas yang halal dan kurasa seperti salah satu amal jariahku juga. Tolong orang. Walaupun dibayar, tp ilmu yg aku dapat sangat bernilai... seolah tak boleh dijual beli...


Tentu tertanya-tanya apalah keroja tu???? Tak apalah. Siapa yg tahu, tahulah . Yg penting suamiku mengizinkannya...


Suamiku dan Izham.... waris kami

So, hari ni nak buat entry tentang abang lagi. Sebab kesibukanku ini, suamiku kena la jadi surarumahtangga. Hal-hal berkaitan rumahtangga semua dibuatnya. Membasuh, memasak dan segalanyalahhh... Rasa sangat bersalah sebenarnya. Tapi aku amik kesempatan kat sini nak ucapkan terima kasih dan nak puji jugak dia sebab semalam dia sediakan lunch yg sangat sedap...Bukan senang nak tengok dia ke dapur dan memasak.



masak lemak udang + pucuk paku

kunyitnya kena lebihkan sikit lagi...


goreng ikan bersambal.

Sedap...

Suamiku orang tukang....jgn marah abang ... pinjam ayat abang... Bab wiring memang terror. Sebab tu aku tak kisah tentang bab-bab elektrik. Semua nye beres. Tapi bab memasak ni dia memang kurang skill. Kalau camni, rajin selalu, masak nasi ayam pulak ye...

p/s : suami korangpun mesti banyak keistimewaannya kan....????

Wednesday, December 3, 2008

Tugasan tag..

Tag nih ladyell yg kasik. Mintak maaf la Ell ye. Dah bersawang baru nak jawab.

Top 2 things found in your wallet as always:
1) IC
2) Driving Licence


Top 2 things to do when i’m sad:
1) Nangis la….
2) Reading magazine

Top 2 songs you can listen to again and again:
1) Selimut putih…
2) Still loving you

Top 2 reasons to watch television:
1) Can improve my english
2) to watch my fav tv programme

Top 2 places I’d want to visit 10 years from now:
1) Russia
2) Australia

Top 2 current obsessions:
1) Blogging
2) reading

Top 2 favorite nickname:
1) Lin
2) Kak Lin

Top 2 favorite food:
1) Laksa
2) Bihun Soto

Top 2 favorite snacks:
1) Twisties
2) Kacang Ngan Yin

Top 2 favorite website:
1) education.com
2) parents.com

Top 2 goals you want to accomplish:
1) Perform haj at Mekah
2) Ada laaaaa…


Top 2 favorite to do:
1) cooking
2) sewing

Top 2 favorite places:
1) My home sweet home.....
2) My School, STESMA

Top 2 things i can’t wait to happen:
1) Tengok anak2 membesar dgn berjaya
2) Bergelar Hajjah

Top 2 places where I love to shop:
1) market
2) mall


Top 2 persons to tag
1) Neddy
2) Shiela

HARI AIDS SEDUNIA

1 December merupakan hari AIDS sedunia..
petang semalam baru tau.
itupun selepas adik Eita yg ingatkan.
tq adik.
jadi sama2 kt hindari AIDS..
AIDS tidak berjangkit melalui sentuhan,,
Poster Hari AIDS SEDUNIA ini kengkwan boleh ambil
dan
tempek kat blog masing-masing..

Tuesday, December 2, 2008

Kalau dah minat

Setiap orang mesti ada minat masing-masing kan... Hari ni bukan nak citer minat aku, tp minat husband aku.
Teruja nk letak n3 ni sebab dah ada yg poyo dok mgata aku nak tunjuk cerita ttg husband la konon. Tak pe... lagi aku enterframe...
tp heran juga ye... sukati le nak n3 apapun kan? gua punya blog....
betul tak nurul dan ctm????



Husband aku ni kalau kat rumah, selain tengok tv, dia memang suka bab menanam ni. Dan aku respect siottt sebab apa yg ditanamnya semua menjadi. Kalau aku... harus sat je mati la pokok tu....






memang la benda asas utk masak memasak wajib ada... tanah kat rumah ni ciput je... so tanam la apa yg patut je.




Pokok bunga yg baru sebab yg dulu dah patah sebab angin kuat. Dan dia juga ada bela ikan kat kolam yg dibuatnya sendiri. Ini ikan 2nd generation sebab yg 1st tu dah mati... sayang sangat sebab dah besor-besor... ye la ajal dah sampaikannn....
Musti husband sesapapun ada minat masing-masing kan???? nanti aku buat lagi n3 lain tentang husband aku ok... jgn jemu baca tau... he..he..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...