Wednesday, December 31, 2008

Hadir Mesyuarat Guru.....

Hari ini bermula mesyuarat. Bermula mesyuarat bermakna bermula sesi persekolahan 2009. Mula sesi persekolahan bermakna bermula tugas mengajar dan segala tugas sampingan. Namun cuba untuk gagahkan diri untuk menaburkan khidmat bakti selagi terdaya sebelum tiba tarikh bersara.

Walau begitu meruntun jiwa mengenangkan cuti cuma sepicing, ku gagah jua... esok... mesyuarat lagi. Bukan orang penting. Bila dah bergelar "orang lama", adat dunia.... yang lama tentu berpengalaman. Maka gunapakai pengalaman yg ada. Sungguhpun lama, proses pembelajaran tetap sentiasa baru....

Teruja rasa bila bersua teman-teman. Maklum saja cuti, masing-masing dgn hal masing-masing. Sebab itu jgn marah pelajar jika hari pertama sekolah masih macam holiday mood. Guru perlu kreatif menggunapakai mood pelajar supaya proses P&P hari pertama sekolah menjadi menarik, tertarik, t'bomb....

Hari ni tak ada mood nak letak gambar. nak tengok boleh pegi cari kat blog rakan-rakan stesma.

EDIT: hari ni? dah Rabu rupanya. "Hari ni" merujuk Selasa 30/12/2008. dan "esok" ialah Rabu 31/12/2008

p/s : Tahniah untuk ibu dan bapa yg anaknya lulus PMR 2008. Tahniah juga kepada semua GURU di Malaysia yg berusaha memastikan kejayaan menjadi milik pelajar.

Tahniah utk Pn. Salsiah Tak kerna anaknya Yusri dapat 8A.

4 comments:

  1. luth igt kak dan abang je yang mesyuarat arini, rupa2nya untie pon sama eh..

    ReplyDelete
  2. luth,
    bukan untie je, rasanya kebanyakan guru d M'sia..

    ReplyDelete
  3. rasanya macam xde semangat je nak mengajar..tolong r kak..huhuhuhu..

    ReplyDelete
  4. lillies,
    mulakan dengan niat. setiap yang baik kita lakukan akan dibalas dengan baik.
    mengajar is our core business....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...