Thursday, December 4, 2008

Terima kasih sayang

Dua tiga hari memang sibuk. Dah dua hari aku berulang alik Sitiawan-Seri Manjung. Tak jauh. Tp office hour, 8 to 5. Tgh hari aku balik utk lunch dan smbhyg . Hari ni last day mesyuarat. Sebenarnya "kerja" ni tak ndak buatpun tak apa. Tp sengaja nak menambah pengalaman dan nak kata menyusahkanpun tak juga.

Tapi ye la.. tak ader keroja cari keroja. Bagiku, ianya satu tugas yang halal dan kurasa seperti salah satu amal jariahku juga. Tolong orang. Walaupun dibayar, tp ilmu yg aku dapat sangat bernilai... seolah tak boleh dijual beli...


Tentu tertanya-tanya apalah keroja tu???? Tak apalah. Siapa yg tahu, tahulah . Yg penting suamiku mengizinkannya...


Suamiku dan Izham.... waris kami

So, hari ni nak buat entry tentang abang lagi. Sebab kesibukanku ini, suamiku kena la jadi surarumahtangga. Hal-hal berkaitan rumahtangga semua dibuatnya. Membasuh, memasak dan segalanyalahhh... Rasa sangat bersalah sebenarnya. Tapi aku amik kesempatan kat sini nak ucapkan terima kasih dan nak puji jugak dia sebab semalam dia sediakan lunch yg sangat sedap...Bukan senang nak tengok dia ke dapur dan memasak.



masak lemak udang + pucuk paku

kunyitnya kena lebihkan sikit lagi...


goreng ikan bersambal.

Sedap...

Suamiku orang tukang....jgn marah abang ... pinjam ayat abang... Bab wiring memang terror. Sebab tu aku tak kisah tentang bab-bab elektrik. Semua nye beres. Tapi bab memasak ni dia memang kurang skill. Kalau camni, rajin selalu, masak nasi ayam pulak ye...

p/s : suami korangpun mesti banyak keistimewaannya kan....????

8 comments:

  1. Uishhhh..sedapnya kak Lin nampak makanan tu. Orang lelaki ni kalau terdesak, pandai aje sebenarnya diorang ke dapur..cuma bila ada isteri tersayang..jadi malas pulak..hehehe

    ReplyDelete
  2. Antara sy ngan En. Hubby..
    saya lagiiiii 'pannnnndaiiiiiii' masak K.lin...
    heheheeee....

    ReplyDelete
  3. YUm2.. napak mcm best..klu neddy leh mkn ni, lagi best kot...nt klu hubby akak sll msk mesti dia lgi teror dr neddy nih..

    (neddy <<<< ank dara yg jarang masak)

    ReplyDelete
  4. Tirana,
    sebab tu ramai chef org lelaki. skill ada sebenarnya, tp saja nak merasa air tangan isteri.

    ReplyDelete
  5. tukang cerita,
    teringin akak nak rasa... :)

    ReplyDelete
  6. Neddy,
    org perempuan wlau ke mana mesti tau masak. gorng telurpun jadi la.

    ReplyDelete
  7. eita ni mesti suka makan sayur. Sebab tu slim menyelim.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...