Thursday, December 25, 2008

CINTA BERALIH ARAH

Macam pelik je tajuk tu kan? Sajelah. Bila nak habis tahun hijrah dan masehi ni pasti ramai yang menanamkan azam baru ataupun meneruskan azam lama yg tak tertunai. Dua tiga hari saja kita umat Islam nak meninggalkan tahun 1429H dan menyambut kehadiran 1430H. Mengucapkan selamat tinggal kepada 2008 dan hello kepada 2009. Banyak mana amalan dan kejahatan yg dah kita lakukan. Sesungguhnya semakin umur bertambah, perwatakan dan pengalaman juga berubah seiring. Seiring sejalan kata Sharifah Aini dan Broery.
Aku memang suka membaca. Sejak umur 5 tahun lagi. Minat itu terus membara biarpun usia dah banyak. Tapi aku ni suka sangat baca majalah. Memang banyak ilmu yg boleh kita dapat. Tapi bila bab buku, kureng sikit sebab buku ni menjadikan aku macam seorang ulat buku.
Namun, azam ku tahun baru yg bakal menjelma ni aku cuba utk beralih arah kepada cintakan buku pulak.




Selama hampir 16 tahun menjadi guru, aku dah hafal dah apa yg ada kat dalam buku ni. Bab apa, mukasurat apa, apa soalannya.... so, jgn nak kelentong aku... Buku ni tak masuk la dlm senarai cinta baru.. he..he..
So sekarang berjinak-jinak dengan buku ni dulu...

Sebagai seorang isteri, mesti nak jd wanita solehah.
Aku petik wasiat Rasulullah saw yg pertama:
"Di antara tanda-tanda dari wanita yang solehah itu ialah ketaatannya kepada suaminya. Taat kepada suami mempunyai tempat yg kedua setelah taat atau patuh terhadap perintah dan larangan Allah. Bahkan ketaatannya kepada Allah di ukur sejauh mana dia dapat menyelesaikan kewajipannya terhadap suaminya."
Buku ni pun seronok dibaca. Simple dan sesuai utk permata hatiku, Izham.

Bila bab buku ni, berguna utk menambahbaik vocabku. Maklum lah ilmu ni takkan habis. Boleh share dgn anak-anak. PPSMIpun macam perlu diteruskan. Oleh itu... tak rugi melabur beli buku beribu ringgit. Kalau buat pameran kat rak buku, lagi tak guna.

So,
jom ramai-ramai kita mengaliharahkan cinta kita....


4 comments:

  1. Salam tuan blog..

    Pertama kali ziarah..saya cuba untuk berkomentar. Apapun, selamat menyambut tahun baru Islam. Maal hijrah 1430H. Semoga tahun mendatang lebih baik dari yang dahulu.

    P/S : Kalau sudi singgahlah ke blog saya. Nak link juga boleh.

    ReplyDelete
  2. Cinta saya dengan buku dah lama. Heheheh alhamdulillah kekal hingga sekarang. Mudah-mudahan cinta hati saya (?) nanti pun boleh kekal macam tu jugak. Selamat tahun baru, semoga hubungan ini juga akan berterusan kekal. Selamat bercinta! hehehhe

    ReplyDelete
  3. anis,
    alam bercinta memang menyeronokkan!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...