Thursday, December 25, 2008

RESEPI UNTUK UMMIROSMA DI BRUNEI

Aku buat entry ni khusus untuk Ummirosma di Brunei Darul Salam. Gulai pucuk paku bersama udang ni sebenarnya dimasak oleh suamiku... masa tu aku sangat sibuk menanda kertas dan tugas memasak terpaksa diambil olehnya.

Untuk tidak menghampakan ummi, ni resepinya. Senang aje.

Bahan-bahan:
2 ikat pucuk paku (ambil daun yg lembut aja - kalau kat Manjung ni 2 ikat tu sesuai utk makan 6 org)
20 ekor udang sederhana besar
santan dari sebiji kelapa
10 biji cili api (nak pedas lagi... bubuh la banyak-banyak)
3 ulas bawang kecil
garam secukup rasa
serbuk kunyit
sekeping asam keping
secarik daun kunyit ~ utk bau wangi

Cara memasaknya:
1.Tumbuk cili bersama bawang kecil sehingga lumat.
2.Masukkan cili yg dah lumat tu bersama santan dan daun kunyit dlm periuk dan masukkan sedikit serbuk kunyit. (agak-agakle warna kuningnya..kalau banyak nanti jadi tak sedap)
3. Gunakan api yg sederhana dan sentiasa dikacau utk mengelakkan santan pecah minyak.
4. Agak-agak santan dah nak mendidih, baru masukkan pucuk paku yg telah dibersihkan. Kacau lagi.
(Tips : kalau masukkan daun pucuk paku awal-awal, nanti daunnya jd lebam sebab santan tak panas)
5. Bila dah mendidih, masukkan udang, garam dan asam keping. Kacau hingga udang betul-betul masak. Tak perlu lama sebab seafood ni kalau terlebih masak jd keras.

Boleh dihidang bersama nasi panas berasap....

** Ummi, bila dah try nanti post dlm blog, ok!!!!!!!

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...