Saturday, December 6, 2008

BAGAIMANA MENGATASI PERASAAN TRAUMA?

Sebagai respon dr n3 dulu.

1. JANGAN TERLALU MENGIKUT PERASAAN
Jangan terlalu pesimis dan membiarkan minda dibelenggu oleh anasir-anasir negatif. Sekalipun pernah mengalami peristiwa hitam dlm hidup. Bangkitlah dan hadapilah kenyataan. Berfikirlah dgn positif dan elakkan diri drp hanyut dlm perasaan yg merosakkan.

2. PERCAYA PADA TAKDIR TUHAN
Sebagai individu beragama, kita perlu mempercayai takdir yg ditetapkan ke atas diri kita. Tidak semua orang akan mendapat apa yg mereka impikan dlm hidup. Anggaplah semua kejadian yg tidak diingini itu sebagai ujian drp Tuhan yg harus diterima dgn redha. Dgn itu, anda akan berasa lega dan bebas drp trauma yg menghantui diri.

3. USAHA & TAWAKKAL
Apabila dibelenggu trauma, anda perlu berusaha untuk membebaskan diri drp terus diburu kekesalan atau ketakutan. Berusahalah dengan gigih tanpa rasa jemu kerana sememangnya tidak mudah utk kita menyingkirkan trauma yg bermaharajalela dlm diri. Dan setelah berusaha, bertawakkal dan berdoalah kepada Tuhan agar diri anda bebas drp cengkaman trauma yg menakutkan itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...