Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Maksud Firman Allah SWT
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan berkorbanlah"
Al-Kauthar : 2

Amalan menyembelih korban merupakan satu ibadat sunat yang dikerjakan pada setiap hari Raya Aidil Adha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Korban iaitu pada 10, 11, 12 Zulhijjah. Binatang-binatang untuk dijadikan korban itu pula terdiri daripada unta, lembu, kerbau atau kambing.
Ia adalah ibadat yang harus dilaksanakan oleh umat Islam yang berada atau berkemampuan dari segi harta pada hari raya Aidil Adha. Sebahagian ulama mengatakan bahawa hukum berkorban bagi orang-orang yang mempunyai kemampuan adalah wajib, manakala jumhur (kebanyakan) ulama mengatakan hukum melakukan korban adalah sunat muakkad (yang amat dituntut) saja.
Korban berasal dari perkataan Arab qoruba yang bererti dekat. Oleh demikian, ibadat korban merupakan salah satu bentuk pendidikan dan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Seseorang muslim yang melakukan ibadat korban adalah sebagai tanda bersyukur di atas segala nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepadanya. Dengan bersyukur, kenikmatan yang akan diperolehi bertambah banyak, baik dari segi jumlahnya atau paling tidak dari segi rasa. Maksudnya nikmat yang diperolehi tidaklah begitu banyak tetapi merasai terlalu banyak.

*Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam lingkungan Rahmat dan Kasih Allah.*

5 comments:

  1. Selamat hariraya aidil adha untuk kak lin sekeluarga..semoga ceria selalu

    ReplyDelete
  2. Salam Ziarah pertama kali sempena raya..

    Apapun, selamat hari raya aidiladha buat tuan blog. Ada buat korban?

    Jemputlah ke blog saya.

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidiladha...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...