Friday, December 5, 2008

5 trauma yg menghantui WANITA

Ketahui 5 trauma yang sering menghantui diri dan minda wanita.

1. TRAUMA DENGAN KEJAYAAN
Walaupun kini ramai wanita membuktikan diri mereka boleh mencapai kejayaan setaraf kaum lelaki, masih ada wanita yg trauma dgn kejayaan. bg golongan ini, kejayaan menjadi penghalang mereka untuk mencipta kebahagiaan. Sekalipun ingin berjaya, anak-anak gadis yg dilahirkan dlm masyarakat konservatif begini sering disogokkan ibu bapa dgn alasan negatif yg melemahkan semangat dan melumpuhkan usaha mereka. Hingga akhirnya mereka takut dengan kejayaan. Antaranya wanita yg berpendidikan tinggi dan berkarier sukar untuk bertemu jodoh.

2. TRAUMA MENJADI MANGSA JENAYAH SEKSUAL
Ramai wanita yg fobia, trauma dan takut sekali sekiranya diri mereka menjadi mangsa jenayah terutama jenayah seksual yg membolehkan keaiban serta masalah berlarutan. Trauma ini semakin membelenggu diri kebanyakan wanita kerana peningkatan kadar jenayah bunuh dan rogol yg semakin meningkat di negara kita. Namun dalam berhadapan trauma sebegini adalah penting untuk anda bijak menjaga diri serta peka dgn perubahan individu dan persekitaran agar dapat mengelakkan diri drp menjaga mangsa jenayah seksual.

3. TRAUMA SUAMI DIRAMPAS ORANG
Bagi wanita yg telah berumah tangga pula, peristiwa suami dirampas perempuan lain menjadi igauan ngeri buat mereka.Meskipun mendapat suami yg baik dan menyayangi diri mereka, perasaan was was itu sentiasa tersemat di fikiran sehingga mengurangkan rasa keyakinan serta menggugat kebahagiaan rumah tangga. Bg yg berhadapan dengan situasi begini, mereka seharusnya bijak mengendalikan emosi dan perasaan curiga yg bertandang di hati. Cemburu tidak salah, namun jangan sampai cemburu buta yg membinasakan kebahagiaan diri sendiri.

4. TRAUMA DENGAN KEMATIAN
Semua makhluk Tuhan yg bernyawa akan menemui kematian. Itu janji Tuhan. Tiada seorang makhlukpun yg akan hidup selama-lamanya. Namun kematian akan menjadi satu trauma apabila ia berlaku secara mengejut. Contohnya, trauma dgn kematian insan tersayang dalam kemalangan atau bahaya kematian akibat dibunuh dan sebagainya. Dalam menghadapi trauma sebegini, anda perlu yakin dan percaya bahawa ajal maut itu di tangan Tuhan dan kita sebagai hamba akan kembali kpd-Nya pada bila-bila masa shj.

5. TRAUMA MENJADI TUA
Usia yg semakin meningkat turut menjadi trauma dlm diri wanita. Ini kerana selaras dgn peningkatan usia, wanita akan mengalami perubahan fizikal dan emosi. Bentuk tubuh tidak lagi seindah dahulu, kulit wajah juga tidak semulus waktu muda. Semua perubahan yg berlaku menjadikan wanita trauma utk menjadi wanita. Pelbagai persoalan negatif menghantui fikiran mereka lebih-lebih lagi jika pasangan mereka mengutamakan penampilan dan kecantikan diri.

***********
ANDA TRAUMA ?

3 comments:

  1. Semua pun neddy stuju, tp plg neddy stuju trauma no 2& 3...arghh..tak sanggup kak...

    ReplyDelete
  2. akak, ermm neddy tgh tunggu hadiah dari assignment hari tu nih...hehehe...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...