Sunday, May 31, 2009

Cuti-cuti..... membaca...

Aku memang suka membaca. Sejak sebelum zaman persekolahan bermula lagi.. kalau dulu, aku suka baca kisah Hikayat Merong Mahawangsa... buku kakak yang ambik sastera.. seronok dapat membaca...

tabiat tu terbawa-bawa sehingga aku ke sekolah menengah. Roommate ku rajin sungguh baca buku Mills & Boon. Siap nangis-nangis lagi.. akupun ikut juga walau terpaksa merangkak-rangkak sebab aku tak pandai bahasa Inggeris. Tapi lama kelamaan dengan tabiat suka baca buku omputih, aku improve English ku...

Haaaaaaaa.. sempena cuti sekolah ni aku nak mentelaah buku ni..




Buku ni dah lama diperkatakan oleh rakanku. tapi tak sempat nak cari kat bookstore. Seganla pulak nak pinjam meminjam. Last week baru sempat beli dan baca. Aku dah baca buku ni sekali. Cuti ni nak ulang balik.

Buku yang ditulis oleh Profesor Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim ni (Prof adalah pensyarah Perakaunan UiTM) adalah antara buku tentang ibadat haji yang banyak di pasaran. namun bila pertama kali membacanya, .. aku suka.. ayatnya mudah. Penyampaiannya menjadikan seolah-olah akupun ada bersama-sama melakukan ibadat itu.. Buku setebal 172 ms tu elok sangatlah dibaca oleh mana-mana insan yg nak pegi menunaikan haji/umrah.

Terima kasih Prof, terima kasih teman..

Friday, May 29, 2009

Apa lagi.. JOM CUTI...




ambil kesempatan cuti sekolah ini untuk merehatkan badan dan minda...

ambil kesempatan cuti sekolah ini untuk melakukan perkara-perkara yang aku tak sempat buat masa bukan cuti sekolah

ambil kesempatan cuti sekolah ini untuk menjahit....


ambil kesempatan cuti sekolah ini untuk mencuba resepi-resepi yang baru....

ambil kesempatan cuti sekolah ini untuk membawa anak dan suami berjalan sakan, bersua sanak saudara..

ambil kesempatan cuti sekolah ini untuk menambahkan ilmu .. dunia dan akhirat...


SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA GURU YANG BERCUTI.... termasuklah diriku...

Wednesday, May 27, 2009

Cikgu... macam mana nak score math?



Cikgu,

"saya teringin nak dapat Maths A..."

"saya tak pernah dapat Maths A"

"kalau dapat Maths A, saya belanja cikgu makan KFC"

"macam mana nak score Maths A?"


Itu antara ayat-ayat puitis yang bermain di bibir munggil anak didikku.

Aku hanya tersenyum-senyum songeh mendengarnya... tak tahulah sama ada aku geli hati, geram atau bangga kerana mereka menyimpan niat untuk cemerlang dalam subjek tu.


Apa yang boleh aku kongsikan pengalaman dan ilmu yang ada sebagai guru Maths sepanjang berkhidmat selama lebih 16 tahun..... maths means practice.... practice... and practice...
...when you want to do maths practice, you must have pen or pencil and rough book......"buku conteng".....

ha... barulah melatops.....

maths ni senang je.. all about numbers.... shapes.... and calculations....

So conclusion.... nak score maths... kena study smart....


Alahai,,, sekarang ni senang nak score maths... boleh guna kalkulator (itupun kalau pandai guna) , buku rujukan berlambak di pasaran dan for SPM candidates, beli je buku koleksi SPM tu,,,, buat sampai lebammmmmm...

paling penting... kena suka subject tu itself dan kenala baik-baik dengan cikgu yang mengajar... barulah berkat..

heheheh...



Tuesday, May 26, 2009

Happy birthday sayang..



Birthdaynya semalam. Isnin 25.05.1998.

Teringat 11 tahun yang lalu. Pengalaman mengandungkan anak kedua ku ini, memang memeritkan. Morning sicknessnya memang teruk. Ini jika kubandingkan semasa mengandungkan dan melahirkan abangnya.


Makan apa saja.... tak sampai seminit dah kumuntahkan kembali.

Makanan yang paling teringin dan asyik nak makan ialah sayur bayam direbus dan cicah sambal belacan. Air pulak, hari-hari nak kopi o.


"Hai, hari-hari minum kopi.... gelap pulak la anak kita nanti.... masa abangnya.. hari-hari minum soya... putih melepak lahirnya..."

"Biar lah bang.... yang penting anak kita sihat..."





Duk dalam perut, aktifnya mengalahkan jantan....

"Anak awak ni lelaki la...".... misi di klinik tu mengomen...

"Saya scan tak nampak. tapi rasanya lelaki" ........ doktor pulak meneka dalam kesamaran...

Aku diam aja. Naluri seorang ibu begitu kuat menyatakan anak ku ini perempuan... Aku juga mengharapkan begitu sebab yg pertama dah ada lelaki.

Sampai tempohnya, anakku lahir dengan begitu mudah sahaja. Tanpa sakit yang lama... sekali teran je.... alhamdulillah......

"Hazlin, tengok anak awak, lelaki ke perempuan?"

"Perempuan???.................Alhamdulillah"

Kami didik dan kami belai NURUL FATEHA dengan penuh kasih sayang....



Doa mak dan ayah semoga Nurul menjadi anak yang solehah... berjaya di dunia dan akhirat.

Sunday, May 24, 2009

Ahad.... untuk bersantai-santai

Bila cuti memang saat yang sangat menyeronokkan. Aku boleh buat apa yang aku suka... Bila di rumah, kerja-kerja seorang isteri, ibu.. memang tidak boleh dielakkan. Namun ku sangat suka... semalam Sabtu, aku habiskan sesi basuh membasuh sampai tiga trip... mujur hari panas... menggelegak baju yg ku jemur kat luar...

..... dan hari ni Ahad segala kerja dah berkurangan.... aku boleh bersantai santai dan berblog.. hehehe.. mood tu tak berapa nak ada untuk berblog.. tapi.. layanzzzzz je....


Hari ni nak masak apa ek? Last week dah try sup tulang... dengan segala sayur mayurnya





.......juga ayam masak merah.... sekejap je di'licin'kan dek anak-anak ku.....




ooooooooo... sebab hari ni untuk bersantai-santai...
tak payah masak la....


tengah hari nanti baru fikir nak makan apa...

So, SELAMAT BERSANTAI.....


Thursday, May 21, 2009

jamuan kesyukuran sempena hari guru, lulus ptk dan asc

Dalam kesibukan menanda kertas peperiksaan pelajar, sempat jugak kami berjamu sempena rasa kesyukuran dan meraikan hari guru... lulus peperiksaan tahap kecekapan (PTK) dan lega selepas satu tahap proses pencerapan nazir ke arah anugerah sekolah cemerlang (asc).


Kerja banyak, lappy kena on jugak.
sekarang ni virus asyik menyerang...
gundah gulana dibuatnya..


Selamat berjamu-jamuan...



Ummi afifah.. dengan laksanya.. yummy.
terima kasih dan tahniah sekali lagi atas kejayaan cemerlang.



bila buat pot luck, macam-macam ada...



Makan-makan juga... kerja jangan lupa weh...

Next observe... nazir nak tengok p&p pulak.

cikgu-cikgu kat sini semua rajin-rajin belaka...

Wednesday, May 20, 2009

Hadiah dari kawan-kawan

Semua hadiah ni adalah istimewa dari rakan-rakan blogger. Akak mintak maaf bebanyak la sebab dah berkurun berzaman baru berkesempatan nak mengentrikannya... Bukan lupa bukan tak sudi nak mempamerkannya... tapi takut nanti dikatakan menunjuk-nunjuk...

Walau apapun diri ini sangatlah menghargainya
dan
sesungguhnya aku sayang kalian semua..



Terima kasih Nur





Terima kasih Yanmie.





Terima kasih cikgu Lillies





Terima kasih Amirul.. Amirulpun best!







2 hadiah ni datang dari jauh... nun di Brunei ..
Terima kasih Mummyhannan



Semoga persahabatan berpanjangan...


Tuesday, May 19, 2009

Alhamdulillah dan tahniah kengkawan

Rasa sangat bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan. Teringat n3 dulu masa exam PTK.. Dengan tak study dan sibuk dengan persiapan kahwin adik tersayang, maka dapatlah keputusan IV untuk paper umum dan III untuk paper khusus.. khusus tu paper "pengajaran dan pembelajaran".
Macam tak gheti ngajor la pulak.....

Kira-kiranya dah lulus. Tapi tak dapat anjakan gaji. kalau nak dapat anjakan gaji.. kenalah dapat IV untuk both papers. Tapiku sangat bersyukur kerana dengan tidak study dan main tembak je (maklumlah.. ABC)...

"Ha, kak Lin, pegi ambik borang memangku DG48... kat pejabat"
"hehehe... baru je tolak permohonan naik pangkat, dema ni tak paham-paham ke? udah di offer pulak memangku jawatan"

tapi.. kata orang, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari...

nantilah ku fikirkan. aku bukanlah seorang yang terlalu bercita-cita tinggi... tetapi jika dioffer, aku terima dengan hati terbuka dan cuba buat yang terbaik. Apa saja kerja, tugas dan jawatan yg diberi, kuterima dan akan kulaksanakan sekadar yang mampu. Aku bukanlah perfect, tetapi jika kita mahu berjaya, kita perlu belajar dan jangan malu bertanya. Kadang-kadang pengalaman bukan datang sendiri, tetapi ia perlu dicari...
huh... berfalsafah la pulak...
Ha....... tak abih lagi cerita pasal PTK...

Ku ingin mengucapkan CONGRATULATIONS kepada Ummiafifah yang telah lulus PTK.. IV, IV lagi u...
Jangan lupa laksanya ya... memang super duper cikgu... tahniah!

Tahniah juga untuk yg lain yang dah lulus PTK... amboi tukang cerita.. sedap makan kek ye.. bila nak belanja akak? ha.. mee kari ke???

Entry kali ni panjang ....

ada lagi...

Ha... ni 4 bekas pelajarku... yang sangat ku sayang... sori ek gambor ambik pakai handfon murah...

aku tumpang bangga dengan anak didik yang dah berjaya. Dari kiri Izhar Rabiah, Sarah, Hazwani dan Izzati. Ex student ICT 2005. Masing-masing masih ingat dengan cikgu. Doa cikgu semoga anda semua berjaya.

Sejak bergelar pendidik ni.. dah beribu pelajar yang ku didik. Kenal muka tapi lupa nama.... namun kalian tetap dihati.

Alhamdulillah....

Saturday, May 16, 2009

SELAMAT HARI GURU

selamat hari guru....

guru berjasa menerangi hidup orang lain...

tetapi tidak membakar diri sia-sia..



hadiah hari guru pertama utk tahun ini... terima kasih alongza...


untuk semua guru di seluruh dunia...
untuk semua guru STESMA..
untuk semua guru MRSM Kulim...
untuk semua guru MRSM Kuantan...
untuk semua guru SRK Gopeng...
untuk semua guru SK Dato' Hashim Pengkalan Chepa...

jasa guru tetap ku kenang... semoga kalian selalu berbahagia.. dunia akhirat...

tidak lupa utk rakan blogger bergelar guru..
ctm, nurul, azreen, li na, kak kay, maz, u.syed, uncle donn,
anis, lillies, ummirosma, su, azza, dayah, farha, jue, ida, rosmah, tera,
riekadir, onez, nazeri, izzuddin...

selamat hari guru.
guru pembina negara bangsa

Thursday, May 14, 2009

Kami telah bersedia

Setelah lama berteka teki... hampir seminggu jugak berdebar tahap gaban, maka tiba lah harinya yang kami semua, warga stesma tunggu-tunggu. Tarikh 14 Mei 2009 telah tertulis... termaktub..
Selamat datang wahai nazir semua. kami mengalu-alukan kehadiran anda semua. Semoga kejayaan akan kami raih dan pastinya Pn. Pengetua kami adalah insan yang paling berdebar dan jika kami berjaya, beliau jugalah insan yang paling gembira sekali....





Pejabat Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung.



Aku yang dah mengajar di sini selama hampir 16 tahun merasakan sekolah ini terlalu dekat di hatiku. Maklumlah... tempat mencari rezeki... dan di sini jugak tempat aku bertemu jodoh.



Bilik guru... u r welcome...

Cikgu-cikgu yang rajin... kami telah bersedia... semoga kejayaan ini milik kami.... InsyaAllah.

Tuesday, May 12, 2009

Selepas seminggu demam

.... memang menghadapi hari-hari yang terlalu sibuk. Bermula semalam menyiapkan soalan untuk peperiksaan pertengahan tahun terus ke bilik cetak... harap-harap tak kena skodeng....

mana-mana exam yang dah start, kena jadi jaga pulak... aduhai... membosankan.... lagi bosan dan geram bila tengok anak-anak ni tidur... bukannya jawab exam. puas dikejut, dijelingnya kita????... macam hantu!!!!! jika dibiarkan.. kesian pulak. kot tertidur???? rugi je masa yang ada...

di rumah pulak seperti biasa... hal ehwal rumah tangga, mana ada surutnya... lebih-lebih lagi anak semua dah bersekolah.

"mak, esok ada koko..., tolong gosok tudung puteri islam ye.."



"mak, nanti pinjam kuali nak pegi camp pengakap... jadi tukang masak!"



"mak, esok nak bawa nasi lemak kat tadika..."





banyak lagi ayat-ayat cinta yang biasa ku dengar.. semua itu menambah rencah dalam rumah tangga. belum lagi dengan ayat-ayat cinta dari suami.. hehehe...

namun semua itu mematangkan aku sebagai isteri dan ibu. walau sibuk dan walau tak sihat... tugas ibu memang tiada penghujungnya... dan yang pasti.. ianya percuma...

Monday, May 11, 2009

Salam untuk semua

lebih seminggu tak mengupdate blog kesayanganku ini. banyak keadaan yang tak mengizinkanku.... masa, kesihatan, kesibukan, line internet yg ntah apa-apa... macam-macam. kini ku kembali. buat sementara waktu hadir hanya untuk menyatakan... aku masih di sini... dan untuk mengucapkan...
salam sejahtera dan semua....

Saturday, May 2, 2009

Peristiwa 1 Mei

1 Mei.. hari pekerja dan hari cuti bagi semua yang bekerja di sektor awam atau swasta. Tapi yang bekerja sendiri, 1 Mei bukanlah hari untuk bercuti.

Seawal pagi selepas azan subuh berkumandang, tetiba aku dengar sesuatu berlari berkejaran di siling rumah. Hai, takkan ada orang masuk kot? Ada pulak yg buat kerja tambahan pepagi buta hari cuti ni... Berdentum dentam kat atas tu.

Habislah rumah ku ...

Semua bangun dan semua lampu dipasang... tikus kot? tapi bunyinya macam benda besar dari tikus... kucing? anjing? dari lubang mana pulak masuknya?

Suami memberanikan diri mengintai-ngintai... Tetiba sekeping siling jatuh melayang.. nasib baik tak kena sesapa... bersepai .... aduhai... pepagi cuti ni dah menunggu kerja untuk dibereskan... Sampai sudah tak tahu apa bendanya yang berdentum dentam kat atas tu.. tapi bau macam daun pandan... musang kot? dari hutan mana pulak sesatnya...

Selepas semuanya reda dan kami bersolat..

arghhh... malasnya nak masak for breakfast..... Aku bersiap ke pasar dan terus ke restoran biriyani beli roti canai.

"Roti telur bawang 4, roti kosong 4. nanti akak datang balik. nak g beli surat khabar dulu."

Waheeda isteri saya - demikian tajuk Harian Metro pagi tu. Tertarik dengan berita muka depan, aku terus beli...

"Berapa arrr Mr Chong? dah lama tak beli Metro. Selalu jengok kawan punya je"
"RM1.50"

Chehhhh... kena tipu aku... Waheeda isteri saya dalam Akil Hayy cafe... emmm...

"Adik dah siap ke roti?" sambil menunggu, aku baca lagi Harian Metro yg baruku beli.

"OK akak... roti dah siap.. kenapa akak tak masak pagi ni?"

"Hari ni kan labour day..." aku tersenyum kerana adik roti canai tu memang dah ramah denganku. Maklum saja... restoran tu antara dapurku juga...

********

Sementara suami sibuk menebang pokok mangga yang malu utk berbuah, aku menumbuk cili untuk masak gulai daging dengan kentang. Nurul yang baru sihat dari demam order sup ayam pulak... Tengah hari ni terlebih rajin pulak... Goreng ikan kembung rangup-rangup.

"Aku nak pegi buang sampah. Ada nak pesan?"
Sambil mengacau sup yang tengah mendidih, aku cuma mengeleng..

Kami lunch dengan penuh selera. Rasa macam dah lama sangat aku tak masak. Izham bertambah-tambah makannya.. Ikhwan? tu tak payah cerita la...
Suka tengok anak-anak makan. Suamipun... hehehe...

**********
Petang, selepas menyiapkan handout pelajar for this coming Monday, aku ke Lumut mencari ikan bilis. Along pesan. Sabtu nak balik Gopeng. Dah lama tak jumpa mak.
Setahun dua ni aku jarang benar balik kg. Padahal punyalah dekatnya. Tuntutan tugas yang hampir setiap Sabtu bekerja... menguruskan hal rumah tangga dan persekolahan anak-anak, membataskan waktu menjengok mak di kg. Agaknya tatkala aku tua nanti, begitu jugak la agaknya...

Malam... melipat kain yang tetap menggunung..... sambil tengok OIAM... berbaloi rasanya bila TOMOK menang... memang TOMOK new version... aku tumpang gembira.. Well done TOMOK!

Selesai sehari 1 Mei.... Cuti yang tidak cuti. Apa-apapun... terima kasihlah kepada yang mencipta cuti 1 Mei....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...