Sunday, May 31, 2009

Cuti-cuti..... membaca...

Aku memang suka membaca. Sejak sebelum zaman persekolahan bermula lagi.. kalau dulu, aku suka baca kisah Hikayat Merong Mahawangsa... buku kakak yang ambik sastera.. seronok dapat membaca...

tabiat tu terbawa-bawa sehingga aku ke sekolah menengah. Roommate ku rajin sungguh baca buku Mills & Boon. Siap nangis-nangis lagi.. akupun ikut juga walau terpaksa merangkak-rangkak sebab aku tak pandai bahasa Inggeris. Tapi lama kelamaan dengan tabiat suka baca buku omputih, aku improve English ku...

Haaaaaaaa.. sempena cuti sekolah ni aku nak mentelaah buku ni..




Buku ni dah lama diperkatakan oleh rakanku. tapi tak sempat nak cari kat bookstore. Seganla pulak nak pinjam meminjam. Last week baru sempat beli dan baca. Aku dah baca buku ni sekali. Cuti ni nak ulang balik.

Buku yang ditulis oleh Profesor Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim ni (Prof adalah pensyarah Perakaunan UiTM) adalah antara buku tentang ibadat haji yang banyak di pasaran. namun bila pertama kali membacanya, .. aku suka.. ayatnya mudah. Penyampaiannya menjadikan seolah-olah akupun ada bersama-sama melakukan ibadat itu.. Buku setebal 172 ms tu elok sangatlah dibaca oleh mana-mana insan yg nak pegi menunaikan haji/umrah.

Terima kasih Prof, terima kasih teman..

7 comments:

  1. Salam Kak Lin,
    Membaca itu amalan yang mulia... membaca juga dapat menambahkan ilmu yang sedia ada... mengasah minda dan membuat otak kita sentiasa berfikir... malangnya aku tidak berkesempatan utk membaca... membaca paper itu kira membaca ke? hehe...

    P/S: Selamat berhujung minggu... Happpy Holiday!...:)

    ReplyDelete
  2. jgn baca peta kat bantal je udah la

    ReplyDelete
  3. Cikgu dah plan nak pi sana dlm masa terdekat ni ka! Baguslah camtu.... Persediaan awal menambah ilmu pengetahuan bekalan ke sana nanti.

    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. wah..
    baca buku ye??
    ku pikir kak lin baca map nak ke Bali..hehehee...

    aktiviti yg sihat..dari dok bergosip dgn jiran sebelah..
    iye dakk??
    hahahaaaa...

    InsyaAllah semoga dipermudahkan jalan ke sana nanti..
    :)

    ReplyDelete
  5. Selamat bercuti dan selamat membaca.(Kalau nak ke Mokah (haji) eloklah masa tongah muda... Udah tuo-tuo indo tolok nak bertulak-tulak...

    ReplyDelete
  6. Hai Lin, nanti dah abis baca buku ni ada harapan nak ke tanah suci...

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Produk terbaru Prof Kamil
    VCD Motivasi Haji dan buku Travelog Dakwah.

    boleh beli secara online.
    http://www.traveloghaji.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...