.... memang menghadapi hari-hari yang terlalu sibuk. Bermula semalam menyiapkan soalan untuk peperiksaan pertengahan tahun terus ke bilik cetak... harap-harap tak kena skodeng....
mana-mana exam yang dah start, kena jadi jaga pulak... aduhai... membosankan.... lagi bosan dan geram bila tengok anak-anak ni tidur... bukannya jawab exam. puas dikejut, dijelingnya kita????... macam hantu!!!!! jika dibiarkan.. kesian pulak. kot tertidur???? rugi je masa yang ada...
di rumah pulak seperti biasa... hal ehwal rumah tangga, mana ada surutnya... lebih-lebih lagi anak semua dah bersekolah.
"mak, esok ada koko..., tolong gosok tudung puteri islam ye.."
"mak, nanti pinjam kuali nak pegi camp pengakap... jadi tukang masak!"
"mak, esok nak bawa nasi lemak kat tadika..."
banyak lagi ayat-ayat cinta yang biasa ku dengar.. semua itu menambah rencah dalam rumah tangga. belum lagi dengan ayat-ayat cinta dari suami.. hehehe...
namun semua itu mematangkan aku sebagai isteri dan ibu. walau sibuk dan walau tak sihat... tugas ibu memang tiada penghujungnya... dan yang pasti.. ianya percuma...
setuju2... free memanjang, tp apo nak kato, dah namopun isteri dan ibu.. Org kata, kalau tak mampu pikul semua tu, tak kawin lg bagussss!!!!!
ReplyDeleteMusim demam la ni cikgu kan. AMNI pun demam balik. Ni dok tgu result darah yg diambil pg td. Risaunya....
syabar,
ReplyDeletedemam tu tak la sampai amik darah. cuma petua utk anak-anak ni, saya bg makan sup ayam... baik untk org demam makan sup. lagipun bila demam, tak berselera nak makan. umpan dengan sup ayam ke atau bubur nasi.
ku suka ayat2 cinta depa bertiga tuh..hahaa..
ReplyDeleteitu juga ayat yg biasa ku guna suatu ketika dahulu..
dulu la kecik2..
da beso pi buat sendiri..
sabo kak ye,bebudak yg tidok time pekse tu biakan aje ler..
barangkali mereka penat mentelaah dimalam hari..hahaa..
Man,
ReplyDeletethanks... aku lagi suka dgn ayat-ayat tu.. esp from my hubby (yg ku sensorkan.. heheheh)
Man,
harap sihat sokmo. tak sempat nak jengok hang...
Kak Hazlin,
ReplyDeleteKesiyen domom pulak. I think musim le, my kids pun baru elok.
Macam2 ya kena buat bila dah jadi mak ni, tapi puas hati tau bila kita settlekan sendiri..
cikgu,
ReplyDeleteAMNI walaupun demam tp makan lalu.... minum jgn kata la, tak payah suruh sbb dia sendiri fobia dengan drip time kena denggi dulu
Teringin nak dgr ayat2 cinta dato' haris...
ReplyDelete:P
Salam Hazlin..kira masih beruntung hazlin ada hubby di sisi..tapi ida ni..ibu.itu,ibu ini...semuanya ibu....namun ida tak rasa bosan melayan kerenah anak2 walaupun penat.
ReplyDeleteWalaweiiiiiiiiiii
ReplyDeleteSemua aweks!!! ngn Mak Aweksssss kat sini semua bersemangat WAJA
Clap x 3....untuk korang semua....
Jaga Kesihatan Semua....
Salam Kak,
ReplyDeleteBegitulah agaknya rutin seorang ibu... isteri dan... sabar dan tabah menharunginya ok...
ida,
ReplyDeleteseronok tengok anak membesar depan mata dan menerima didikan kita. memang puas hati!
amacam jd full time house wife?
syabar,
ReplyDeletetakut betul bila sebut bab bab denggi ni sebab kat Manjung memang high risk! antara kes terbanyak di Msia.
mudah2an kita semua dijauhi dr penyakit tu..
tc,
ReplyDeletenanti akak publishkan buku khas ayat cinta dato' tu :)
Ida,
ReplyDeletebesar sungguh pengorbanan Ida sebagai ibu tunggal. semoga Allah memberkati.. dengan memberikan anak yg soleh!
Dj Epoi,
ReplyDeletehang dah merasa. duk kat spital lagi.. bila dah baik, jaga kesihatan paling utama..
Kerja bagiuh tau!
Amirul,
ReplyDeleteseorang ibu harus lebih sabar....