Tuesday, May 19, 2009

Alhamdulillah dan tahniah kengkawan

Rasa sangat bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan. Teringat n3 dulu masa exam PTK.. Dengan tak study dan sibuk dengan persiapan kahwin adik tersayang, maka dapatlah keputusan IV untuk paper umum dan III untuk paper khusus.. khusus tu paper "pengajaran dan pembelajaran".
Macam tak gheti ngajor la pulak.....

Kira-kiranya dah lulus. Tapi tak dapat anjakan gaji. kalau nak dapat anjakan gaji.. kenalah dapat IV untuk both papers. Tapiku sangat bersyukur kerana dengan tidak study dan main tembak je (maklumlah.. ABC)...

"Ha, kak Lin, pegi ambik borang memangku DG48... kat pejabat"
"hehehe... baru je tolak permohonan naik pangkat, dema ni tak paham-paham ke? udah di offer pulak memangku jawatan"

tapi.. kata orang, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari...

nantilah ku fikirkan. aku bukanlah seorang yang terlalu bercita-cita tinggi... tetapi jika dioffer, aku terima dengan hati terbuka dan cuba buat yang terbaik. Apa saja kerja, tugas dan jawatan yg diberi, kuterima dan akan kulaksanakan sekadar yang mampu. Aku bukanlah perfect, tetapi jika kita mahu berjaya, kita perlu belajar dan jangan malu bertanya. Kadang-kadang pengalaman bukan datang sendiri, tetapi ia perlu dicari...
huh... berfalsafah la pulak...
Ha....... tak abih lagi cerita pasal PTK...

Ku ingin mengucapkan CONGRATULATIONS kepada Ummiafifah yang telah lulus PTK.. IV, IV lagi u...
Jangan lupa laksanya ya... memang super duper cikgu... tahniah!

Tahniah juga untuk yg lain yang dah lulus PTK... amboi tukang cerita.. sedap makan kek ye.. bila nak belanja akak? ha.. mee kari ke???

Entry kali ni panjang ....

ada lagi...

Ha... ni 4 bekas pelajarku... yang sangat ku sayang... sori ek gambor ambik pakai handfon murah...

aku tumpang bangga dengan anak didik yang dah berjaya. Dari kiri Izhar Rabiah, Sarah, Hazwani dan Izzati. Ex student ICT 2005. Masing-masing masih ingat dengan cikgu. Doa cikgu semoga anda semua berjaya.

Sejak bergelar pendidik ni.. dah beribu pelajar yang ku didik. Kenal muka tapi lupa nama.... namun kalian tetap dihati.

Alhamdulillah....

12 comments:

  1. tahniah cikgu lin,

    umur2 cam kita ni, yg penting pass, kalau score tu kira bonus la kan. Hubby saya pun cam cikgu gak, IV dan III. Susah betul nak socre IV katanya so sampai la ni dok terus mencuba. Nak naik gaji kan!!!!

    Soalan cikgu tentang MRSM dah saya jawab dlm komen SELAMAT HARI GURU

    ReplyDelete
  2. waaaa...
    tahniah..tahniah...
    :p
    ala takpe la tu kak..
    amek je......rezeki tuuu..
    jgn ditolak woo..
    klu taknak bgi pada teman..
    hahahahahahahaa...
    sonang citer..
    :)

    ~nak tengok juga camne reaksi muka Cikgu Hazlin andai tahu pelajarnya pula yg tak bukak buku bila esok lusa nak jawab peksa...maunya melayang kosi meja..
    haha.. :)

    ReplyDelete
  3. tahniah la...aku masih iii..iii gak.

    ReplyDelete
  4. Syabar,
    tahniah utk your hubby...

    saya, yang dapat III tu tak taula boleh dapat IV atau tak... usaha je... ada rezeki dapat..

    thankx for the info. orang sana rupanya..

    ReplyDelete
  5. nurul,
    tima kacih.

    aikk... buat-buat tak nampak je mee kari tu ek.. :)

    ReplyDelete
  6. Man,
    terima kasih.

    akak sekarang ni tak main la melayang kosi..
    bila dah tua ni guna psikologi je...

    maklum aje...
    bebudak tu dah macam anak-anak akak... cuma tak sampai hati nak tangan-tangankan sebab anak orang.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. OneZ,
    tahniah. cuba lagi tahun depan.. ada rezeki, dapat ler...

    ReplyDelete
  8. tak de kenduri ke sempena dapat 4 3 tue? at least kena ambik satu paper je lagi..

    ReplyDelete
  9. elok sangatler buat kenduri time cuti cuti sekolah ni...

    ReplyDelete
  10. siti_m
    hari khamis ni kita kenduri..

    makan sakan..

    ReplyDelete
  11. el mariachi,
    kenduri kahwin sangat elok untuk orang-orang bujang macam el... :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...