1 Mei.. hari pekerja dan hari cuti bagi semua yang bekerja di sektor awam atau swasta. Tapi yang bekerja sendiri, 1 Mei bukanlah hari untuk bercuti.
Seawal pagi selepas azan subuh berkumandang, tetiba aku dengar sesuatu berlari berkejaran di siling rumah. Hai, takkan ada orang masuk kot? Ada pulak yg buat kerja tambahan pepagi buta hari cuti ni... Berdentum dentam kat atas tu.
Habislah rumah ku ...
Semua bangun dan semua lampu dipasang... tikus kot? tapi bunyinya macam benda besar dari tikus... kucing? anjing? dari lubang mana pulak masuknya?
Suami memberanikan diri mengintai-ngintai... Tetiba sekeping siling jatuh melayang.. nasib baik tak kena sesapa... bersepai .... aduhai... pepagi cuti ni dah menunggu kerja untuk dibereskan... Sampai sudah tak tahu apa bendanya yang berdentum dentam kat atas tu.. tapi bau macam daun pandan... musang kot? dari hutan mana pulak sesatnya...
Selepas semuanya reda dan kami bersolat..
arghhh... malasnya nak masak for breakfast..... Aku bersiap ke pasar dan terus ke restoran biriyani beli roti canai.
"Roti telur bawang 4, roti kosong 4. nanti akak datang balik. nak g beli surat khabar dulu."
Waheeda isteri saya - demikian tajuk Harian Metro pagi tu. Tertarik dengan berita muka depan, aku terus beli...
"Berapa arrr Mr Chong? dah lama tak beli Metro. Selalu jengok kawan punya je"
"RM1.50"
Chehhhh... kena tipu aku... Waheeda isteri saya dalam Akil Hayy cafe... emmm...
"Adik dah siap ke roti?" sambil menunggu, aku baca lagi Harian Metro yg baruku beli.
"OK akak... roti dah siap.. kenapa akak tak masak pagi ni?"
"Hari ni kan labour day..." aku tersenyum kerana adik roti canai tu memang dah ramah denganku. Maklum saja... restoran tu antara dapurku juga...
********
Sementara suami sibuk menebang pokok mangga yang malu utk berbuah, aku menumbuk cili untuk masak gulai daging dengan kentang. Nurul yang baru sihat dari demam order sup ayam pulak... Tengah hari ni terlebih rajin pulak... Goreng ikan kembung rangup-rangup.
"Aku nak pegi buang sampah. Ada nak pesan?"
Sambil mengacau sup yang tengah mendidih, aku cuma mengeleng..
Kami lunch dengan penuh selera. Rasa macam dah lama sangat aku tak masak. Izham bertambah-tambah makannya.. Ikhwan? tu tak payah cerita la...
Suka tengok anak-anak makan. Suamipun... hehehe...
**********
Petang, selepas menyiapkan handout pelajar for this coming Monday, aku ke Lumut mencari ikan bilis. Along pesan. Sabtu nak balik Gopeng. Dah lama tak jumpa mak.
Setahun dua ni aku jarang benar balik kg. Padahal punyalah dekatnya. Tuntutan tugas yang hampir setiap Sabtu bekerja... menguruskan hal rumah tangga dan persekolahan anak-anak, membataskan waktu menjengok mak di kg. Agaknya tatkala aku tua nanti, begitu jugak la agaknya...
Malam... melipat kain yang tetap menggunung..... sambil tengok OIAM... berbaloi rasanya bila TOMOK menang... memang TOMOK new version... aku tumpang gembira.. Well done TOMOK!
Selesai sehari 1 Mei.... Cuti yang tidak cuti. Apa-apapun... terima kasihlah kepada yang mencipta cuti 1 Mei....
Salam Kak,
ReplyDeleteWah! panjang bona entry kali ini ye... cerita sepanjang cuti 1 Mei... atas bumbung tu mungkin musang... kat area umah saya banyak sngat musang... memalam mesti bunyi bumbung berdentum-dentang...
salam kak,bagi kita yg pompuan ni mana ada cuti...cuti ke kerja ke,sama jer,kat umah kerja takkan berhenti...tul tak..takpe yg penting kita happy jlnkan tanggungjawab kita pd keluarga kan???he..he...arinie byk org kenduri nih..he..he..gantung periuk lg la nampaknya!!!ok.wassalam..
ReplyDeletesalam kak lin... slmt balik kg.. sy tak balik.. kg jauh skit.. tunggu cuti 2 minggu..
ReplyDeleteamirul,
ReplyDeleteidea terlebih pulak.. tu yg panjang berjela tu...
1 Mei tu saya yg cipta la..
ReplyDeletesaje bagi cuti..
atas bumbung tu barangkali musang pandan lorr..
takpon kucing bro mirul terlepas..
wakakakaa..
btw,wish luck to TOMOK yg menang walupun den tak suka dgn gaya die skrg..hahaa..
poyo!!!
Erk...
ReplyDeletebtoi ker musang tu k.lin?
Bukan musang berjanggut?
:P
--> kak nurul
ReplyDeletemusang berjanggut??
aderkah???jeng3x..
:)
Salam..Kak Lin......
ReplyDelete1 Mei lah juga Gua diadmitkan keWARD Kak....sian kat Gua.....
Bukan main panjang citer CUTI hari Pekerja nih!!!!
Gua nak ucapkan Tq juga kat Nurse2 yang comel lote!!! yang kena kerja pada hari cuti tuh heheheheheh
Sebab tolong jaga Gua hehehehehe
Salam Cikgu,
ReplyDeleteKita ni sbg emak, mana ada rehat sgt especially weekend. Memanjang dengan job tasks yang tak habis2.
Cikgu ajar subjek maths ya. Demi anak saya dengan tanpa malu, boleh tak nanti cikgu providekan saya soalan2 peperiksaan yang disediakankan oleh Teknik Manjung.
Hakim mengadu pening sikit subjek kimia. Camna mama nak bantu pun tak tahu.
syabar,
ReplyDeleteya.. saya cikgu math :) nanti saya boleh tolong emailkan. or nak post? nanti bg email add. or email saya di hazlinnazri@yahoo.com
subject kimia memerlukan kita menghafal dan mengira...
Terima kasih cikgu lin. Email will do.
ReplyDelete