Thursday, July 31, 2014

Tart nenas yang habis sebelum raya

Salam sejahtera semua

Kalau tengok pada gambar.. macam geli je nak makan. Tapi tart nenas ni memang sedap. Saya beli di Mydin RTC Gopeng.. Saya tak berhenti makan ni .. so memang la tak sempat nak tunggu raya..

Selamat Hari Raya buat semua.

Sunday, July 27, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1435 Hijrah.

Salam sejahtera semua


Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sempena lebaran yang mulia ini.
Semoga syawal yang hadir meninggalkan Ramadhan menjadikan kita insan yang lebih beriman dan bertaqwa..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI ..

Friday, July 25, 2014

Jerebu di Seri Manjung

Salam sejahtera semua,

Agak kerap juga kawasan di sekitar Seri Manjung ni mengalami jerebu. Hampir setiap tahun, pasti dalam bulan Julai Ogos, kami akan merasa sesak nafas dengan jerebu.. Bukan sekadar keadaan pandangan yang kabur dengan jarak penglihatan yang sekadar 100-200 meter sahaja.. bau asap juga menusuk hidung dan anak tekak.. Bagi kanak-kanak dan orang tua.. memang tidak baik untuk kesihatan..




 Keadaan jerebu di sekitar Seri Manjung.. masa ni hari Selasa 22/7/2014 sekitar jam 6:00 ptg waktu balik dari bazar Ramadhan.



 Memang sangat tidak sihat. ... sekolah di sekitar telah diarah tutup hingga esok harinya..



Alhamdulillah... keadaan beransur baik hingga lah masa entry ni ditulis, keadaan 
udara menjadi lebih baik.


Thursday, July 24, 2014

Mesyuarat JK Pasukan petugas Khas bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Salam sejahtera semua

Hari Selasa yang lalu 22/7/2014 telah diadakan mesyuarat JK Pasukan petugas Khas bagi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia [PPPM] 2013-2025, bagi peringkat Kolej Seri Manjung.

Tidak pasti mengapa hanya selepas setahun setengah dilancarkan pelan ni, baru nak wujudkan jawatankuasa peringkat kolej saya.. Hairan juga ye.. Adakah kerana SMt dah bertukar menjadi KV maka pihak PPD telah terlepas pandang..

Setahu saya PPPM ni telah lama dilancarkan.. kalau tak silap pada 6 september 2013 lagi...

Antara 11 anjakan utama yang ada dalam PPPM..

 Pastinya, kerja akan makin bertambah... Saya telah ditugaskan dalam JK Pertandingan peringkat kolej...

Terima saja seadanya..

Monday, July 21, 2014

Ramadhan ke 23

Salam sejahtera semua

Hari ini telah masuk Ramadhan ke 23.
23 hari telah berlalu
Hanya tinggal 6 hari
sebelum tirainya dilabuhkan..

doaku semoga fasa rahmat..
fasa keampunan dan..
fasa perlepasan dari api neraka
telah dilalui dengan penuh ketaqwaan..

kuberdoa semoga Allah mengizinkan aku
untuk sampai ke Ramadhan seerusnya..
dan.. aku akan merinduimu...

Thursday, July 17, 2014

Free Personal Pan Pizza

Salam sejahtera semua..

Jalan-jalan tadi.. terjumpa ni!
pesanan! pesanan!


ATTENTION all Samsung Galaxy users, we have a special treat for you!

Redeem a FREE Personal Pan Pizza TODAY (17th July) from 3-5 p.m. Go to your GALAXYLife App and tap redeem for the Pizza Hut deal!

Hurry hurry! You won't want to miss it! #mygalaxylife

Valid at selected stores only.


Boleh buat bekal buka puasa.

Servis kereta

Salam sejahtera semua

Dah dekat nak raya.. Jom pergi servis kereta. Tapi saya bukan servis kereta untuk raya. Tapi dah hampir setahun.. baru nak servis. Kereta myvi saya yang saya sayang..

 Kereta ni saya sekadar bawa sekitar manjung je. Kereta untuk pergi dan balik kerja. Kebetulan saya dan suami kerja setempat.. Hantar dan ambil anak ke sekolah. Paling jauh kereta ni sampai kampung saya di Gopeng..
Sebab tu bacaan meternya tak banyak.. hahaha










Hari yang saya hantar kereta tu, hujan la pulak. Kereta tu ok. Cuma breknya ada masalah sikit. Dah hantar kedai untuk dibaiki. Nanti servis suruh dorang check balik breknya..

Semua tu.. En. Suami saya yang uruskan.. Saya hanya pandai bawak je.. hahaha..

Lepas hantar kereta, saya tak tunggu pun...




Bila dah settle servis.. duitpun dah bertukar tangan..
eh! tak banyakpun.. tapi more than RM200 sebab Perodua dah 
nak bagi hadiah ni..
hehehe
dapatla bantal untuk travel ni..
cepat la pergi servis kereta kalau siapa nak hadiah ni...

Jumpa lagi..

Tepung pelita versi lompat tikam

Salam sejahtera semua

Tepung pelita memang sedap.. Tapi nak buat sendiri memang bercinta rasanya. Lebih-lebih lagi kena buat kelongsong daun pisang... memang fail!

Tapi bila terjah kat internet, ramai yang buat dengan mudah...
Ermm.. boleh la kita cuba pulak.
Tapi.. ada yang kata resepi tu bukan tepung pelita tapi lompat tikam...
Tak kesahlah apa jenisnya.. Janji boleh makan dan sedap..
Saya ambil resepinya kat sini.

 Bahan-bahannya :

Untuk Lapisan Hijau :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan, kalau tak suka manis)
5 cawan air
5 helai daun pandan, diblend dengan sedikit air, perahkan, tapis dan ambil airnya sahaja.
secubit kapur
Cara: Campurkan semua bahan di atas dan kacau rata. Biarkan dahulu.
Untuk Lapisan Putih :
4 cawan santan (dari sebiji kelapa)
6 sudu besar tepung beras
sedikit garam
Cara : Campurkan semua bahan dan gaul rata. Garam tu, biar terasa sikit, baru kick lemak santan.

Lapisan Air Gula :
(Tak nak letak pun tak apa. Nanti kuih manis sangat. Tidak elok untuk kesihatan anda. Tapi kalau letak, sedap lebih lah kuih nih. )
1/2 biji gula melaka
1/2 cawan air
Cara : Masak hingga pekat. Dah masak ratakan dalam bekas / loyang.

Masak Lapisan Hijau. Kacau tanpa henti atas api hingga masak, berkilat-berkilat macam gambar bawah ini.


 Dah masak, ratakan dalam bekas si atas gula Melaka tadi.


Masak pula Lapisan Putih. Kacau tanpa henti hingga masak.



Ratakan atas Lapisan Hijau.

Dah siap dan boleh masuk peti ais.. Makan sejuk sangat sedap..

Wednesday, July 16, 2014

Happy birthday myBlog Warisku Minangrawa

Salam Sejahtera semua..

Hari ni 16 Julai 2014..
Hari ni genap 6 tahun saya berblog..
Blog ni saya mulakan pada 16 Julai 2008.
Ohhh!! walaupun macam dah lama berblog, tapi saya hanya mampu menge"post" sebanyak 1192 post sahaja... Tapi saya rasa sangat okey...
Hahaha... kalau dilihat dari segi jumlah follower dan page view, memang tak boleh lawan la dengan blog yang  famous amos tu kan...
tetapi... alhamdulillah saya tak kesah semua tu sebab saya pun dapat menuai hasil dari aktiviti berblog ni. TQ so much buat nuffnang.. TQ sooooo much juga buat pengunjung  blog saya yang sudi datang.. atau terdatang tengok...
kalau dulu .. ye la.. masa belum aktif ber facebook, ramai juga saya kenal rakan-rakan blogger ni... Tapi ramai yang dah tak aktif berblog.. atau mungkin dah tutup akaun blog mereka.



Sebenarnya saya suka menulis. Tapi saya tiada "ilmu" untuk itu.. Sekadar mencatatkan sesuatu untuk meluahkan apa yang terbuku di hati dan mungkin berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Mungkin ada yang bertanya.. kenapa tidak menulis novel? kenapa tidak buat blog masakan?

Oh!.. saya tiada masa untuk itu semua.. dan saya suka cara saya sendiri.. Tiada yang khusus... dan yang penting.. tidak dipamerkan semuanya di sini... Cukup sekadar berkongsi yang boleh dikongsikan..



Walau apa jua yang ada di blog ini... mana yang baik saya kongsikan bersama semua.. Kepada yang sudi datang.. jangan jemu membaca nukilan saya..

Selamat Hari Lahir, myBlog Warisku Minangrawa...

Puding laici

Salam sejahtera semua

Bila musim-musim Ramadhan...  memang tekak ni terasa nak makan yang manis-manis buat pembuka selera.. Selain buah kurma buat pemula berbuka puasa, rasa kurang lengkap jika tidak diserikan dengan sesuatu juadah yang manis. Tapi tidaklah terlalu manis. Kesihatan perlu dijaga..

Jalan-jalan di internet.. terjumpa resepi ni dari sajiandapurbonda... Resepinya macam banyak sangat.. tapi sebenarnya bila saya selongkar kat laci dapur saya... ada je bahan-bahannya.. Cuma yang tak ada ialah buah oren. Tapi saya gantikan dengan pati oren sunquick.. hehe..

Jom kita terjah resepinya... Saya dah cuba dan hasilnya memang sedap!

 banyak juga hasilnya... oh ye lupa pulak nak bagitau.. disebabkan bulan puasa, saya kurangkan sedikit  kuantitinya jadi 3/4 sahaja. Sebab di rumah tu hanya ada 4 orang sahaja...



Resepi ni original saya ambil dari blog SajianDapurBonda. Terima kasih..

Bahan A:
250 gm gula pasir
30 gm agar-agar stripe
4 cawan air
1/2 tin air laici

Bahan B (disatukan dan dikisar sebati):
4 biji kuning telur
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar bes minuman buah laici
1 tin buah laici (guna 3/4 sahaja), *asingkan 1/4 untuk ditabur dalam puding
1 sudu kecil garam halus
1/2 tin air laici
50 gm butter

Bahan C:
4 biji putih telur
1 biji isi oren (sunkist) ~ kat rumah tak ada.. so saya guna pati oren sunquick..
(putih telur dan isi oren di kisar sehingga sebati dan kembang)
*Buah laici yang diasingkan tadi-dipotong kecil

Caranya:
1.  Masak agar-agar dengan air sehingga larut.
2.  Selepas itu, masukkan gula bersama air laici dan masak sehingga gula larut.
3.  Sementara itu kisar bahan-bahan B kecuali butter.   Setelah dikisar sebati, baru dimasukkan butter dan kisar sedikit lagi. Masukkan ke dalam larutan agar-agar tadi dan masak sehingga mendidih.
4.  Selepas itu masukkan bahan C dan kacau hingga sebati dan pekat. Tutup api. Masukkan buah laici yang dipotong kecil ke dalamnya dan kacau rata.
Tuangkan ke dalam acuan yang digemari dan biar beku di dalam peti sejuk.
Bolehlah dihias dengan belahan isi oren jika mahu.

Selamat mencuba..

Monday, July 14, 2014

14.7.14 Happy birthday, mak.

Salam sejahtera semua...

 Saya dan emak

73 tahun lalu, emak tersayang dilahirkan pada 14.7.41.  Hari ini, 14.7.14... emak masih diizinkan Allah menyambut ulangtahun kelahirannya.. Tahun ini unik sungguh angka pada tarikh lahir emak.. 14741... 14714 dan 73= 7 [bulan lahirnya] dan 3 [4-1]. Kata orang, apalah ada pada angka. Sayapun bukan nak highlight pada angka tersebut... 

Emak dilahirkan dalam keluarga yang besar. 14 adik beradik semunya. Kesempitan hidup menjadikan emak tidak bersekolah tinggi. Menanam padi dan menoreh getah sebagai sumber pendapatan membantu ayahbonda. Namun selepas emak berkahwin dengan arwah abah, emak menjadi surirumah sepenuh masa.

Emak adalah permata hati saya dan adik beradik yang lain. Perit getir emak membesarkan kami enam ber adik menjadi sumber inspirasi saya. Kerjaya arwah abah sebagai seorang tentera yang seringkali masuk hutan dalam tempoh yang lama menjadikan kami lebih rapat dengan emak. Emak berkorban apa saja demi kasih sayangnya terhadap kami. 

 Emak dan cucunya

 Sejak arwah abah pergi menghadap Ilahi pada tahun 2002, emak masih sendirian sehingga kini. Cinta dan kasih yang utuh buat arwah abah membuatkan emak tidak betah berada lama di rumah anak-anak. Emak tidak pernah meluahkannya kepada kami, tetapi saya pasti.. itu adalah antara sebabnya.. Kubur arwah abah tetap diziarahnya setiap Jumaat.

Syukur kepada Allah kerana emak telah menunaikan fardu haji (1996) dan mengerjakan umrah (2014). Tiada yang lebih membahagiakan jika dapat membahagiakan hati emak.


 
Emak dan kakaknya
 
Doa dan harapan saya agar emak dikurniakan kesihatan yang baik supaya terus dapat beribadat kepada Allah. Saya juga berdoa semoga terus dapat berbakti dan mendoakan semoga Rahmat Allah sentiasa menyelebungi hidup emak.. Amin..

Video cara membuat baju kurung

Salam sejahtera semua




Alhamdulillah.. dah lama saya mencari-cari video cara membuat baju kurung pesak ni..

Walaupun saya memang tahu bagaimana menjahit baju kurung ni, tapi saya sangat malas nak buat tutorialnya.
Terima kasih kepada yang sudi share video ni... harap en. jack wacko tak delete video ni..
Jom pakat-pakat tonton...
Selamat mencuba..



Sunday, July 13, 2014

15 Ramadhan 1435 Hijrah.

Salam sejahtera semua...

Hari ni dah 15 Ramadhan 1435 Hijrah. Sekejap betul masa berlalu. Alhamdulillah... kita semua telah melepasi fasa pertama puasa dan sedang dalam fasa kedua seterusnya fasa ke tiga, InsyaAllah..

Keberkatan bulan Ramadhan secara kasar dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu 10 malam pertama yang dipenuhi rahmat Allah SWT, 10 malam berikutnya diisi dengan pengampunan (maghfirah), manakala 10 malam terakhir merupakan pembebasan manusia dari api neraka. Keberkatan yang Allah SWT berikan ini akan dicapai sekiranya kita menggunakan waktu yang terhad untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT sebagaimana saranan Rasulullah SAW.

Oleh itu marilah kita banyak-banyak meminta ampun dan bertaubat kepada ALLAH S.W.T  atas dosa-dosa kita yang lalu sama ada kita sedar atau tidak. Di samping itu kita juga hendaklah memperbanyakkan amalan sunat seperti berzikir, solat terawih, solat-solat sunat yang lain, qiamullail, memperbanyakkan bacaan Al-Quran, bersedekah dan banyak lagi..
Amin..
 

Friday, July 11, 2014

Serangan Israel di Gaza

Salam sejahtera semua

GAZA: Tentera rejim Israel dilaporkan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara ke wilayah Palestin malam tadi selepas dakwaan wilayah selatan yang didudukinya dibedil dengan roket oleh pejuang.

Menurut saksi dan pegawai keselamatan Palestin, sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan cedera.
Seorang jurucakap tentera rejim mengesahkan serangan itu yang mendapat nama operasi "Protective Edge".

Menurut saksi serangan tertumpu kepada beberapa deretan rumah di Semenanjung Gaza, termasuk di kawasan Khan Yunes.

Kumpulan bersenjata dari Briged Ezzedine al-Qassam pantas mengeluarkan kenyataan membidas tindakan rejim itu.

“Israel telah melampaui batas dengan menjadikan kediaman (penduduk) sebagai sasaran. Sekiranya polisi sebegini tidak dihentikan, kami tidak teragak-agak untuk memperluaskan sasaran sehingga ke satu tahap yang tidak dapat disangka (rejim)," kata kumpulan itu menerusi satu kenyataan.

Serangan itu mengakibatkan kecederaan kepada 17 orang termasuk tujuh kanak-kanak dan dua wanita. Dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal, lapor bahagian perubatan Palestin.

"Kira-kira 50 objek termasuk empat buah rumah aktivis, kawasan pelancar roket dan insfastruktur lain menjadi sasaran," kata jurucakap tentera Israel.

Perkembangan terbaru ini adalah paling buruk sejak November 2012.

Situasi kembali memuncak selepas insiden seorang remaja Palestin diculik dan dibunuh kejam oleh pelampau Yahudi minggu lalu. Remaja terbabit dikatakan telah dibakar oleh kumpulan pelampau terbabit .

Tentera Israel mendakwa  lebih 40 roket telah dilancarkan ke selatan wilayah yang didudukinya hanya dalam tempoh beberapa jam. Brigade Ezzedine al-Qassam mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut. "Al-Qassam menembak puluhan roket ke Netivot dan Ashkelon, Ashdod dan Ofakim sebagai tindakan balas Zionis," kata satu kenyataan.

"Roket-roket Qassam merupakan balasan di atas kejahatan Israel terhadap rakyat kami," kata juru bicara Hamas, Sami Abu Zuhri. Tentera Israel mendakwa  lebih 40 roket telah dilancarkan ke selatan wilayah yang didudukinya hanya dalam tempoh beberapa jam.
[mysumber]


.... dan banyak lagi berita dan gambar yang menyayat hati yang rasanya tidak mampu untuk kita lihat dan tidak ingin alami. Sebagai seorang Islam, doa  kita berikan semoga Allah melindungi rakyat Palestin. Bantuan kewangan dan perubatan juga boleh kita sumbangkan bagi meringankan kesulitan mereka..

Thursday, July 10, 2014

Sambal udang bersos thai

Salam sejahtera semua

Saya memang gemar makan udang. Apa saja yang berkaitan dengan udang..
Pastinya kalau udang goreng tempura... memang best..
Tapi hari ni nak share resepi udang .. sambal udang bersos thai...

Senang je buat nya..
Bahan-bahan:
  • 600 gm udang [dibersihkan]
  • 3 sudu besar bawang merah + bawang putih yang dikisar
  • 3 sudu besar cili blend
  • 3 sudu besar sos cili thai [apa jenamapun ok - janji halal]
  • 1 sudu kecil kicap
  • minyak untuk menumis
  • garam+gula secukup rasa
  • sebiji bawang besar- dihiris bulat
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang dan cili blend hingga masak dan naik bau.
  2.  masukkan sos thai dan kicap  kacau sehingga pecah minyak
  3. masukkan udang dan bawang yang dihiris.. kacau dan perisakan hingga masak.
Selamat mencuba..

Wednesday, July 9, 2014

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati...

Salam sejahtera semua,

Hari ini kita telah menghabiskan 10 hari Ramadhan. Maka tinggal 20 hari sahaja lagi untuk kita mengecap nikmat bulan Ramadhan yang penuh barakah.
Semoga Allah masih memberikan kita ruang dan waktu untuk menunaikan ibadah berpuasa beserta ibadah wajib dan sunat yang lain. Amin..

Dalam kita meraikan kehadiran Ramadhan, banyak peristiwa sedih dan mengejutkan yang berlaku di sekeliling kita. Bila mendengar biduanita negara Datuk Sharifah Aini meninggal dunia, tersentuh hati.. mudah-mudahan semua perubahan ke arah kebaikan yang dilakukannya akan diterima oleh Allah. Kita tidak tahu bila masanya Allah akan menjemput kita kembali ke pangkuanNya. Semoga sentiasa ada sisi kesedaran di sudut hati untuk membuat sesuatu yang baik dan sentiasa momohon ampun dan bertaubat kepada Ilahi.

Sesungguhnya mati itu pasti.

Tidak kira usia.. jangan kita beranggapan bahawa "mati" hanya untuk "orang tua", untuk orang "sakit"... sesiapa sahaja dan bila-bila masa sahaja Allah boleh menjemput kita.

Semalam, saya mendapat lagi berita sedih tatkala adik memberitahu tentang kematian seorang kanak-kanak lelaki akibat pendarahan di kepala.. Kanak-kanak yang berusia setahun enam bulan itu, adalah saudara rapat kepada keluarga saya dan dijaga oleh pengasuhnya. Pengasuh dikatakan membawa kanak-kanak itu ke klinik selepas mangsa dilihat tidak sihat dan mengalami sesak nafas. Maklumat awal pendarahan di bahagian kepala mangsa adalah disebabkan terkena meja. Difahamkan selepas pembedahan, kanak-kanak tersebut koma seminggu sehinggalah meninggal semalam, Selasa 8/7/2014.




 

Tuesday, July 8, 2014

Kuih cara manis

Salam sejahtera semua

Saya pasti ramai yang suka kuih cara.
Yang saya tahu ada dua jenis kuih cara. Manis dan berlauk.

Kalau di bulan puasa, saya biasanya masak sesuatu yang ringkas dan mudah disediakan dan yang pastinya mesti sedap di tekak. Kuih cara manis, biasanya orang letak gula di tengah.. tapi saya blendkan semua bahan dan mudah.. Tuang je terus dalam acuan.


Kuih cara saya tidak la cantik. sengaja buat berkerak sebab sedap nak ditelan. haha
Tapi bila masak kuih ni mesti jaga api tau.. api kecik je.
Kalau idak... jadilah macam kuih cara kat bawah ni...
Siapa nak makan?
:(


mesti ada yang nak resepi kan?

Saya pinjam dari mat gebu je..

BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
[saya guna pewarna dan perasa pandan NONA]
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
[saya tak buat inti.. blend semua]
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :
  1. Blend tepung, santan, telur dan gula. Letakkan pewarna hijau /perisa pandan.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. 
Selamat mencuba..


Friday, July 4, 2014

Bersahur dengan telur separuh masak

Salam sejahtera semua,

Hari ini dah enam hari berpuasa di bulan Ramadhan 1435Hijrah.
Alhamdulillah! tahniah kepada semua anak-anak yang sangat rajin berpuasa..

Bila mengenangkan anak-anak berpuasa, kena berfikir bab bersahur. Alhamdulillah anak-anak saya mudah dikejutkan utk makan sahur. Biasanya saya bangun jam 0400 atau 0430  pagi. Nasi yang sedia dimasak, dipanaskan saja.

Anak-anak tidak memilih untuk makan. Kalau saya hidangkan telur dadar... dorang ngap saja.. Ada ayam goreng, okay jugak. Buatkan nasi gorengpun okay. Tapi biarlah ada sesuatu yang berkuah.. Agaknya mudah untuk ditelan masuk anak tekak..
hehe

Bagi saya, apapun tak kesah. Asal ada untuk dijamah. Roti dengan air teh pun okay. Janji ada kurma sebiji. Tapi sesekali kalau dapat telur separuh masak dengan air kopi O.. ermmmm. sedap juga kan? kan? kan?




Wednesday, July 2, 2014

Auditor MQA ~ KV Seri Manjung

Salam sejahtera semua.

Minggu ini dan minggu sebelumnya bermula proses kerja meng"audit" fail Teaching Portfolio para pensyarah di Kolej Vokasional Seri Manjung.
Bunyi macam gempak habis.. Auditor MQA...
Hahaha
alaaaa... auditor dalaman je..

Tugas yang diamanahkan ni sejak awal tahun. Awal Mac dulu dah audit 14 fail pensyarah.. Rasa macam nak pitam sebab cantik-cantik.. Kali ni hanya perlu audit fail 5 orang saja. Failnya ok. tapi banyak yang tak lengkap. Macam mana nak lengkap sebab proses PdP [pengajaran dan pembelajaran] masih berlangsung..
Tapi saya respect kat pensyarah KVSM ni sebab masing-masing sangat komited dengan tugas...

Doa dan harapan saya semoga KVSM akan dianugerahkan sijil MQA dengan mudah. Semua nya untuk anak didik dan bangsa Malaysia yang menjadi harapan di masa akan datang..
seperti kata pengarah KVSM: Selamat...moga diberi ganjaran di Akhirat......
Amin.




2014 FIFA World Cup

Salam sejahtera semua

Oppppsss! Jangan Ketawa...

Saya baru nak terhegeh-hegeh menulis tentang World Cup. Tajuk kat atas tu mesti la de bomb!

Bukan tidak berkenan ... bukan juga tertinggal LRT.. tapi biasanya saya tak berminat nak ambil tahu pada peringkat awal. dah nak separuh akhir baru saya tengok... letih tunggu.

pagi tadi selepas bersahur sempat la tengok.. tahniah Belgium!


Nanti boleh tengok ..Sokong German... Sokong Brazil..
Antara Brazil dan German?
Hehe..



Tuesday, July 1, 2014

Dah bulan Julai

Salam sejahtera semua..

Sekejap macam pejam celik mata aja dah masuk bulan Julai.
Enam bulan berlalu di tahun 2014.

Banyak perkara yang dah berlaku. Semuanya akan kekal sebagai memori indah untuk dikenang.
Kata orang.. "what is past is past"

Tak boleh tulis panjang-panjang...
Nak tengok anak pegi sekolah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...