Salam sejahtera semua
GAZA: Tentera rejim Israel dilaporkan melancarkan
berpuluh-puluh serangan udara ke wilayah Palestin malam tadi selepas
dakwaan wilayah selatan yang didudukinya dibedil dengan roket oleh
pejuang.
Menurut saksi dan pegawai keselamatan Palestin, sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan cedera.
Seorang jurucakap tentera rejim mengesahkan serangan itu yang mendapat nama operasi "Protective Edge".
Menurut saksi serangan tertumpu kepada beberapa deretan rumah di Semenanjung Gaza, termasuk di kawasan Khan Yunes.
Kumpulan bersenjata dari Briged Ezzedine al-Qassam pantas mengeluarkan kenyataan membidas tindakan rejim itu.
“Israel telah melampaui batas dengan menjadikan kediaman (penduduk)
sebagai sasaran. Sekiranya polisi sebegini tidak dihentikan, kami tidak
teragak-agak untuk memperluaskan sasaran sehingga ke satu tahap yang
tidak dapat disangka (rejim)," kata kumpulan itu menerusi satu
kenyataan.
Serangan itu mengakibatkan kecederaan kepada 17
orang termasuk tujuh kanak-kanak dan dua wanita. Dua daripadanya berada
dalam keadaan kritikal, lapor bahagian perubatan Palestin.
"Kira-kira 50 objek termasuk empat buah rumah aktivis, kawasan pelancar
roket dan insfastruktur lain menjadi sasaran," kata jurucakap tentera
Israel.
Perkembangan terbaru ini adalah paling buruk sejak November 2012.
Situasi kembali memuncak selepas insiden seorang remaja Palestin diculik dan dibunuh kejam oleh pelampau Yahudi minggu lalu. Remaja terbabit dikatakan telah dibakar oleh kumpulan pelampau terbabit .
Tentera Israel mendakwa lebih 40 roket telah dilancarkan ke selatan wilayah yang didudukinya hanya dalam tempoh beberapa jam. Brigade Ezzedine al-Qassam mengaku bertanggungjawab di atas serangan
tersebut. "Al-Qassam menembak puluhan roket ke Netivot dan Ashkelon,
Ashdod dan Ofakim sebagai tindakan balas Zionis," kata satu kenyataan.
"Roket-roket Qassam merupakan balasan di atas kejahatan Israel terhadap rakyat kami," kata juru bicara Hamas, Sami Abu Zuhri. Tentera Israel mendakwa lebih 40 roket telah dilancarkan ke selatan wilayah yang didudukinya hanya dalam tempoh beberapa jam.
[mysumber]
.... dan banyak lagi berita dan gambar yang menyayat hati yang rasanya tidak mampu untuk kita lihat dan tidak ingin alami. Sebagai seorang Islam, doa kita berikan semoga Allah melindungi rakyat Palestin. Bantuan kewangan dan perubatan juga boleh kita sumbangkan bagi meringankan kesulitan mereka..
Kepada Allah kita sama-sama pohonkan moga laknatullah tersebut musnah dgn keangkuhannya. Dunia pun bagaikan terkunci tidak membuat apa-apa bidasan. Bidas on paper dan media tak guna kalau akhrinya saudara kita juga yg tertindas. Sedih.
ReplyDeleteTeruskan doa kita semua..
betul kakzakie..
Deletesumbangan dana kita juga disekat "kuasa besar"
Allah lebih mengetahui..