Wednesday, July 16, 2014

Puding laici

Salam sejahtera semua

Bila musim-musim Ramadhan...  memang tekak ni terasa nak makan yang manis-manis buat pembuka selera.. Selain buah kurma buat pemula berbuka puasa, rasa kurang lengkap jika tidak diserikan dengan sesuatu juadah yang manis. Tapi tidaklah terlalu manis. Kesihatan perlu dijaga..

Jalan-jalan di internet.. terjumpa resepi ni dari sajiandapurbonda... Resepinya macam banyak sangat.. tapi sebenarnya bila saya selongkar kat laci dapur saya... ada je bahan-bahannya.. Cuma yang tak ada ialah buah oren. Tapi saya gantikan dengan pati oren sunquick.. hehe..

Jom kita terjah resepinya... Saya dah cuba dan hasilnya memang sedap!

 banyak juga hasilnya... oh ye lupa pulak nak bagitau.. disebabkan bulan puasa, saya kurangkan sedikit  kuantitinya jadi 3/4 sahaja. Sebab di rumah tu hanya ada 4 orang sahaja...



Resepi ni original saya ambil dari blog SajianDapurBonda. Terima kasih..

Bahan A:
250 gm gula pasir
30 gm agar-agar stripe
4 cawan air
1/2 tin air laici

Bahan B (disatukan dan dikisar sebati):
4 biji kuning telur
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar bes minuman buah laici
1 tin buah laici (guna 3/4 sahaja), *asingkan 1/4 untuk ditabur dalam puding
1 sudu kecil garam halus
1/2 tin air laici
50 gm butter

Bahan C:
4 biji putih telur
1 biji isi oren (sunkist) ~ kat rumah tak ada.. so saya guna pati oren sunquick..
(putih telur dan isi oren di kisar sehingga sebati dan kembang)
*Buah laici yang diasingkan tadi-dipotong kecil

Caranya:
1.  Masak agar-agar dengan air sehingga larut.
2.  Selepas itu, masukkan gula bersama air laici dan masak sehingga gula larut.
3.  Sementara itu kisar bahan-bahan B kecuali butter.   Setelah dikisar sebati, baru dimasukkan butter dan kisar sedikit lagi. Masukkan ke dalam larutan agar-agar tadi dan masak sehingga mendidih.
4.  Selepas itu masukkan bahan C dan kacau hingga sebati dan pekat. Tutup api. Masukkan buah laici yang dipotong kecil ke dalamnya dan kacau rata.
Tuangkan ke dalam acuan yang digemari dan biar beku di dalam peti sejuk.
Bolehlah dihias dengan belahan isi oren jika mahu.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...