Thursday, July 17, 2014

Tepung pelita versi lompat tikam

Salam sejahtera semua

Tepung pelita memang sedap.. Tapi nak buat sendiri memang bercinta rasanya. Lebih-lebih lagi kena buat kelongsong daun pisang... memang fail!

Tapi bila terjah kat internet, ramai yang buat dengan mudah...
Ermm.. boleh la kita cuba pulak.
Tapi.. ada yang kata resepi tu bukan tepung pelita tapi lompat tikam...
Tak kesahlah apa jenisnya.. Janji boleh makan dan sedap..
Saya ambil resepinya kat sini.

 Bahan-bahannya :

Untuk Lapisan Hijau :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan, kalau tak suka manis)
5 cawan air
5 helai daun pandan, diblend dengan sedikit air, perahkan, tapis dan ambil airnya sahaja.
secubit kapur
Cara: Campurkan semua bahan di atas dan kacau rata. Biarkan dahulu.
Untuk Lapisan Putih :
4 cawan santan (dari sebiji kelapa)
6 sudu besar tepung beras
sedikit garam
Cara : Campurkan semua bahan dan gaul rata. Garam tu, biar terasa sikit, baru kick lemak santan.

Lapisan Air Gula :
(Tak nak letak pun tak apa. Nanti kuih manis sangat. Tidak elok untuk kesihatan anda. Tapi kalau letak, sedap lebih lah kuih nih. )
1/2 biji gula melaka
1/2 cawan air
Cara : Masak hingga pekat. Dah masak ratakan dalam bekas / loyang.

Masak Lapisan Hijau. Kacau tanpa henti atas api hingga masak, berkilat-berkilat macam gambar bawah ini.


 Dah masak, ratakan dalam bekas si atas gula Melaka tadi.


Masak pula Lapisan Putih. Kacau tanpa henti hingga masak.



Ratakan atas Lapisan Hijau.

Dah siap dan boleh masuk peti ais.. Makan sejuk sangat sedap..

4 comments:

  1. wah sedapnyaaa kak... ni kuih kegemaran nadya... nanti nak amik la resepi ni.. thanks kak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memng sedap. cuma lapisan hijau tu agak lembik.. nnt boleh kurangkan air dari 5 ke 4 1/2 cawan je.

      Delete
  2. Halo Ibu Hazlin! Gabung yuk!! di myTasteIndonesia.com!!!

    Banyak blog yang telah menjadi anggota dan mendapatkan keuntungan dari publikasi di situs kami. Tambahkan blog Anda di link ini: http://www.mytasteindonesia.com/tambahkan_blog_anda

    Bila ada pertanyaan jangan sungkan untuk hubungi kami di:
    info@mytasteindonesia.com

    Terima kasih,
    Salam myTaste Indonesia,
    Immanuel Kabuhung

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...