Saya dan emak
73 tahun lalu, emak tersayang dilahirkan pada 14.7.41. Hari ini, 14.7.14... emak masih diizinkan Allah menyambut ulangtahun kelahirannya.. Tahun ini unik sungguh angka pada tarikh lahir emak.. 14741... 14714 dan 73= 7 [bulan lahirnya] dan 3 [4-1]. Kata orang, apalah ada pada angka. Sayapun bukan nak highlight pada angka tersebut...
Emak dilahirkan dalam keluarga yang besar. 14 adik beradik semunya. Kesempitan hidup menjadikan emak tidak bersekolah tinggi. Menanam padi dan menoreh getah sebagai sumber pendapatan membantu ayahbonda. Namun selepas emak berkahwin dengan arwah abah, emak menjadi surirumah sepenuh masa.
Emak adalah permata hati saya dan adik beradik yang lain. Perit getir emak membesarkan kami enam ber adik menjadi sumber inspirasi saya. Kerjaya arwah abah sebagai seorang tentera yang seringkali masuk hutan dalam tempoh yang lama menjadikan kami lebih rapat dengan emak. Emak berkorban apa saja demi kasih sayangnya terhadap kami.
Emak dan cucunya
Sejak arwah abah pergi menghadap Ilahi pada tahun 2002, emak masih sendirian sehingga kini. Cinta dan kasih yang utuh buat arwah abah membuatkan emak tidak betah berada lama di rumah anak-anak. Emak tidak pernah meluahkannya kepada kami, tetapi saya pasti.. itu adalah antara sebabnya.. Kubur arwah abah tetap diziarahnya setiap Jumaat.
Syukur kepada Allah kerana emak telah menunaikan fardu haji (1996) dan mengerjakan umrah (2014). Tiada yang lebih membahagiakan jika dapat membahagiakan hati emak.
Emak dan kakaknya
Doa dan harapan saya agar emak dikurniakan kesihatan yang baik supaya terus dapat beribadat kepada Allah. Saya juga berdoa semoga terus dapat berbakti dan mendoakan semoga Rahmat Allah sentiasa menyelebungi hidup emak.. Amin..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.