Hari ini kita telah menghabiskan 10 hari Ramadhan. Maka tinggal 20 hari sahaja lagi untuk kita mengecap nikmat bulan Ramadhan yang penuh barakah.
Semoga Allah masih memberikan kita ruang dan waktu untuk menunaikan ibadah berpuasa beserta ibadah wajib dan sunat yang lain. Amin..
Dalam kita meraikan kehadiran Ramadhan, banyak peristiwa sedih dan mengejutkan yang berlaku di sekeliling kita. Bila mendengar biduanita negara Datuk Sharifah Aini meninggal dunia, tersentuh hati.. mudah-mudahan semua perubahan ke arah kebaikan yang dilakukannya akan diterima oleh Allah. Kita tidak tahu bila masanya Allah akan menjemput kita kembali ke pangkuanNya. Semoga sentiasa ada sisi kesedaran di sudut hati untuk membuat sesuatu yang baik dan sentiasa momohon ampun dan bertaubat kepada Ilahi.
Sesungguhnya mati itu pasti.
Tidak kira usia.. jangan kita beranggapan bahawa "mati" hanya untuk "orang tua", untuk orang "sakit"... sesiapa sahaja dan bila-bila masa sahaja Allah boleh menjemput kita.
Semalam, saya mendapat lagi berita sedih tatkala adik memberitahu tentang kematian seorang kanak-kanak lelaki akibat pendarahan di kepala.. Kanak-kanak yang berusia setahun enam bulan itu, adalah saudara rapat kepada keluarga saya dan dijaga oleh pengasuhnya. Pengasuh dikatakan membawa kanak-kanak itu ke klinik selepas mangsa dilihat tidak sihat dan mengalami sesak nafas. Maklumat awal pendarahan di bahagian kepala mangsa adalah disebabkan terkena meja. Difahamkan selepas pembedahan, kanak-kanak tersebut koma seminggu sehinggalah meninggal semalam, Selasa 8/7/2014.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.