Salam Sejahtera semua..
Hari ni 16 Julai 2014..
Hari ni genap 6 tahun saya berblog..
Blog ni saya mulakan pada 16 Julai 2008.
Ohhh!! walaupun macam dah lama berblog, tapi saya hanya mampu menge"post" sebanyak 1192 post sahaja... Tapi saya rasa sangat okey...
Hahaha... kalau dilihat dari segi jumlah follower dan page view, memang tak boleh lawan la dengan blog yang famous amos tu kan...
tetapi... alhamdulillah saya tak kesah semua tu sebab saya pun dapat menuai hasil dari aktiviti berblog ni. TQ so much buat nuffnang.. TQ sooooo much juga buat pengunjung blog saya yang sudi datang.. atau terdatang tengok...
kalau dulu .. ye la.. masa belum aktif ber facebook, ramai juga saya kenal rakan-rakan blogger ni... Tapi ramai yang dah tak aktif berblog.. atau mungkin dah tutup akaun blog mereka.
Sebenarnya saya suka menulis. Tapi saya tiada "ilmu" untuk itu.. Sekadar mencatatkan sesuatu untuk meluahkan apa yang terbuku di hati dan mungkin berkongsi sedikit ilmu yang saya ada. Mungkin ada yang bertanya.. kenapa tidak menulis novel? kenapa tidak buat blog masakan?
Oh!.. saya tiada masa untuk itu semua.. dan saya suka cara saya sendiri.. Tiada yang khusus... dan yang penting.. tidak dipamerkan semuanya di sini... Cukup sekadar berkongsi yang boleh dikongsikan..
Walau apa jua yang ada di blog ini... mana yang baik saya kongsikan bersama semua.. Kepada yang sudi datang.. jangan jemu membaca nukilan saya..
Selamat Hari Lahir, myBlog Warisku Minangrawa...
happy belated birthday !
ReplyDeletesalam singgah sebelum sahur.. :)
kakakcici.blogspot.com