Tuesday, July 8, 2014

Kuih cara manis

Salam sejahtera semua

Saya pasti ramai yang suka kuih cara.
Yang saya tahu ada dua jenis kuih cara. Manis dan berlauk.

Kalau di bulan puasa, saya biasanya masak sesuatu yang ringkas dan mudah disediakan dan yang pastinya mesti sedap di tekak. Kuih cara manis, biasanya orang letak gula di tengah.. tapi saya blendkan semua bahan dan mudah.. Tuang je terus dalam acuan.


Kuih cara saya tidak la cantik. sengaja buat berkerak sebab sedap nak ditelan. haha
Tapi bila masak kuih ni mesti jaga api tau.. api kecik je.
Kalau idak... jadilah macam kuih cara kat bawah ni...
Siapa nak makan?
:(


mesti ada yang nak resepi kan?

Saya pinjam dari mat gebu je..

BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
[saya guna pewarna dan perasa pandan NONA]
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
[saya tak buat inti.. blend semua]
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :
  1. Blend tepung, santan, telur dan gula. Letakkan pewarna hijau /perisa pandan.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. 
Selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...