Salam sejahtera semua
Apabila sebut juadah berbuka yang sedap.. Sedap? sedap tu lebih bersifat subjektif. Semua bergantung kepada deria rasa seseorang,perspektif terhadap makanan/minuman dan juga gemar atau tidak seseorang kepada makanan tu.
Macam-macam jenis yang boleh di"kata"kan sedap. Antaranya..
murtabak
bubur ... lambuk, jagung, keledek, chacha, kacang, durian..
aneka kuih
aneka mee / bihun / kueteow dan aneka masakannya.. goreng / sup / tomyam / kungfu
Semua juadah.. hasil air tangan mak.. yang paling sedap walaupun sekadar makan nasi dan ikan masin.
Yang penting.. di bulan Ramadan yang mulia ni..jangan makan berlebihan dan jangan membazir. Barulah berkat bulan Ramadhan tu kita dapat..
Monday, June 30, 2014
Follower saya ke~600
Salam sejahtera semua
Ni follower saya ke 600
Terima kasih kepada Nuriesya Nadia kerana sudi menjadi follower saya . Blog adik manis ni nadiaradzif.blogspot.com
Terima kasih dan happy blogging!
Ni follower saya ke 600
Terima kasih kepada Nuriesya Nadia kerana sudi menjadi follower saya . Blog adik manis ni nadiaradzif.blogspot.com
Doa berbuka puasa...
Salam sejahtera semua..
Salam Ramadhan.
Oh! Hari ni dah 2 Ramadhan.
Walau bagaimana sibuk memuliakan Ramadhan.. blog tetap di update... hehe
Mesti semalam ramai yang cari en gugel untuk dapatkan doa berbuka puasa kan?
Haaa...kalau masih ada yang mencari-cari doa dalam bahasa arab..
boleh klik kat gambar...
Untung juga ada post tentang puasa ni.. Memang berguna di masa-masa akan datang...
Selamat berpuasa semua...

Sunday, June 29, 2014
Sahur 1
Salam sejahtera semua..
jam: 7:22 pagi.
Pastinya semua sedang menjalankan ibadah berpuasa yang pertama hari ini.
tentunya telah bersahur.. amalan sunat yang sangat besar fadhilatnya..
saya dan keluarga juga tidak terkecuali..
Alhamdulillah, seawal jam 4 pagi saya bangun memasak juadah bersahur, Sekadar nasi, ikan goreng dan rendang ayam.
Tahun ni bersahur dan berpuasa hanya empat beranak sahaja. Sedang memasak, teringat pada anak sulung.. telefon dia dulu .. kejutkan untuk bersahur.
Teringat pulak masa zaman saya belajar dulu. Bersahur seawal jam 430 pagi dengan mata bengkak (baru bangun tidur) bersiap ke dewan makan. Masa tu tak fikir lauk sedap atau tak. Janji perut terisi. Dapat berpuasa dan belajar dengan bertenaga.
Selamat berpuasa buat semua..

Friday, June 27, 2014
Taklimat penggunaan ADOP I, A dan V
Salam sejahtera semua,
Hari Jumaat.. biasanya adalah hari perhimpunan mingguan bagi Kolej saya. Tapi pagi ni ada pulak taklimat khas untuk semua pensyarah bermula 8:00 pagi hingga 9:30 pagi..
Perut perlu diisi.. hehe
padahal esok lusa dah nak puasa..
makan apa yang ada kat rumah... hujan pulak di pagi jumaat yang barakah setelah tersesak tersedak tersemput dengan asap jerebu yang katanya dari negara jiran...
Taklimat adalah berkaitan dengan sistem markah pentaksiran bagi modul insaniah, modul Akademik dan modul Vokasional.
Dengar, catat, dan praktikkan.. Apapun terima kasih la kepada penceramah..
Sumber foto: fb kvsm.

Thursday, June 26, 2014
Ahli kabinet baru 2014 ~ Jun
Salam sejahtera semua,
PUTRAJAYA 25/6/2014: Spekulasi tentang rombakan kabinet yang hangat sejak beberapa
hari lepas, akhirnya terjawab dengan pengumuman barisan kabinet baru
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.
Najib membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di Bangunan Perdana
Putra, setelah selesai mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet.
Rombakan itu memperlihatkan kembalinya pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam
kabinet, berikut adalah nama menteri dan timbalan menteri baru yang
diumumkan;
- Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan
- Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Datuk Mah Siew Keong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Datin Paduka Chiew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan
- Senator Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Majlis angkat sumpah menyimpan rahsia akan berlangsung pada Jumaat di Istana Negara.
sumber: http://mymassa.blogspot.com
Wednesday, June 25, 2014
Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2014M / 1435H
Salam sejahtera semua
Masih bersemangat dan tidak sabar untuk menyambut Ramadhan..
Jom kita berkongsi sesuatu yang pastinya penting di Bulan Ramadhan ni..
Waktu berbuka puasa dan imsak bagi tahun 2014 M / 1435 H adalah seperti di pautan di bawah.
Sila klik pada negeri yang dikehendaki.

Perlis | Kedah | Pulau Pinang | Perak | WP Kuala Lumpur & Putrajaya | Selangor | Negeri Sembilan | Melaka | Johor | Pahang | Terengganu | Kelantan | Sabah | Sarawak | Wilayah Persekutuan Labuan
Tuesday, June 24, 2014
Ramadhan... hadirmu ku nanti, semangatmu kurindui...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya copy paste dari nota facebook saya...
Agak lama tidak menulis sesuatu di ruang ini...
Mungkin sudah lupa.. mungkin juga kerana terlalu asyik mentinta di blog...
Namun yang pasti.. jemari ini terlalu asyik menekan keyboard tatkala terlalu sibuk "mencipta" modul pembelajaran
buat bekalan anak didik yang sentiasa dahagakan ilmu...
Terima kasih anak didik sekalian kerana tanpa kamu siapalah cikgu...
Dalam diam tak diam.. insyaAllah kita semua akan bersua dengan Ramadhan.. Tak lebih lima hari saja lagi...
Sudahkan kita semua bersedia?
Menanti Ramadhan yang membawa penuh kenikmatan...
yang penuh keberkatan... yang penuh pengampunan Allah SWT..
Alangkah indahnya tatkala pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup.
Tatkala itu, alam pun berseri dan ceria kerana padanya terdapat malam lailatul qadar,
malam yang lebih baik dari seribu bulan....
Marilah semua..
kita rebut peluang yang ada..
selain mengamalkan semua amalan wajib..
kita dambakan juga amalan sunat...
1. Solat sunat tarawih.
2. Solat-solat sunat yang lain.
3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran,
kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.
Semoga hadirnya Ramadhan, Allah SWT memberikan kekuatan fizikal dan rohani kepada kita untuk terus berupaya beribadat kepadaNya.
Doa dan hajatku semoga semua amalan kita akan diterima Allah jua..
SELAMAT DATANG RAMADHAN
SELAMAT BERPUASA buat semua..
Seri Manjung
26 Syaaban 1435H
24 Jun 2014M

Matematik Tambahan dan Aku
Salam sejahtera semua..
Seawal pagi update blog.. hahaha..(ke autoupdate?)
Bila SM Vokasional dinaiktaraf menjadi Kolej Vokasional, ramai yang bising-bising.. antaranya ..
"kena kerja 8-5"
"subjek akademik semakin tak dipedulikan"
"kemasukan pelajar macam mana?"
"budak-budak tak ambil SPM?"
"untungla dapat diploma umur 20 tahun..."
macam-macam dan pelbagai..
Tapi hakikatnya,
-memang waktu kerja 8-5
-sejak KV ditubuhkan 2012, dah ramai kawan-kawan yang mengajar subjek akademik, berpindah sekolah.
(walaupun ada yang mengikut suami/isteri)
hanya Aku dan beberapa kawan-kawan yang masih setia.. setia mencurahkan ilmu dan bakti selagi terdaya..
Seawal pagi update blog.. hahaha..

Mula-mula dulu tak adapun subjek Matematik Tambahan untuk silibus KV.. Tapi biasalah... asyik berubah saja... KV dan perubahan.. berpisah tiada..
Lebih-lebih lagi apabila mengajar pelajar Diploma... haruslah Matematik Tambahan. Dah tinggalkan Matematik Tambahan ni sejak 2006 sebab nak fokus kepada Matematik. Maklumlah masa tu kena mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris...
Sejak kebelakangan ni.. kena study balik.. Refresh mana yang berkaitan je...
Tapi Matematik Tambahan ni best! Tak susah sebenarnya.. Cuma kita perlu rajin buat latihan je..
Practise makes perfect!
Monday, June 23, 2014
Saya pun ada "marketing strategy" saya ...
Salam sejahtera semua..
Hari ni dah Isnin. Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu.. Ahad insyaAllah berpuasa..
Saya pasti ramai yang jadi "pelanggan" media sosial facebook. dan saya pasti mesti ada terlihat posting yang berkaitan dengan resepi sebulan Ramadhan...
Ada yang siapkan menu utama untuk berbuka puasa untuk 30 hari . Ada juga yang dah senarakan menu sebulan berbuka puasa..
Lebih saya rujuk aja kat buku resepi ni... Terasa nak makan... beli bahan.. masak..
Saya tak berapa minat nak ke Pasar Ramadhan... makanannya yang kureng... Kalau air.. okay lagi..
Buku yang dah lama saya beli tapi saya baru cuba 1 resepi iaitu tauhu bakar...
Hahaha..
Hari ni dah Isnin. Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu.. Ahad insyaAllah berpuasa..
Saya pasti ramai yang jadi "pelanggan" media sosial facebook. dan saya pasti mesti ada terlihat posting yang berkaitan dengan resepi sebulan Ramadhan...
Ada yang siapkan menu utama untuk berbuka puasa untuk 30 hari . Ada juga yang dah senarakan menu sebulan berbuka puasa..
ni saya chiloq dari blog fini aka anak murid saya
eh! dah ada promosi?
Taapi.. sayapun ada juga.. tapi tak la sampai kena "setkan" hari 1 apa.. hari 2 apa..Lebih saya rujuk aja kat buku resepi ni... Terasa nak makan... beli bahan.. masak..
Saya tak berapa minat nak ke Pasar Ramadhan... makanannya yang kureng... Kalau air.. okay lagi..
Buku yang dah lama saya beli tapi saya baru cuba 1 resepi iaitu tauhu bakar...
Hahaha..
Saturday, June 21, 2014
Menjelang Ramadhan 1435H
Salam sejahtera semua,
Kalau tengok jam di lappy ni.. waktu dah menginjak ke angka 11:44 pm.. beberapa minit lagi bermula pula lembaran Ahad. Sekejap je rasanya hari dan waktu ni berlalu..
Ahad minggu hadapan, kita, umat Islam akan menunaikan puasa dalam bulan Ramadhan.
Tiada yang lebih indah pabila dapat menunaikan rukun Islam ke tiga denga penuh tulus dan ikhlas. Ganjaran pahala yang dijanjikan amat lumayan..
Kepada anak yang baru belajar berpuasa, pasti pengalaman ini akan menjadi kenangan yang tidak mungkin dilupakan.
Tahun ini, saya hanya akan berpuasa bersama suami dan dua orang lagi anak. Anak yang sulung dah belajar di asrama, maka agak sukar untuk berpuasa bersama.
Mungkin akan lebih terasa sunyi terutama waktu berbuka puasa...
Walau apa jua yang akan dirasai Ramadhan tahun ni, saya memohon kepada Allah semoga semuanya akan diredhai olehNya. Semoga kehadiran Ramadhan ini menjadikan saya seorang hamba Allah yang lebih taat dan khusyuk dalam mengerjakan ibadat.
Amin YRA...

Thursday, June 19, 2014
Mengaji dan Terjemahan AlQuran .. suatu terapi..
Salam sejahtera semua..
Alangkah bahagianya apabila kita mengalunkan bacaan ayat suci alQuran dan dapat mengetahui terjemahannya...
Al-Quran adalah panduan hidup kita sebagai seorang Islam. Hari ini saya sempat membaca surah An-Nisa dan cuba untuk fahamkan terjemahannya..
Jon baca Quran!

Wednesday, June 18, 2014
Resepi Biskut Cornflakes Madu
Salam sejahtera semua..
Eh! tetiba pulak tayang resepi..
macam dah tak ada idea je..
Oh!. bukan! bukan! bukan!
saja je..
hari ni dah 20 syaaban..
tau-tau ajelah kan...
saya bukanlah orangnya yang arif dengan biskut, kek dan seangkatan dengannya.. tapi saya suka biskut ni.. suka makan.. tapi tak tahu buat..
padahal senang sangat nak buat..
ok.. kita share resepinya:
Bahan-bahan ( 50-60 biji )
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)
Cara-cara
1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.
Selamat mencuba!

Tuesday, June 17, 2014
Monday, June 16, 2014
Manfaat seks dari sudut kesihatan dan kecantikan
Salam sejahtera semua..
Macam lain je entry kali ni ye..
Nak kata kategori 18 SX.. ye ke .. ye kot..
Saya petik rencana ni dari sebuah majalah..
Take it positive and sharing is caring!
**********************
Dikatakan, hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh!
Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan.
Menurut mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan...
Ermmmm... interesting!
Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif.
Wajah yang lebih jelita
Tidak dinafikan, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar.
ye ke?
Dikatakan kebangkitan fiikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya meningkatkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan bersinar.
Memiliki bentuk tubuh yang menarik
Letih tak kalau bersenam di gim atau berdiet untuk mendapat tubuh yang cantik?
Sebenarnya, ketika anda melakukan hubungan seks, anda sebenarnya sedang bersenam! tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling berkerjasama.
Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan yang tinggi lantaran merasakan "senaman" tersebut serasi dengan tubuh..
Hilangkan lenguh-lenguh badan
pasangan boleh menjadi "doktor" yang paling hebat!
Carilah waktu yang sesuai dan menarik untuk berdua-duaan dengan suami/isteri tanpa gangguan anak-anak.
Isteri urut suami, suami urut isteri...
Kenapa dapat dipulihkan?
Kerana... setiap kali hubungan seks berlangsung, hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semulajadi yang dikeluarkan oleh tubuh...
Penulis buku "The Healing Power of Sex" menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.....
Ermmmm... hehe..

Tips Elakkan STRESS!
Salam sejahtera semua
Semua orang akan rasa stress kerana macam-macam perkara...
Sayapun sesekali stress juga.. terutama masa nak menangani karenah pelajar dan persekitaran.. nak fikir hal keluarga lagi... huarggghhhhh...
Ok.. jom kita kongsikan beberapa tips
PERANCANGAN DAN KENAL PASTI WAKTU PRODUKTIF
-rancang aktiviti secara bijak, teratur dan tersusun.
-kalau biasa siapkan kerja seawal pagi.... haaa.. lakukan..
-waktu tengahari/petang.. buat tugasan yang ringan.
-atau sebalikknya ikut kesesuaian masing-masing
-pastikan semua kerja yg dirancang, dilaksanakan tanpa TANGGUH!
RELAKS
-ambil sedikit waktu untuk segarkan fikiran
-solat.. tidur.. surf internet.. mengaji alQuran.. makan.. sembang..
-OPPPSSSS! tapi jangan lebih 1 jam..
PISAHKAN MASALAH PERIBADI DAN PEKERJAAN
-elakkan untuk campur urusan peribadi dan kerjaya.
-elak bawa kerja pejabat ke rumah dan sebaliknya.
-jika terpaksa juga.. limitkan waktu dan jangan melebihi waktu bersama keluarga
BERANI MENOLAK
-tidak semua tugasan kita mampu buat..
-berani menolak dengan bijak
-ketua tetap dihormati
-berbincang dan beri alasan kukuh kenapa menolak
LUANG WAKTU UNTUK DIRI SENDIRI
-buat agenda tambahan untuk diri sendiri
-boleh manjakan diri di salon
-window shopping
-menjahit
-berkebun
-anggap "ia" sebagai hadiah untuk diri sendiri..

Friday, June 13, 2014
Terima kasih nuffnang...
Salam sejahtera semua..
Kebanyakkan blog yang saya lawat, blogger mesti letak post ni..
Sayapun nak letak juga.
Apa tujuan dorang letak, saya tak berapa faham..
Tapi apa yg saya tahu, semua iklan yang dberikan tu, menambahkan jumlah earning..
Saya pun faham-faham sendiri..
janji RM masuk.. hahaha
Terima kasih nuffnang. Saya harap, visitors yg singgah ke blog ni dapat manafaat apa yang saya kongsikan bersama. Bukan berniat untuk menunjuk atau menjatuhkan maruah saya atau sesiapa. Yang baik, ambil.. yang tak baik, tinggalkan. maafkan saya. Duit yang terkumpul dari nuffnang tupun saya takut-takut nak gunakan..
Apa-apapun, tepuk dada, tanya selera.....sendiri mau ingat!

Tempat mencari rezeki... Kolej Vokasional Seri Manjung
Salam sejahtera semua..
Setiap hari, isnin hingga khamis.. dah lebih 20 tahun saya berulang alik dari rumah ke sini.. tempat saya mendapat rezeki... tempat saya mencurahkan ilmu yang ada buat anak didik saya..
Walau terkadang adakalanya saya terasa "jemu" tapi saya suka tempat ini... Saya jatuh cinta di sini.. hihi
Semoga saya akan terus "suka"kan tempat ini..
Terima kasih SM Vokasional Seri Manjung / SM Teknik Seri Manjung / Kolej Vokasional Seri Manjung...

Thursday, June 12, 2014
Hantu punya bos!
Salam sejahtera semua..
Oppss! Oppss! Oppss! Oppss!
ni bukan mengutuk boss kat tempat kerja saya..
tapi saya nak share saya sedang menelaah novel ni sekarang setelah tamat membaca novel yang tebal tebal..
cinta hilang kata dan cinta .jangan lari dari ku...
oh! dah letih baca kisah cinta.. kita tukar ke novel kelakar tapi masih berkisar tentang cinta..
muka depan novel yang kelakar. En. suami asyik jeling manja je bila saya mengekeh ketawa bila sampai "part" yang kelakar.. Aduhaiii. nak buat macammana...
ok.. ni blog Dekna Lee, penulis novel tu..
Sedikit petikan dari novel ni..
Bab 30:
"Abby, awak jangan lama-lama sangat naik beca tu. Nanti dia bawa awak lari ke rumah dia pula!" Arrayyan berpesan kepada Abby yang teringin benar nak merasa naik beca. Abang beca itu hanya tersengih-sengih mendengar kata-kata Arrayyan. Arrayyan sudah mengajaknya untuk naik sekali tetapi Abby kata, Arrayyan tu berat. Dicampur pula dengan berat dosa dan berat badannya, nanti kesian abang yang kayuh beca ni...
Arrayyan tergelak sahaja bila Abby kata yang dia itu berat dengan dosa. Dia naik beca satu lagi. Mereka beriringan pada mulanya. Arrayyan tersenyum memandang Abby yang tampak gembira sungguh dapat menaiki beca itu."
~Kisah yang santai.. saya memang suka baca novel...~

Wednesday, June 11, 2014
Jamal Abdillah & Malique - Aku Maafkan Kamu
Salam sejahtera semua..
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam timbul tenggelam
Acapkali terpendam acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi mari tafsir alif ba ta
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
..... makna yang tersurat dan tersirat......

Tuesday, June 10, 2014
Mencari McD di Alor Setar
Salam sejahtera semua..
Anak sulung yang belajar di Kolej Mara Kuala Nerang sibuk teringin nak makan burger McD. Cuti yang baru ni kami pergi melawat dia. Walau baru 10 hari memulakan sesi pembelajaran di tempat baru, kerana cuti sekolah.. itu saja masa terluang yang dapat dikongsi bersama.
Kami memulakan perjalanan dari Gombak (setelah 4 hari di kg) menuju ke Alor Setar. Dah biasa bermalam di sana, kami agak keberatan untuk mencari homestay di Kuala Nerang.
Walau agak sibuk dengan tugasan belajar, hasrat nak makan burger McD tidak dilepaskan. Tidak tahu di mana lagi restoran makanan segera ini berada, kami "ziarah" tempat yang paling hampir dengan tempat kami menginap.

City Plaza bersebelahan dengan UTC Alor Setar..
Terima kasih en. google map! (B)
Dua-dua kami beli..
lepas tu sakit perut.. haha
ada ke tempat ni? Bila berpeluang, nanti kami singgah sini pulak...
Cuti sekolah.. tapi saya tidak bercuti...sebab...
Salam sejahtera semua..
Hari ini adalah hari ke dua bagi pengajian di Kolej Vokasional Seri Manjung. Bermula pengajian Semester 6 bagi pelajar diploma dan semester 2 dan 4 bagi pelajar pra-diploma.
Pelajar pra-diploma sedang menjalani semester pendek (belajor subjek Employability Skills)..
Manakala pelajar diploma pulak dah mula kuliah seperti biasa. Kelas saya hanya akan bermula pada Khamis ni sebab semalam (Isnin) dah "burnt" sebab ada perhimpunan.
Saya masih lagi mengajar Matematik untuk pelajar semester 6. 3 kelas semuanya.
Semoga pelajar-pelajar saya semester ni akan lebih cemerlang lagi....

Thursday, June 5, 2014
Terung pipit
Salam sejahtera semua,
pernah makan terung ni?
sedap untuk dimasak sambal tumis bersama ikan bilis..
Makan mentahpun sedap.
Ada yang panggil terung pipit. Ada yang panggil rimbang...

Tuesday, June 3, 2014
Hadiah #1 menyanyi
Salam sejahtera semua,
Anak bongsu saya, Izham memang gemar menyanyi. Tak kira apa lagu.. Nasyid pun jadi.. Kalau lagu rap, lagilah hafal.. hahaha
Minggu sebelum cuti sekolah penggal 1 hari tu..
Izham: mak, cikgu bagi hadiah nasi lemak dan wafer..
Mak: eh! mak tak tau pulak Am masuk pertandingan nyanyi.
Izham: adalah mak. Am ada bagitau kat mak
Mak: ok.. tahniah! Am nyanyi lagu apa?
Izham: lagu Al Haq la mak.. Mawi dan AC Mizal.
Mak: Am nyanyi sorang ke?
Izham: Ada 3 org satu kumpulan.
Mak: :)
Terima kasih Izham share hadiah dgn mak dan ayah..

Monday, June 2, 2014
Matrikulasi perakaunan: Kolej Mara Kuala Nerang
Salam sejahtera semua,
Saya tidak tahu pun tentang kewujudan Kolej Mara Kuala Nerang ni. Sehinggalah anak sulung saya Ikhwan mendapat tawaran melanjutkan pelajarannya di sini untuk program Matrikulasi KPM.
Rupanya Kolej ni (KMKN) dah beroperasi lama (hampir 10 tahun). Asalnya dulu ialah kolej matrikulasi UUM (Universiti Utara Malaysia).
KMKN ini menempatkan pelajar asasi UniKL untuk program Engineering dan matrikulasi perakaunan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Terletak kira-kira 30km dari bandar Alor Setar dan 2 km dari pekan Kuala Nerang. Kalau dari lebuhraya Utara Selatan (dari arah Selatan), susur keluar di tol Alor Setar Utara, lepas bayar tol, ambil arah kanan dan ikut je papan tanda ke Pokok Sena, Langgar dan Kuala Nerang.
Kolejnya yang terletak di sebelah kanan jalan menempatkan tempat pengajian yang tenang dan damai. . sesuailah untuk anak-anak belajar..
Sunday, June 1, 2014
Selamat datang Syaaban dan Jun
Salam sejahtera semua,
Hari ni dah 2 syaaban bersamaan 1435 Hijrah. Hari ini juga dah masuk 1 Jun 2014.
Hari berlalu, musim berganti..
Tiada erti menoleh kembali
Hanya mampu mengambil iktibar atas setiap yang berlaku
Sentiasa bersedia untuk hadapi segala rintangan yang mendatang
Hanya pada Allah swt tempat meminta, berdoa dan berserah
Sesungguhnya putaran masa akan menjadikan kita lebih berusaha
Kerna,
yang pergi tidak akan kembali...
yang patah tdak sama dengan yang tumbuh berganti
yang hilang tidak mungkin akan mendatang..
namun hidup perlu diteruskan..
Salam Syaaban buat semua..
semoga segala amalan baik kita akan diterima Allah..

Subscribe to:
Posts (Atom)