Saturday, June 21, 2014

Menjelang Ramadhan 1435H

Salam sejahtera semua,

Kalau tengok jam di lappy ni.. waktu dah menginjak ke angka 11:44 pm.. beberapa minit lagi bermula pula lembaran Ahad. Sekejap je rasanya hari dan waktu ni berlalu..

Ahad minggu hadapan, kita, umat Islam akan menunaikan puasa dalam bulan Ramadhan.
Tiada yang lebih indah pabila dapat menunaikan rukun Islam ke tiga denga penuh tulus dan ikhlas. Ganjaran pahala yang dijanjikan amat lumayan..

Kepada anak yang baru belajar berpuasa, pasti pengalaman ini akan menjadi kenangan yang tidak mungkin dilupakan.

Tahun ini, saya hanya akan berpuasa bersama suami dan dua orang lagi anak. Anak yang sulung dah belajar di asrama, maka agak sukar untuk berpuasa bersama.
Mungkin akan lebih terasa sunyi terutama waktu berbuka puasa...

Walau apa jua yang akan dirasai Ramadhan tahun ni, saya memohon kepada Allah semoga semuanya akan diredhai olehNya. Semoga kehadiran Ramadhan ini menjadikan saya seorang hamba Allah yang lebih taat dan khusyuk dalam mengerjakan ibadat.
Amin YRA...



1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...