Wednesday, June 18, 2014

Resepi Biskut Cornflakes Madu

Salam sejahtera semua..

Eh! tetiba pulak tayang resepi..
macam dah tak ada idea je..
Oh!. bukan! bukan! bukan!

saja je..
hari ni dah 20 syaaban..
tau-tau ajelah kan...
saya bukanlah orangnya yang arif dengan biskut, kek dan seangkatan dengannya.. tapi saya suka biskut ni..  suka makan.. tapi tak tahu buat..
padahal senang sangat nak buat..

ok.. kita share resepinya:
Bahan-bahan ( 50-60 biji )
4 cawan Cornflakes
¼ cawan madu
¼ cawan mentega
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan
Ceri (sebagai hiasan - ikut suka)
Cara-cara
1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil. Kacau hingga mentega cair.
2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk berisi Cornflakes tadi.
4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
5. Sudukan ke dalam papercup dan tabur sprinkles ke atasnya. Letak hirisan ceri jika suka. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.
 


Selamat mencuba!


2 comments:

  1. Oklah kan Lin bagi dulu resepi utk raya kan dah kian hampir.
    Puasa tak sampai dua minggu lagi kan.

    ReplyDelete
  2. Sis nak mula amik mood raya ler tuu...hihih..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...