Monday, June 2, 2014

Matrikulasi perakaunan: Kolej Mara Kuala Nerang

Salam sejahtera semua,





Saya tidak tahu pun tentang kewujudan Kolej Mara Kuala Nerang ni. Sehinggalah anak sulung saya Ikhwan mendapat tawaran melanjutkan pelajarannya di sini untuk program Matrikulasi KPM.

Rupanya Kolej ni (KMKN) dah beroperasi lama (hampir 10 tahun). Asalnya dulu ialah kolej matrikulasi UUM (Universiti Utara Malaysia). 

KMKN ini menempatkan pelajar asasi UniKL untuk program Engineering dan matrikulasi perakaunan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Terletak kira-kira 30km dari bandar Alor Setar dan 2 km dari pekan Kuala Nerang. Kalau dari lebuhraya Utara Selatan (dari arah Selatan), susur keluar di tol Alor Setar Utara, lepas bayar tol,  ambil arah kanan dan ikut je papan tanda ke Pokok Sena, Langgar dan Kuala Nerang.

Kolejnya yang terletak di sebelah kanan jalan menempatkan tempat pengajian yang tenang dan damai. . sesuailah untuk anak-anak belajar..



2 comments:

  1. Tahniah tuan anak dapat belajar di KMKN....saya kat KMK.

    ReplyDelete
  2. tahniah juga buat mrs eyza..
    dekat je dgn kmkn..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...