Tuesday, June 24, 2014

Matematik Tambahan dan Aku

Salam sejahtera semua..

Seawal pagi update blog.. hahaha.. (ke autoupdate?)

Bila SM Vokasional dinaiktaraf menjadi Kolej Vokasional, ramai yang bising-bising.. antaranya ..
"kena kerja 8-5"
"subjek akademik semakin tak dipedulikan"
"kemasukan pelajar macam mana?"
"budak-budak tak ambil SPM?"
"untungla dapat  diploma umur 20 tahun..."

macam-macam dan pelbagai..
Tapi hakikatnya,
-memang waktu kerja 8-5
-sejak KV ditubuhkan 2012, dah ramai kawan-kawan yang mengajar subjek akademik, berpindah sekolah.
(walaupun ada yang mengikut suami/isteri)

hanya Aku dan beberapa kawan-kawan yang masih setia.. setia mencurahkan ilmu dan bakti selagi terdaya..


Mula-mula dulu tak adapun subjek Matematik Tambahan untuk silibus KV.. Tapi biasalah... asyik berubah saja... KV dan perubahan.. berpisah tiada..

Lebih-lebih lagi apabila mengajar pelajar Diploma... haruslah Matematik Tambahan. Dah tinggalkan Matematik Tambahan ni sejak 2006 sebab nak fokus kepada Matematik. Maklumlah masa tu kena mengajar Matematik dalam Bahasa Inggeris... 

Sejak kebelakangan ni.. kena study balik.. Refresh mana yang berkaitan je... 
Tapi Matematik Tambahan ni best! Tak susah sebenarnya.. Cuma kita perlu rajin buat latihan je..

Practise makes perfect!


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...