Sunday, June 29, 2014

Sahur 1

Salam sejahtera semua..

jam: 7:22 pagi.
Pastinya semua sedang menjalankan ibadah berpuasa yang pertama hari ini.
tentunya telah bersahur.. amalan sunat yang sangat besar fadhilatnya..

saya dan keluarga juga tidak terkecuali..
Alhamdulillah, seawal jam 4 pagi saya bangun memasak juadah bersahur, Sekadar nasi, ikan goreng dan rendang ayam.
Tahun ni bersahur dan berpuasa hanya empat beranak sahaja. Sedang memasak, teringat pada anak sulung.. telefon dia dulu .. kejutkan untuk bersahur.
Teringat pulak masa zaman saya belajar dulu. Bersahur seawal jam 430 pagi dengan mata bengkak (baru bangun tidur) bersiap ke dewan makan. Masa tu tak fikir lauk sedap atau tak. Janji perut terisi. Dapat berpuasa dan belajar dengan bertenaga.

Selamat berpuasa buat semua..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...