Salam sejahtera semua..
Macam lain je entry kali ni ye..
Nak kata kategori 18 SX.. ye ke .. ye kot..
Saya petik rencana ni dari sebuah majalah..
Take it positive and sharing is caring!
**********************
Dikatakan, hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh!
Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan.
Menurut mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan...
Ermmmm... interesting!
Begitu juga dari sudut emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif.
Wajah yang lebih jelita
Tidak dinafikan, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar.
ye ke?
Dikatakan kebangkitan fiikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya meningkatkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan bersinar.
Memiliki bentuk tubuh yang menarik
Letih tak kalau bersenam di gim atau berdiet untuk mendapat tubuh yang cantik?
Sebenarnya, ketika anda melakukan hubungan seks, anda sebenarnya sedang bersenam! tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling berkerjasama.
Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan yang tinggi lantaran merasakan "senaman" tersebut serasi dengan tubuh..
Hilangkan lenguh-lenguh badan
pasangan boleh menjadi "doktor" yang paling hebat!
Carilah waktu yang sesuai dan menarik untuk berdua-duaan dengan suami/isteri tanpa gangguan anak-anak.
Isteri urut suami, suami urut isteri...
Kenapa dapat dipulihkan?
Kerana... setiap kali hubungan seks berlangsung, hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semulajadi yang dikeluarkan oleh tubuh...
Penulis buku "The Healing Power of Sex" menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.....
Ermmmm... hehe..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.