Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya copy paste dari nota facebook saya...
Agak lama tidak menulis sesuatu di ruang ini...
Mungkin sudah lupa.. mungkin juga kerana terlalu asyik mentinta di blog...
Namun yang pasti.. jemari ini terlalu asyik menekan keyboard tatkala terlalu sibuk "mencipta" modul pembelajaran
buat bekalan anak didik yang sentiasa dahagakan ilmu...
Terima kasih anak didik sekalian kerana tanpa kamu siapalah cikgu...
Dalam diam tak diam.. insyaAllah kita semua akan bersua dengan Ramadhan.. Tak lebih lima hari saja lagi...
Sudahkan kita semua bersedia?
Menanti Ramadhan yang membawa penuh kenikmatan...
yang penuh keberkatan... yang penuh pengampunan Allah SWT..
Alangkah indahnya tatkala pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup.
Tatkala itu, alam pun berseri dan ceria kerana padanya terdapat malam lailatul qadar,
malam yang lebih baik dari seribu bulan....
Marilah semua..
kita rebut peluang yang ada..
selain mengamalkan semua amalan wajib..
kita dambakan juga amalan sunat...
1. Solat sunat tarawih.
2. Solat-solat sunat yang lain.
3. Bantu membantu sesama umat Islam seperti bersedekah dan seumpamanya.
4. Memberikan hidangan berbuka puasa.
5. Banyakkan membaca tahlil (syahadah, berzikir, bertasbih dan seumpamanya).
6. Banyakkan beristighfar dan bertaubat, memohon keampunan kepada Allah s.w.t.
7. Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka.
8. Banyakkan bersabar, kerana pada bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran.
9. Tinggalkan dan jauhi dari segala perbuatan maksiat dan kemungkaran,
kerana ia boleh menghapuskan ganjaran pahala ibadah kita.
Ini termasuk jangan mengumpat, berkelahi, boros, fitnah-memfitnah, berbohong dan sebagainya.
Semoga hadirnya Ramadhan, Allah SWT memberikan kekuatan fizikal dan rohani kepada kita untuk terus berupaya beribadat kepadaNya.
Doa dan hajatku semoga semua amalan kita akan diterima Allah jua..
SELAMAT DATANG RAMADHAN
SELAMAT BERPUASA buat semua..
Seri Manjung
26 Syaaban 1435H
24 Jun 2014M
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.