Tuesday, July 31, 2012

Jadual waktu imsak dan berbuka puasa 2012

Salam sejahtera semua

Kelakar betul bila mengenangkan entri ni..
Dah masuk hari ke-11 ramadhan,
baru saya terperasan 

"Mak, imsak pukul berapa?"
"cuba tengok blog"
"tak ada pun"
"eh! ada.. cari betul betul.. tag puasa"

"tak ada.. dah banyak kali cuba"

ooooo.. baru saya teringat, saya lupa postkn entri ni..
tak apalah.. boleh lagikan...

okay, sila semak ye..


Kuih cara manis

salam sejahtera semua





Kuih cara manis kali ni saya intikan dengan gula melaka..
Sangat mudah nak sediakan..

boleh rujuk resepi kuih cara berlauk di sini
cuma tukar inti saja
atau sesiapa tak suka santan boleh gantikan dengan susu

atau kalau nak tukar warna hijau yang dah biasa
kepada warna pink
macam saya buat kat sini

selamat mencuba!

Monday, July 30, 2012

Berbuka Puasa Menurut Sunnah

Salam sejahtera semua

Sekadar berkongsi ilmu yang saya dapat di alam siber.
semoga kita sentiasa mendapat rahmat Ilahi
lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini.


Rasulullah SAW telah mengajar kita tentang adab-adab ketika berpuasa. Adab-adab ini perlu dilakukan antaranya sebelum berbuka hendaklah membaca doa dan disunatkan untuk menyegerakan berbuka puasa.

Seperti mana yang kita tahu bahawa Rasulullah SAW telah mengajar umatnya beberapa adab yang perlu diberi perhatian ketika berbuka puasa. Adab ini penting kerana dalam Islam, semua perkara yang kita lakukan perlulah beriringan dengan adab. Sebagai contoh adab masuk masjid, adab makan, adab minum dan sebagainya. Ketahui apakah antara adab-adab berbuka puasa di bawah ini.

1. Membaca doa

Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca : Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah) – Hadis riwayat Abu Dawud
Abdullah Ibn ‘Umar r.a berkata: “Apabila berbuka puasa bacalah: Ya Allah! sesungguhnya aku memohon rahmat-Mu yang meliputi segala sesuatu agar Engkau mengampunkan aku.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي
(Allahumma inni as aluka birahmatikal lati wasi’ta kulla syai in an taghfirali)” – Hadis riwayat Ibn Majah
Di samping doa-doa di atas, kita juga boleh berdoa apa sahaja yang dihajati kerana di antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka puasa. Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” – Hadis riwayat Ibn Majah

2. Menyegerakan Berbuka Puasa.

Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari
Di dalam sebuah hadis qudsi, Allah SWT telah berfirman maksudnya :
“Sebaik-baik hamba-ku menurut pandangan-Ku ialah orang yang menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Tirmizi

3. Berbuka Puasa Dengan Buah Rutab, Tamar Atau Air.

Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi SAW Anas bin Malik r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmizi

4. Bersegera Mengerjakan Solat Maghrib.

Hadis di atas tidak menafikan bahawa Rasulullah s.a.w juga menyegerakan solat Maghrib setelah berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. Namun, sekiranya makanan malam telah terhidang disunnahkan menjamah makan malam terlebih dahulu walaupun solat telah didirikan. Setelah selesai menikmati hidangan, bersegeralah mengerjakan solat Maghrib. Sabda Rasulullah SAW :
“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” – Hadis riwayat al-Bukhari
Menurut Imam al-Nawawi : “Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.”

5. Berbuka Puasa Secara Sederhana.

Firman Allah SWT :
“Wahai Bani Adam! Pakailah pakaian kamu yang indahsetiap kali kamu ingin ke tempat ibadat (mengerjakan solat) dan makan minumlah serta janganlah kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas.” – Surah al-A’raaf : Ayat 31
Perlu diingatkan bahawa janganlah waktu berbuka puasa dijadikan medan untuk kita melepas geram kerana sehari suntuk tidak menjamah makanan atau minuman. Sewajarnya, ibadah puasa dijadikan medan untuk melatih jiwa seorang muslim yang bertakwa lagi penyabar direalisasikan ketika berbuka puasa dengan memakan makanan pada kadar yang tidak berlebihan. Sabda Nabi SAW :
“Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahail (boleh dilakukan), suaplah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.” – Hadis riwayat al-Tirmizi

6. Menjamu Makanan Untuk Berbuka Bagi Orang Berpuasa.

Sesungguhnya Islam menganjurkan umatnya mengadakan majlis berbuka puasa untuk menjamu makan bagi mereka yang berpuasa terutamanya kepada orang-orang miskin, anak-anak yatim dan mereka yang ditimpa musibah. Firman Allah SWT :
“Mereka juga memberi makan sebarang makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan (sambil berkata dengan lidah atau hati): Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu semata-mata kerana Allah dan kami langsung tidak inginkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih.” – Surah al-Insan: 8-9.
Menjamu makan untuk berbuka puasa telah dijanjikan dengan ganjaran pahala yang begitu besar. Semakin ramai jumlah orang yang dijamu makan, semakin tinggilah jumlah gandaan pahalanya. Sabda baginda SAW :
“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.

Udang goreng kunyit

Salam sejahtera semua

Hari ni dah masuk 10 Ramadhan...
sepanjang ramadhan ni saya tak ke pasar ramadhan
hanya masak sendiri
masak simple je..
Puasa ke dua, saya masak udang
anak-anak saya memang suka makan udang
tapi udang goreng salut tepung

tapi maknya memang malas nak menyalut tepungkan udang tu..
lagipun, bulan puasa ni kalau boleh nak masak makanan yang ringkas tapi sedap.

maka, udang goreng kunyit ni sangat sedap (pergh.. puji diri sendiri!!)
dan paling penting mudah disediakan dan semua ada dalam tu...

makan dengan nasi panas-panas..
yummy

ada satu lagi udang goreng kunyit
memang sempoi..
 


Friday, July 27, 2012

Happy Birthday, Izham... Happy Belated Birthday, Nurul

Salam sejahtera..


Hari ini 27.7 2012
Hari Lahir Muhammad Izham bin Haris.
Tepat jam 3:55 pagi
Ahad
27.7.2003
bersamaan 27 jamadil awal 1424H
izham dilahirkan

anak lelaki ke dua
tetapi 
anak ke tiga dalam keluarga
dilahirkan seberat 3.70 kg



Dua bulan yang lalu
 25.5 2012
Hari Lahir Nurul Fateha bt Haris.
Tepat jam 1:55 petang
Isnin
25.5.1998
bersamaan 28 Muharram 1419H
nurul dilahirkan

anak perempuan tunggal
tetapi 
anak ke dua dalam keluarga
dilahirkan seberat 3.70 kg

 Dua beradik yang rapat..
Nurul lama tak beradik.. 
semoga dua permata hati bonda ini
menjadi anak soleh dan solehah..

Thursday, July 26, 2012

Bonus 2012 setengah bulan gaji

Salam sejahtera semua

Berita baik buat semua kakitangan awam
pemberian bonus setengah bulan gaji
atau minimum RM500.00
 
bayaran akan dibuat pada 9 Ogos 2012

Juga buat pesara kerajaan..
RM500.00 setiap seorang..

Alhamdulillah..
Berbelanjalah dengan bijak.



Wednesday, July 25, 2012

Pergi tidak kembali

Salam sejahtera semua..

Hari ini bersamaan 25 Julai 2002 
sepuluh tahun yang lalu..
Abah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya..
Abah pergi menemui penciptanya
Tepat jam 1030 pagi hari Khamis
di usia 63 tahun
Setelah hampir sembilan hari dimasukkan di hospital besar Ipoh
kerana terjatuh dari motosikal 
"severe head injury"

Sendu hati tidak terperi..
abah kesayangan hilang dari pandangan mata..
Terasa belum puas bermanja dengan abah
Biar tika itu aku sudah bergelar isteri dan ibu anak dua

Kenangan bersama abah tidak mungkin dilupakan

Kini...
setelah sepuluh tahun berlalu
hanya doa  yang dapat dipanjatkan
disertai bacaan ayat suci Al Quran
semoga roh arwah abah
tenang disisiNya
Semoga ditempatkan bersama orang beriman

Janji Allah itu benar
Kematian tidak akan lewat atau awal walau sesaat..
..dan anakmu ini  jua pasti menyusul..

Al~Fatihah 
buat
Sofian Nazri b Baki
26 Jun 1939 ~ 25 Julai 2002


Tuesday, July 24, 2012

Buah Melaka

Salam sejahtera semua

Kuih kegemaran suami dan anak-anak saya..
Saya pun suka..
sebab cara buatnya sangat mudah
cuma..
perlukan kesabaran....

Hanya perlukan tepung pulut
air perahan daun pandan
pewarna hijau
gula melaka
kelapa parut yang digaramkan.

best kan? kan? kan?

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan 1433 Hijrah ~ bersamaan July 2012 Masehi

Salam sejahtera semua

Hari ini Isnin 23 July. Dah masuk hari ke tiga berpuasa..
Tingkatkan ibadah.. 
Pastikan solat  fardhu tidak ditinggalkan
perbanyakkan solat sunat
Rajin bertarawikh
Lebihkan istiqomah dalam berpuasa
Kurangkan bercakap perkara-perkara yang kurang elok
Banyakkan membaca alQuran dan berzikir
Banyakkan bersedekah
Banyakkan berdoa 







Friday, July 20, 2012

Doa berbuka puasa

Salam sejahtera semua

Apabila seharian menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa,
maka apabila tiba waktu berbuka puasa,
cepat-cepat berbuka samada dengan tamar atau air.
Cepat berbuka puasa adalah digalakkan..

tetapi sebelum tu... bacalah doa buka puasa dulu.. diikuti doa makan.


Alhamdulillah..

Niat berpuasa Ramadhan

Salam sejahtera semua

Esok, Sabtu 21/7, kita semua umat Islam akan menunaikan rukun Islam ketiga 
~ berpuasa di bulan Ramadhan.

Selepas bersahur, boleh membaca niat berpuasa

semoga kita semua akan mendapat pahala puasa..
Selamat berpuasa terutama kepada adik-adik yang baru belajar berpuasa.

Thursday, July 19, 2012

Penyapu terbang?

Salam sejahtera semua

macam mana pulak penyapu tu boleh terbang sampai ke atas tu?
boleh terbang agaknya penyapu tu..
tapi heran juga ye.. tersangkut kat situ pulak.
hehehe..

Wang kertas Malaysia siri baru

Salam sejahtera semua..



Keunikan Malaysia
Wang Kertas Malaysia Siri Baharu
Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk wang kertas Malaysia siri terbaharu ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri keempat wang kertas Malaysia ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, ekonomi dan tradisi.

Ciri-ciri Am
Pada bahagian hadapan semua denominasi wang kertas, telah dikekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad, bunga kebangsaan iaitu bunga raya Rosa-sinensis (dikenali sebagai Bunga Raya dalam kalangan penduduk tempatan) dan corak songket kain tenunan tradisional.
Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.

Spesifikasi Teknikal
Denominasi
Substrat
Ukuran
Warna
RM100
Kertas
150mm X 69mm
Ungu
RM50
Kertas
145mm X 69mm
Hijau-biru
RM20
Kertas
145mm X 65mm
Jingga
RM10
Kertas
140mm X 65mm
Merah
RM5
Polimer
135mm X 65mm
Hijau
RM1
Polimer
120mm X 65mm
Biru


Portal yang boleh dilawati... klik sini okay..



Wednesday, July 18, 2012

Telefon bimbit dan iPad ke sekolah

Salam sejahtera semua


PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.


**tidak dapat saya bayangkan jika pelajar tu datang dari keluarga miskin dan tidak mampu.... Melihat rakan-rakan berkepit dengan handphone dan ipad canggih... fikirkan...

Menanti sinar Ramadhan

Salam sejahtera semua,

Ketika coretan ini dibuat, sinar anak bulan Ramadhan tinggal 2 hari saja lagi bakal menjelma. Petang esok, Khamis 19/7, proses melihat anak bulan akan bermula di seluruh Malaysia. Jika mengikut rukyah.. insyaAllah kita semua bakal bertemu Ramadhan pada hari Sabtu 21/7/2012.

Tidak sabar menanti kehadirannya..
seperti ibu hamil menanti kelahiran bakal bayinya..
ingin memberikan sepenuh tumpuan dan belaian...
begitu juga bulan ramadhan..
ingin menghidupkan setiap hari bulan tersebut..
hanya 30 hari dalam setahun..
banyak kelebihan menanti...
bertarawikh, bertadarus, berkhatam Qur'an, menghidupkan 10 malam terakhir, bersedekah, bertaubat,... 
dan banyak lagi..
jika dapat bertemu malam lailatulqadar...
sungguh indah rasanya.

Marilah kita sama-sama merasai nikmat berpuasa dalam erti kata sebenar..
Bukan sekadar menahan lapar dan dahaga serta menahan perkara yang membatalkan puasa..
Tetapi lebih dari itu...
Inilah antara masanya kita mengumpul sebanyak mana pahala amalan baik kita,
yang wajib dan yang sunat..
dan
mengharapkan sinar Ramadhan kali ini bukan yang terakhir buat kita...
AMIN!


Tuesday, July 17, 2012

Kari Murunggei.. aka kacang kelo

Salam sejahtera semua

Saya pernah buat post tentang kari murunggei ni kat sini.
Masa tu saya masak dengan sotong..
Kali ni saya masak lagi , dengan ikan.


 Saya terpaska rebus dulu kacang ni
sebab saya dapat kacang ni hari jumaat..
dah ahad, saya tak sempat nak masakkan dia..
saya rebus dan simpan dlm peti ais dulu...

Saya mengkarikan kacang ni dengan ikan. sedappppp..


Daging masak sos tiram

Salam sejahtera semua.

Entry saya hari ini..
daging masak sos tiram

Simple je nak buat.
  • daging setengah kilo saya rebus hingga empuk
  • dalam kuali, saya tumiskan bawang kecil, bawang putih dan halia yang saya hiris halus
  • dah bau wangi, masukkan 2 biji  tomato yang saya hiris dadu dan masak hingga tomato tu sebati
  • masukkan dua sudu sos tiram dan sos cili
  • masukkan daging tadi, kacau
  • saya lengkapkan dengan sayuran (lobak merah, batang saderi, capsicum, lada merah, bawang besar - semuanya saya potong dadu)
  • perisakan dengan garam dan sedikit gula..



Monday, July 16, 2012

Rutin harian

Salam Sejahtera Semua

Setiap hari sebelum masuk sekolah (sekolah? sbb saya kan cikgu..), hantar anak anak dulu. Ikhwan ke smk seri manjung, nurul ke smk dato' seri kamaruddin dan izham ke taska sayfa sebab dia sekolah petang di sk dato' seri kamaruddin.

Terpaksa melalui rutin sebegini setiap hari.
saya tidak pernah ada pembantu rumah.
Saya sedaya upaya melakukan tugas harian di rumah sendiri..
Bukan tidak mampu dari segi kewangan, tetapi merasakan saya lebih rela berpenat daripada ada orang asing di rumah.

Jangan marah sebab masing-masing ada pendapat masing-masingkan.



 simpang empat hospital seri manjung..
setiap hari di tempuh.
nasib baik dah ada lampu traffik..
dulu.. pandai-pandai sendiri la siapa yang nak jalan dulu..
sekolah ikhwan di depan kiri
depan kanan tu hospital seri manjung

ini taska izham. bila sekolah petang, izham terpaksa transit dulu kat sini.
dia pergi sekolah dengan kereta guru taskanya
 petang nanti baru saya ambil dari sekolahnya..
tapi tahun depan dia sekolah sesi pagi...

tengah hari, ambik nurul balik dari sekolah..
 ikhwan hanya jalan kaki sebab sekolah dia dekat dengan rumah.
tugas saya mengajar di sekolah tidak mengganggu tugas rutin ini..

Apa juga tanggungjawab yang perlu dilakukan,
saya sangat berharap saya dapat melakukannya sebaik mungkin.


Blog ini blog saya

Salam sejahtera semua

Saya memulakan penulisan blog ini sejak 16 July 2008. Bermakna blog ini dah berusia 4 tahun. Jika manusia berusia 4 tahun... dah mula belajar membaca, menulis, mengira...

Saya sendiri tidak pasti kenapa saya berblog.
Melihat entry pertama saya yang bertajuk..  UPSR trial exam... here it comes...
 perghhhh... bahasa inggeris tu.. :)

kelakar pulak rasanya bila saya baca balik apa yang telah saya tulis...

saya bukan blogger popular yang boleh mencapai follower puluh atau ratus ribu...atau hit juta jutaan sehingga mendapat anugerah...
blog saya... yang percuma oleh blogspot... saya gunakan untuk memori sepanjang perjalanan hidup saya bersama suami, anak-anak, ibu, ayah, kawan-kawan ....

banyak entry yang saya rangka.. tapi tak jadi post sebab saya rasa tak sesuai dan ada juga yang menyentuh sensitiviti orang lain. Biar saya yang tahu dan walaupun blog ini blog saya, tidak semestinya sesuka hati saya nak catatkan di sini...

HAPPY 4th BIRTHDAY BLOG!
nanti saya akan ceritakan lagi tentang blog ini...

blog ini blog saya.. saya suka blog saya..
terima kasih kepada semua yang sudi singgah sini...
maafkan saya jika saya berjanji tapi tidak sempat tunaikan..
:))
 


Friday, July 13, 2012

Jangan ambil mudah..

Salam sejahtera semua...
Semalam :
mode: bengang tahap gaban..
saya rasa sangat bodoh dan berada di tahap paling bawah..
saya hanya akur dan tidak melawan..

kenapa? apa?
biarlah saya, dia dan dia sahaja yang tahu...
paling penting ALLAH tahu..

tak perlu saya bising-bising..
memang silap saya..
saya anggap rezeki itu perlu dikongsi..
biarkan saja

saya mahu berfikiran positif..
tetapi buat masa ini saya berjanji dalam diri ini, tidak akan mengulang perkara bodoh  yang sama.
dan untuk mengelakkan perkara itu berulang, saya cuba untuk tidak menjejakkan kaki saya ke situ lagi..

selepas ini saya tahu ... jangan ambil mudah semua perkara...

Thursday, July 12, 2012

Memo dari Izham

Salam sejahtera semua

Saya ternampak helaian memo ni melambai-lambai di kabinet buku usai solat isyak malam tadi.
Tersenyum sendiri lantas membacanya..
Masa saya nak solat tu saya perasan anak bongsu saya ni masuk toilet dan saya yakin dia sedang buat persediaan untuk tidur.
 Biasanya selepas keluar dari toilet, dia terus datang bersalam, mencium dan memeluk saya. Namun bila dia sedar saya sedang bersolat, maka datang idea nak tulis memo ni...
hehehe.. 

Saya dan reunion STESMA 97

Salam sejahtera semua

Saya bukan guru popular di sekolah
Namun, apabila ada pelajar saya yang mengingati saya setelah 15 tahun
tidak bersua,
saya merasakan sangat teruja dan berbesar hati.

Tidak dinafikan zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah dan manis untuk dikenang
oleh setiap orang...
Zaman nakal, bercinta, mengenakan cikgu, dan paling penting zaman menuntut ilmu
untuk kejayaan masa hadapan.
Sudah semestinya saya sangat bangga dengan pencapaian anak didik saya walaupun sangat sedikit sumbangan saya curahkan ilmu Matematik ( sebab saya guru matematik ) kepada mereka..
dan semestinya anak murid akan ingat gurunya..

Tidak semua yang dapat hadir...
Jasdy, Fini, Muhali, Rosli, Ku Zaidi, Saiful, Izwan, Fitriyatul, Rohaida, Ismail, Hifzi, dan ramai lagi...







walaupun mereka telah berjaya dalam kerjaya masing-masing,
perasaan hormat pada guru-guru tetap wujud dalam jati diri mereka..
Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka dunia dan akhirat..


Wednesday, July 11, 2012

Hujan pagi

Salam sejahtera semua

Alangkah indahnya jika hari ini cuti..
hujan pagi menjadikan perasaan agak malas
namun terpaksa digagah juga diri ini
demi memikirkan anak bangsa..

semalam selamat bersenam..
hari ini mulakan dengan semangat baru..
semoga hari ini baik dari semalam
walaupun hujan..


hujan itu rahmat dari Allah..
Alhamdulillah.

Tuesday, July 10, 2012

Nasi ayam... dah jemu...

Salam sejahtera semua

Setiap kali sampai masa makan tengah hari,
saya akan memikirapakah juadah yang perlu dihidangkan buat keluarga..

Saya sekarang ni bekerja 8-5...
Kalau saya rajin, saya akan masakkan sarapan
siap untuk makan tengah hari sekali

tetapi..
banyak malas dari rajin..
bila malas,
ikut menu apa yang ada di kedai la jawabnya..

Menu mudah dan  all in one
Nasi Ayam

tapi
kalau dah hari-hari malas
maka
hari-hari nasi ayam..
memang jemu
bak kata Nurul..
"isykkk... tak de menu lain ke? jemu tau.."
sudahnya
diet
atau 
masak maggi le jawabnya..

Nasi ayam..
dah jemu...

Monday, July 9, 2012

Senamrobik 1Murid 1Sukan

Salam sejahtera semua

Program 1Murid 1Sukan
akan mengadakan 
senamrobik serentak 1Malaysia

pada esok
10 Julai 2012 (Selasa)
bermula jam 8.00 pagi..

semua murid 1Malaysia 
akan bersenam esok



Thursday, July 5, 2012

Fadhilat Bulan Syaaban

Salam sejahtera semua

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
 
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.

sumber : hikmah
 

Domino's Pizza @Sitiawan

Salam sejahtera semua..

Punya banyaknya bangunan kedai di Sitiawan dan Seri Manjung,
kat bawah Church ni jugak tempat yang sesuai untuk dijadikan premis pizza Domino.

Saya hanya ingin menyatakan pendapat dan pandangan
yang saya kira sangat mengganggu senstiviti saya sebagai orang Islam
walaupun hidup dalam masyarakat yang pelbagai kaum dan agama.

Siapalah saya yang hendak mempertikai tindakan pihak Domino's Pizza,
tetapi
saya rasa sangat sedih sekali
 kerana secara tidak langsung menyekat selera saya yang sememangnya suka makan pizza.

tak apalah mungkin saya boleh cari alternatif lain...




Wednesday, July 4, 2012

Masjid Sultanah NurZahirah

Salam sejahtera semua

saya berkesempatan ke Terengganu cuti sekolah yang lalu..
banyak masjid di sini

masjid ni terletak di Marang

berhampiran Jeti Pulau Kapas..



Tuesday, July 3, 2012

Zikir Harian

Salam sejahtera semua

Sekadar berkongsi ilmu
untuk menambahkan bekalan ke akhirat
InsyaAllah..

sebaik-baiknya diulangbaca 1000 kali sehari..



Monday, July 2, 2012

Julai menjelma kembali

Salam sejahtera semua

hari ni dah 2 julai 2012.
hari yang ke 184 dalam tahun ini..

berapapun angka yang meninggalkan kita..
hidup perlu diteruskan..

banyak kenangan yang berlaku di bulan julai..

nanti kita citer ye..

selamat datang Julai..
Selamat datang Ramadhan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...