Thursday, July 12, 2012

Saya dan reunion STESMA 97

Salam sejahtera semua

Saya bukan guru popular di sekolah
Namun, apabila ada pelajar saya yang mengingati saya setelah 15 tahun
tidak bersua,
saya merasakan sangat teruja dan berbesar hati.

Tidak dinafikan zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah dan manis untuk dikenang
oleh setiap orang...
Zaman nakal, bercinta, mengenakan cikgu, dan paling penting zaman menuntut ilmu
untuk kejayaan masa hadapan.
Sudah semestinya saya sangat bangga dengan pencapaian anak didik saya walaupun sangat sedikit sumbangan saya curahkan ilmu Matematik ( sebab saya guru matematik ) kepada mereka..
dan semestinya anak murid akan ingat gurunya..

Tidak semua yang dapat hadir...
Jasdy, Fini, Muhali, Rosli, Ku Zaidi, Saiful, Izwan, Fitriyatul, Rohaida, Ismail, Hifzi, dan ramai lagi...







walaupun mereka telah berjaya dalam kerjaya masing-masing,
perasaan hormat pada guru-guru tetap wujud dalam jati diri mereka..
Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka dunia dan akhirat..


3 comments:

  1. alah cikgu, bukan popular jadi ukuran. cikgu antara orang yang menjadikan saya manusia dan popular dengan kerjaya saya sekarang. pelajar ingat guru itu perkara biasa. tetapi cikgu boleh ingat kami lagi, itu sangat mengharukan.

    ReplyDelete
  2. alah lupa nak cakap, tentangseseorang = jasdy

    ReplyDelete
  3. ok.. jasdy..
    nanti saya link blog awak kay..

    perjalanan hidup seorang guru mungkin tidak sama dengan yg lain..
    kebanyakan guru tidak memandang wang ringgit..
    amal dan usaha murni guru terbalas dengan cemerlangnya anak murid.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...