Sunday, January 10, 2010

Kuih cara berlauk

Setiap kali breakfast d kantin, aku mesti beli kuih ni... dan setiap kali itu jugak aku berazam...

"balik ni aku nak buat!"
..... dan bila balik sekolah.. penat... ermmm azam tinggal azam...
" acuan nya tak ada..." sengaja membuat alasan

bila aku ke kelantan akhir tahun lepas, aku n kakakku sepakat..
"jom kita beli...."
makanya bila dah beli.. nak tak nak kena buat juga...

cari-cari resepi... tanya-tanya kawan-kawan...

haaa... inilah hasilnya..




untuk kali pertama, buat sikit dulu.. sekadar untuk 20 ketul..

kita share bahan-bahannya:
untuk inti :
  • daging (akak beli daging fresh ~ cincang sendiri)
  • 3 sudu rempah kari daging
  • 3 biji bwg kecil / 1 ulas bwg putih
  • garam/gula secukup rasa
  • karot potong dadu kecil ~ sengaja akak bubuh
untuk adunan tepung :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan santan then campur 1 cawan air
  • sebiji telur
  • garam, serbuk kunyit
Cara memasaknya:
untuk inti:
  1. tumis bawang dan serbuk kari hingga naik bau.
  2. masukkan daging dan masak hingga empuk
  3. masukkan karot, garam/gula ~ kacau hingga agak kering..
seterusnya:
  1. masukkan tepung, telur, garam dan serbuk kunyit dalam bekas ~ gaul rata
  2. masukkan air santan tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga adunan tepung tidak bergentel...
  3. panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak atasnya supaya tak melekat.
  4. masukkan adunan tepung tadi ~ sekadar 3/4 penuh
  5. masukkan inti daging, taburkan bawang goreng, hiaskan dengan cili dan daun sup
  6. tutup untuk hasil yg lebih memuaskan...


maaflah... buat kerja tak cermat...



cawan anak aku sbg alat ukur.. hahaha


Selamat mencuba...

3 comments:

  1. ptg ni kami masak mi bandung..nyummm... nyummm...nyummmmm!!!!

    ReplyDelete
  2. sedap wooo.... tp ptg ni ikat perut tak makan..my mummy balik kg daa.. lapoooo la kak... adoiii...
    ehee

    ReplyDelete
  3. sedapnyerrrrr........nak skit. Baru adi mama wat donat hasil resipi dari seorang blogger....hmmm jadiikkk... nanti jom singgah ke blog mama ya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...