Wednesday, July 18, 2012

Telefon bimbit dan iPad ke sekolah

Salam sejahtera semua


PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.


**tidak dapat saya bayangkan jika pelajar tu datang dari keluarga miskin dan tidak mampu.... Melihat rakan-rakan berkepit dengan handphone dan ipad canggih... fikirkan...

4 comments:

  1. Saya pun terbayang benda yang sama..
    kesian mereka..
    lagi kesian ibu bapa yg kene penuhi tuntutan anak2..

    haih..
    xde telefon pon bleh sekolah kan..

    ReplyDelete
  2. ye la mieynna..
    tk tau apa rasionalnya nak bawak fon tu... kalau laptop mungkin ada rasionalnya..
    sepatutnya sekolah/kerajaan yg sediakan utk semua pelajar...

    ReplyDelete
  3. Apa rasionalnya ye.. Mesti lepas ni guru2 akan berdepan dengan masalah disiplin lain seperti kecurian hp dan gadjet canggih serta penyalahgunaan alat2 tersebut.

    ReplyDelete
  4. nur.. bakal menambah beban sedia ada cikgu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...