nampak gayanya dua minggu ni akan diisi dengan percutian yang penuh makna.. hehehe
seronok dapat bercuti sakan sebab semua kerja telah selesai ...
kerja yang akan datang.. KIV kan lepas cuti sekolah....sebab apa guna diberi cuti...
seronoknya bercuti kerana dapat meluangkan sepenuh masa buat keluarga..dan yang penting untuk diri sendiri...
alhamdulillah.. bila kita melapangkan kerja orang.. Allah akan membalas setiap kebaikan kita...
saya dan keluarga merancang destinasi percutian yang simple.. bukan ke luar negara..cukup sekadar dalam negara sahaja.. yang penting ianya penuh makna... heheheh
Selepas selesai menguruskan peperiksaan selama lapan hari.. barulah boleh bernafas lega...
Alhamdulillah.. rakan-rakan guru sangat memberikan kerjasama yang baik dalam menguruskan pengawasan peperiksaan..
dan sebagai setiausaha peperiksaan, aku cuba menjalankan tugas sebaik mungkin. Tidak mungkin dapat memuaskan hati semua.. namun aku cuba yang terbaik.
hari ni masih lagi "menjaga" urusan hal ehwal peperiksaan... insyaAllah esok selesai... lepas selesai peperiksaan, kena marking exam paper.. lepas tu kena key-in markah, lepas tu kena buat analisis.. lepas tu... meeting.. lepas tu.. lepas tu...
hehehe... sabar ajelah... dah macam tu kerjanya.. buat aje mana yang terdaya..
kalau nak kata cikgu banyak rehat.. mungkin ye jugak.. time student exam, cikgu rehat mengajar.. setakat jaga exam....
okaylah... nak pergi jaga exam sebab kena ganti cikgu yang absent!
sebenarnya entry ni nak buat semalam.. tapi entah ke mana pulak widget tu lari.. terpaksalah dilewatkan sehari..
sajalah nak menghangatkan suasana.. blog akak ni bukan le famous amous macam blog red mummy ke atau jejari runcing atau ben ashaari atau hanis zalikha tu... tengok follower dorang je ratus ribu reban... hehehe
tapi jika nak dibandingkan dengan blogger lain tu.. rasanya blog akak ni lebih sikit je.. ramai followerpun bukan bermakna blog tu hebat .. dan sikit followerpun bukan tak ada pengunjung setia... hehehe
Mulai Januari tahun depan, lebih 300,000 guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, walaupun menabur bakti selama 25 tahun dalam perkhidmatan.
dia kata lagi:
Jika berjaya menunjukkan kecemerlangan dengan menampilkan perkhidmatan lebih bermutu seperti ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka juga berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
katanya lagi:
Kaedah baru kenaikan pangkat khusus untuk guru PDP itu adalah hadiah kerajaan sempena Hari Guru tahun ini bagi mengiktiraf pengorbanan dan menyedari beban tugas mereka memenuhi tuntutan potensi modal insan negara.Melalui kaedah baru berkenaan, guru diklasifikasi dalam empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun perkhidmatan, berdasarkan kecemerlangan.
“Mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka, boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, masih berpeluang menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus kepada 72 jawatan, berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya.
Pada masa sama, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, membabitkan 1,228 jawatan, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48 membabitkan 6,585 jawatan. Bagi GPK sekolah rendah kluster pula, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34. ... seterusnya...
***akak malas nak komen apa-apa, cuma kerjaya guru semakin hari semakin terbeban dengan tugas yang selain dari mengajar di dalam kelas...
kepada semua bakal guru dan yang berniat menceburi bidang perguruan....tepuk dada tanya selera...
sekadar berkongsi bersama semua guru di luar sana..mungkin ada yang belum sempat tahu..
KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.
"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.
Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.
"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.
Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.
Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.
"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan
Ramai yang tumpang gembira bila abang jem atau Salleh Yaacob berhasrat menikah satu lagi sekaligus memenuhi kuota 4 orang.. Tahniah dan semoga kehidupan berumahtangga penyampai Sinar FM ini bertambah aman dan bahagia...
pernah dengar tak peribahasa 'hangat-hangat tahi ayam"?
Maksud peribahasa ini: seseorang yang membuat sesuatu pekerjaan secara bersungguh-sungguh pada mulanya sahaja tetapi dia akan meninggalkannya apabila terasa susah.
Pada mulanya, semangat berkobar-kobar nak lakukan “sesuatu”. Motivasi pun tinggi! Semangat tinggi! Bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan.
Alih-alih, 2-3 hari atau 2-3 minggu atau 2-3 bulan kemudian, habis semua lentur. Motivasi, semangat dan keyakinan hilang…
Masa menaip entry ni, duk depan tv sambil melihat "Tanyalah ustaz" di TV9...
Topiknya 9/10 rezeki.. berbincang tentang perihal berniaga.. untung rugi halal haram.. rukun dalam jual beli..
mungkin sudah ditakdirkan, aku bukan datang dari keluarga yang minat berniaga... namun bukan tidak pernah berniaga...teringat masa kecil-kecil dulu, aku dan along akan tolong mak jual buah nangka keliling kampung, atau jual ais krim "Malaysia"... dan kalau musim durian, tolong bapa saudara berniaga durian, manggis dan rambutan.. juga langsat.. buah ni selalu semusim.. disebabkan arwah datuk banyak tanam pokok buah tersebut, kami pun ambil kesempatan tolong menolong jualkan.. bukan dapat upahpun... sekadar dapat makan...
aku dan sepupu sama-sama berebut mengutip durian yang luruh... mengikat rambutan atau sama-sama mengait langsat..
namun semua itu kenangan yang tak mungkin dilupakan.
"Ya Allah, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil."
Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi ibu,
Perindahlah ucapanku di depan ibu.
Lunakkanlah watakku terhadap ibu dan
Lembutkanlah hatiku untuk ibu.
Ya Allah, berilah ibu balasan yang sebaik-baiknya atas didikan ibu padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang ibu limpahkan padaku, Peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
seperti biasa, hari khamis memang hari untuk agak bersantai sebab aku mengajar petang.. bukan masuk sekolah tengah hari.. seawal jam sepuluh, dah kena punch card..
bila nak beredar dari rumah, aku lupa sama ada kipas di bilik dah off ke belum? 2 minggu lepas aku memang lupa .. balik rumah, tengok kipas syahdu je putarannya... so sebab dah masuk dlm kereta, malas nak masuk rumah balik...
dan selepas habis kelas petang tadi, baru nak start enjin kereta, teringat pulak... " eh! dah switch off lampu kipas makmal ke?" aduhai... aku panjat balik tangga makmal dan buka segala kunci yang ada... sah! lampu kipas masih "on"!
"Mak, malam ni mak ada kelas tambahan ke?"
"Cancelled sebab students mak ada program lain.. kenapa?"
"Jom pegi Chef Noodles.. nak makan chicken chop"
"sotong goreng tepung...la..."
"nak ke mana ni?"
"cari chicken chop le.."
"alamak! tutup la pulak.."
maka malam tu tak jadi ke chef noodle house...
akhirnya kami ke Ikan bakar Lumut...
Hujung minggu cuti, aku dan suami ke pasar tani. Dah lama tak ke pasar tani seri manjung sebab di pasar basah dah jual macam-macam bahan untuk dimasak. Cuma semalam teringat nak masak gulai pucuk ubi... nak la cari pucuk ubi yang elok.. Kalau di pasar basah, jarang dapat pucuk.. selalunya daun ubi..
Kalau kat kampung, petik je pucuk ubi ni kat belakang rumah. Kat bandar ni, mana pulak kawasan nak tanam ubi.. lain le kalau duduk bungalow... itupun kalau rajin menanam... hehehe
masak gulai ni, akak pakai telur ayam je.. telur itik keras..
tak ada bahan lain yg special.. simple je bahannya..
aku dan suami memang bekerja di sekolah yang sama.. hari-hari pergi kerja bersama. namun begitu, mulai tahun ni kami ke sekolah asing-asing... macam orang bergaduh... bukan bergaduh.. cuma tahun ni aku hantar nurul ke sekolah menengah.. agak jauh dari rumah.. manakala izham dan ikhwan, sehala.. suami yang hantar. lagipun sejak bersekolah petang, agak susah nak menggunakan kereta yang sama...maka kami terpaksa naik kereta masing-masing... di sekolah, kami bukan lah pasangan yang romantis.. takkan asyik nak berkepit berdua je. Bagi kami, biarpun bukan romantis di sekolah, cukuplah romantik di rumah... dan gambar di bawah mengukuhkan lagi prinsip kami... hehehe
ni masa majlis persaraan seorang kawan..
suami bergambar seorang
ada juga suara nakal bertanya?
"mana pengantin perempuannya?"
hahahaha..
aku pulak sibuk bergambar bersama rakan-rakan yang lain...
Cuti tiga hari... ada yang jalan-jalan makan angin sejuk di Cameron. tapi hari jumaat tu....
"Mak, cuti nanti kita pegi Pangkor nak tak? Am tak pernah pergi lagi..."
"okay, tanya ayah.."
"Jomla.."
ayat-ayat cinta datang lagi..
sebenarnya dah lama tak bawa anak-anak ke pangkor. last pergi masa tu feri kayu... ada kot dalam 10 tahun..
lain le mak ngan ayah.. kalau kursus, kat mana lagi.. pangkor... rasa baru lagi pergi..2 minggu lepas...
disebabkan dekat sangat, kami keluar rumah hampir jam 11. pagi Sabtu. Memang ramai orang di jeti Lumut. maklum le cuti hujung minggu yang agak panjang.. ramai yang ambil kesempatan untuk buat hari keluarga, honeymoon dan memancing..
Dengan tambang feri RM10 pergi balik, kami naik feri aircond. Perjalanan memakan masa 30 minit. Sebenarnya ada dua jeti yang membolehkan kita ke pangkor, satu dari jeti Lumut, satu lagi dari jeti Marina.
tiba di jeti pangkor, kami mencari kereta sewa pandu sendiri..
kalau sewa van, langkah agak terbatas sebab pakcik van pecut laju-laju...
tambang/sewa sama je.. RM80
kami tidak bercadang nak mandi manda..
sekadar melihat keindahan alam
dan makan-makan...
hampir jam 7.00 petang kami sampai di jeti Lumut...
selamat hari pekerja buat semua pekerja... setiap apa yang kita kerjakan, yang baik dengan niat bekerja kerana Allah, insyaAllah ia sebagai satu ibadat... mudah-mudahan pahalalah ganjarannya...