Saturday, May 7, 2011

DOA BUAT IBU

Salam sejahtera semua..

"Ya Allah, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil."

Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi ibu,
Perindahlah ucapanku di depan ibu.
Lunakkanlah watakku terhadap ibu dan
Lembutkanlah hatiku untuk ibu.

Ya Allah, berilah ibu balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan ibu padaku dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang ibu limpahkan padaku,
Peliharalah ibu sebagaimana ibu memeliharaku.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

SELAMAT HARI IBU buat ibu tersayang
Hajjah Sharifah Hazmiah bt Haji Raja Sorah


8 comments:

  1. SELAMAT HARI IBU UNTUK AKAK JUGA

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu, cikgu hazlin...
    moga jd ibu yg tebaek dikalangan yg terbaik.. insyaAllah yer..

    ~muka kak sama dgn mak akak.. serius.. huhu

    ReplyDelete
  3. hysman,
    terima kasih..
    ~dah gen yang sama...

    ReplyDelete
  4. Salam. Selamat Hari Ibu buat Kak Hazlin.. :)

    ReplyDelete
  5. nur,
    terima kasih.. moga nur juga bahagia bersama bonda.. sayangi ibu sementara mereka ada..dan doakan kesejahteraan mereka .. insyaAllah berkat hidup dunia akhirat..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...