Salam sejahtera semua...
hari sabtu lepas bersamaan 16 April 2011, sempat mencuri masa ke Pulau Pangkor... bukan bercuti atau bersantai, tapi menghadirkan diri untuk seminar kenali anak kita peringkat negeri Perak.. Hadir atas tiket ajk pibg smkkdsk (sekolah anak), maka aku ke pangkor seawal pagi.. dah lama sangat tak ke sana.. ada tujuh lapan tahun..
setelah lama tak ke pangkor (walau dekat je dengan rumah)
memang telah berubah wajah
lebih cantik, lebih bersih, lebih teratur..
bertempat di sk seri pangkor,
seminar diadakan..
cuaca yang nyaman, redup..
bual bicara lebih berkisar kepada menghindari anak-anak
tentang najis dadah.. okaylah sebab sebagai ibubapa.. seharusnya lebih
kenal dan faham tentang sifat dan sikap anak-anak..
antara panelnya ialah
Ybhg Datuk Hj. Mohd Yunus Pathi
(Yang Dipertua PENGASIH)
kehadiran penyanyi Jamal Abdillah memeriahkan majlis..
comel je orangnya, tapi suara ermmm... best sangat..
Majlis disempurnakan penutupannya oleh Menteri Besar Perak.
Selepas makan tengahari, terus balik..
A beautiful place for Cuti-Cuti Malaysia, hope you had a great time.
ReplyDeletenava.K,
ReplyDeletethanks... :)