Tuesday, May 17, 2011

Naik hingga DG54

Salam sejahtera semua..

tak habis-habis lagi cerita pasal gaji guru...
hari ni dalam berita harian...

PM berkata:
Mulai Januari tahun depan, lebih 300,000 guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, walaupun menabur bakti selama 25 tahun dalam perkhidmatan.

dia kata lagi:

Jika berjaya menunjukkan kecemerlangan dengan menampilkan perkhidmatan lebih bermutu seperti ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka juga berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

katanya lagi:

Kaedah baru kenaikan pangkat khusus untuk guru PDP itu adalah hadiah kerajaan sempena Hari Guru tahun ini bagi mengiktiraf pengorbanan dan menyedari beban tugas mereka memenuhi tuntutan potensi modal insan negara.Melalui kaedah baru berkenaan, guru diklasifikasi dalam empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun perkhidmatan, berdasarkan kecemerlangan.

“Mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka, boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, masih berpeluang menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus kepada 72 jawatan, berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya.

Pada masa sama, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, membabitkan 1,228 jawatan, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48 membabitkan 6,585 jawatan. Bagi GPK sekolah rendah kluster pula, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.
... seterusnya...

***akak malas nak komen apa-apa, cuma kerjaya guru semakin hari semakin terbeban dengan tugas yang selain dari mengajar di dalam kelas... 
kepada semua bakal guru dan yang berniat menceburi bidang perguruan....tepuk dada tanya selera...

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...