Sunday, May 1, 2011

Cuti... ke Pangkor

Salam sejahtera semua

Cuti tiga hari... ada yang jalan-jalan makan angin sejuk di Cameron. tapi hari jumaat tu....
"Mak, cuti nanti kita pegi Pangkor nak tak? Am tak pernah pergi lagi..."
"okay, tanya ayah.."
"Jomla.."

ayat-ayat cinta datang lagi..
sebenarnya dah lama tak bawa anak-anak ke pangkor. last pergi masa tu feri kayu... ada kot dalam 10 tahun..
lain le mak ngan ayah.. kalau kursus, kat mana lagi.. pangkor... rasa baru lagi pergi..2 minggu lepas...

disebabkan dekat sangat, kami keluar rumah hampir jam 11. pagi Sabtu. Memang ramai orang di jeti Lumut. maklum le cuti hujung minggu yang agak panjang.. ramai yang ambil kesempatan untuk buat hari keluarga, honeymoon dan memancing..

Dengan tambang feri RM10 pergi balik, kami naik feri aircond. Perjalanan memakan masa 30 minit. Sebenarnya ada dua jeti yang membolehkan kita ke pangkor, satu dari jeti Lumut, satu lagi dari jeti Marina.



 tiba di jeti pangkor, kami mencari kereta sewa pandu sendiri..
kalau sewa van, langkah agak terbatas sebab pakcik van pecut laju-laju...
tambang/sewa sama je.. RM80


 kami tidak bercadang nak mandi manda.. 
sekadar melihat keindahan alam 
dan makan-makan...



hampir jam 7.00 petang kami sampai di jeti Lumut...


"bestla mak,, nanti kita pergi lagi ye.."
:)

1 comment:

  1. yg van tu, bapak ko sewa pandu snirik ke ada driver ? kalo leh aku nk taw contact n rate berapa. inbox aku kat fb aku. http://www.facebook.com/profile.php?id=655759345

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...