Saturday, May 31, 2014

Kasut

Salam sejahtera semua,


Oh! saya memang suka beli kasut. Walau kasut tu harganya sekadar 3 ringgit... kalau saya suka saya beli. Tapi kasut yang paling mahal saya beli hannya berharga RM200 sahaja.. haha

Tapi saya memang ganas pakai kasut. Sebab tu saya tidak menyimpan kasut tu lama... Saya beli, pakai sampai rosak dan saya buang... then saya beli lagi...

Sebab tu almari kasut saya tidak pernah penuh...

Ubat mujarab untuk sakit lutut

Salam sejahtera semua..

Pada tahun 2011 saya telah mengalami sakit lutut yang kronik. Sakit itu berulang-ulang hingga ke tahun 2013.. Pada mula sakit, memang saya menggelabah sebab sakit lutut tu menjalar-jalar ke sebahagian sendi badan seperti pergelangan tangan, kaki dan bahu. Saya ke klinik dan hospital. Ubat-ubat memang tak boleh nak katalah.. Bukan setakat ubat je saya sapu dan telan, kata-kata "nista" dari seorng doktor (lelaki) yang paling pahit untuk ditelan. Geramnya saya, hanya Allah yang tahu. Tambahan pulak doktor L itu seorang berbangsa I... oh.. sabarlah wahai hati... [tapi biar lah saya simpan saja kata nista doktor itu]

Kerjaya saya sebagai seorang pendidik, pastinya memerlukan saya memanjat tangga setiap hari ke bilik mengajar. Paling perit apabila hendak turun tangga.. Macam nak tercabut lutut. Kalau nak solat, memang saya hanya sembahyang duduk. Puas berubat "moden", saya cuba cara tradisional dengan mak ngah saya. Alhamdulillah.. sedikit sembuh walau sesekali bila ter"langgar  pantang", lutut kembali bengkak dan sakit..

Alhamdulillah, Allah memberi saya ruang untuk mengecap nikmat sihat. Selain tidak putus berdoa kepada Allah, [saya mengamalkan bacaan doa syifaq, sapukan kapur sirih yang diperah asam limau di sekeliling lutut], saya telah mengambil supplement JOINT HEALTH TABLET :shaklee..




Saya hanya mengamalkan sebiji pagi dan sebiji malam. Tanpa putus sehingga sebotol setengah sahaja.. Alhamdulillah saya sihat.  Sesekali terasa sakit, saya ambil sebiji saja sehari. Syukur, saya dah boleh sembahyang berdiri dan dah boleh berlari/bersukan/berjogging dan dah boleh berhigh heels.. hehe..
Yakinlah... tiada penyakit tanpa ubat/penawar... kecuali mati..

Thank you Allah.. :)

Raja Dr Nazrin Shah diisytihar Sultan Perak ke-35

Salam sejahtera semua,




Raja Dr Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35, menggantikan Almarhum Sultan Azlan Shah yang mangkat pada Rabu, 28 Mei 2014.

Istiadat Pelantikan Raja Pemerintah Perak yang baharu itu berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah,  pada jam 3.14 petang keesokkan harinya, 29 Mei 2014 sebelum Almarhum ayahandanya Sultan Azlan dimakamkan.


Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zainuddin.


Dalam lafaz sumpah, Sultan Dr Nazrin Shah bertitah: "Bismillahirrahmanirrahim... adalah kita, Raja Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi Wabillahi Watallahi bahawa kita mengaku memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian jajahan takluknya menurut perlembagaan negeri Perak dengan adil mengikut hukum Allah."

Susulan itu, Mufti Tan Sri Harussani Zakaria membaca doa selamat.

Sultan Dr Nazrin Shah kemudian meletakkan tangan kanan baginda atas keranda jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai syarat supaya keranda diangkat dan diusung keluar untuk istiadat pemakaman.

Serentak itu, bedilan meriam sebanyak 86 das mengikut umur Almarhum dilepaskan oleh pasukan Bateri Rejimen Artileri Diraja.
Bedilan itu bermula dari Sultan Perak meletakkan tangan sehingga jenazah diusung ke Makam Diraja bersebelahan Masjid Ubudiah.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, 58, putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah yang dilantik sebagai Sultan Perak yang baharu, adalah seorang yang bijaksana, merendah diri dan berjiwa rakyat.

Sultan Nazrin Shah yang mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur, telah melanjutkan pelajaran menengah di St John Institution.
Berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Ekonomi, Politik dan Kerajaan daripada Harvard University.

Sultan Nazrin Shah yang berkahwin dengan Tuanku Zara dan mempunyai seorang putera, Raja Azlan Muzaffar Shah, empat tahun, dan seorang puteri, Raja Nazira Safya, dua tahun, dilantik sebagai Raja Kecil Besar Perak berikutan pelantikan ayahanda baginda sebagai Sultan Perak ke-34 pada 16 Februari 1984. 

Semoga Sultan Nazrin akan memerintah negeri Perak dengan adil sebagaimana almarhum ayahanda baginda, amin...

Friday, May 30, 2014

Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan

Salam sejahtera semua




Kuala Kangsar  -  Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah selamat dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan bersebelahan Masjid Ubudiah di sini kira-kira 6.25 petang tadi.
Almarhum mula diusung menggunakan Siraja Diraja selepas meriam ditembak dari Istana Iskandariah kira-kira jam 4 petang.
Meriam ditembak sebanyak 86 das dan mengiringi jenazah hingga ke Makam Diraja.
Jenazah tiba di perkarangan Masjid Ubudiah kira-kira jam 4.25 petang diiringi pasukan istiadat angkatan tentera dan alunan nafiri sebelum disembahyangkan.
Turut mengiringi, Sultan Perak yang baru ditabalkan Sultan Nazrin Shah dan anggota kerabat diraja serta pembesar negeri.
Jenazah tiba untuk dimakamkan selepas disembahyangkan kira-kira jam 5.10 petang.
Talkin dibacakan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Wednesday, May 28, 2014

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat

Salam sejahtera semua,






IPOH - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah diumumkan mangkat sebentar tadi. 28/5/2014 bersamaan 28 Rejab 1435H

Almarhum yang berusia 86 tahun mangkat pada jam 1.38 petang sebentar tadi.

Kemangkatan Paduka Seri Sultan diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry secara langsung melalui RTM, sebentar tadi.

Beliau mengisytiharkan seluruh negeri berkabung selama 100 mulai hari ini dan kerajaan meminta semua pihak mengibarkan bendera separuh tiang sepanjang tempoh itu.

Entry lupa tajuk .... edited!

Salam sejahtera semua...

sekarang ni musimmusim peperiksaan..

penat rasanya nak menanda skrip jawapan pelajar.
tapi tak boleh dijangkiti penyakit "M"
kalau penyakit tu melanda time nak update blog, tak apa jugak..

marking paper.. submit markah..
so.. setakat ni dulu utk update blog
see u soon!

Tuesday, May 27, 2014

Bihun goreng ermmm.. sedap...

Salam sejahtera semua



Dah lama tak tunjuk gambar masak-masak.
Setiap hari, jika ada kesempatan mesti saya masakkan sesuatu untuk bekalan anak-anak ke sekolah. Biasanya kueteow goreng. Sebab anak saya, fateha dan izham sangat suka..

Kali ni buat bihun goreng pulak la.
Sayapun jarang nak masak bihun ni sebab bihun ni kena direndam dulu. jadi agak makan masa jugak pepagi. Nak cepat dan sedap!

Tapi kalau hari-hari kueteow goreng, bosan juga kan...

**Sebenarnya saya sibuk menanda kertas exam ni..
Kita jumpa lagi di lain entry okay.. hihi..

Friday, May 23, 2014

Scallop langsir ohh! cantik-cantik

Salam sejahtera semua..

Saya kongsikan antara foto menarik yang saya "jumpa" di pak gugel..

Sebenarnya saya sedang merancang untuk menukar langsir baru setelah 5 tahun menggunakan langsir sekarang. Saya seorang yang simple.. Langsirpun simple.. Lagipun saya jahit sendiri langsir tu... Tapi sesekali nak juga langsir yang "serabut".. hahaha

Tu yang saya rajin bergugel..

Saya kreditkan untuk pemilik foto-foto tersebut..











ok.. selamat menjamu mata..

Wednesday, May 21, 2014

Hari Guru 2014 Giveaway RM100

Salam sejahtera semua,

Sekarang ni mood blogwalking sangat meresap ke sanubari.. hahaha..

Terjumpa contest ni.  Hrmm.. mudah je.. Nak join la..

 

http://www.hasrulhassan.com/2014/05/giveaway-rm100-tunai-sempena-hari-guru.html


Harap-harap masih sempat lagi sebab tarikh tutupnya hari ni tapi tak bagitau pukul berapa..

"Saya ucapkan SELAMAT HARI GURU semua guru di Malaysia ni. Jasa dan pengorbanan guru tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit . Didoakan agar semua guru akan beroleh kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati Ilahi.
Kata Imam as-syahid Hassan al-Banna,
"Jadilah kamu seperti sepohon kayu (pokok). Mereka melempari kamu dengan batu dan kayu, kamu melempari mereka (menggugurkan) dengan buah yang ranum"

"Guru: Pencetus kreativiti penjana inovasi"..SELAMAT HARI GURU..





Tuesday, May 20, 2014

Cinta... Jangan Lari Dariku

Salam sejahtera semua..

Saya sedang baca novel ni sekarang..



Saya memang penggemar novel.. tapi bukanlah sampai "kaki novel". Saya suka baca novel cinta, walaupun kebanyakan penulis menulis novel dengan gaya yang agak sama, [apa kata orang... klise]

Cerita dalam novel yang dimula dicetak pada Mac 2014 ini, mengisahkan Clarissa Imani gadis manis yang lepas bebas. Gemar ke kelab malam walau puas dinasihat teman serumah, Ameena.

Kepulangan Edris Shah Anugerah ke Malaysia dari Australia, dengan membawa balik Sutra Ashikin (anak kepada kembarnya Edrus Talha Tabah) mentakdirkan Clarissa dan Anugerah hidup berjiran. Pertemuan yang biasa-biasa sahaja akhirnya bertukar menjadi luar biasa. Rindu mula datang, cinta mula mekar. Kasih mula bersemi. Sayang kini pasti.

"Abang nak kawin dengan Rissa?"
"Kalau orang di sana sudi, orang di sini apatah lagi."

Benarlah kata orang, bukan cinta namanya tanpa sebarang dugaan. Melia datang menuntut haknya. Memecahkan rahsia yang disimpan rapi Anugerah. Lantas menagih kasih Anugerah demi kebahagiaan Sutra.

OHHHH... Saya perlu cepat menghabiskan bacaan novel ni... Tak sabar rasanya.

 (kalau boleh saya katakan) novel ini adalah sambungan dari novel Kurnia Untukku. Tahniah Liz Haliza.



Monday, May 19, 2014

soalan latihan matematik untuk teknologi ~ semester 3

Salam sejahtera semua..

Saja nak share kat sini. Saya tahu subjek matematik ni adalah subjek wajib di Kolej Vokasional. Kepada pelajar Tahun 2 (Semester 3), yang akan menduduki peperiksaan Penilaian Akhir pada hari Isnin 26/5/2014 ini.. mungkin dapat membantu.

Sebenarnya apa juga soalan yang diberikan, kita perlu bersedia dengan rajin mengulangkaji dan membuat latih tubi soalan-soalan yang berkaitan. Semoga semuanya akan beroleh kejayaan. InsyaAllah.

Boleh klik pada photo untuk dapatkan soalan latihan.

http://panitiamaths.blogspot.com/2014/05/soalan-matematik-untuk-teknologi.html

Memori kacang tanah

Salam sejahtera semua..

Setiap kali saya menggoreng kacang tanah, ingatan saya terus teringatkan seorang sahabat. Setiap kali ada potluck, dialah yg jd volunteer utk goreng kacang.. sebagai pelengkap nasi lemak. Tapi setiap kali... mesti kacangnya hangit!
Namun kini dia bukan lagi sahabat saya. Honestly... #Sayarindukndia. Terima kasih kerana pernah menjadi sahabat saya. Saya doakn dia sentiasa bahagia.
#memorikacangtanah


 jom klik fb saya...

Wednesday, May 14, 2014

14-5-14 Bukan sekadar nombor

Salam sejahtera semua..

Hari ini Rabu.. 14-5-14

Suatu tarikh yang cantik.  14 Mei 2014 bersamaan 14 Rejab 1435 Hijrah.

Telah masuk separuh bulan Rejab.. kalau menghitung hari.. 15 hari lagi masuk pula bulan Syaaban. Kemudian Ramadhan.

Masuk Ramadhan, maka bermulalah rukun Islam yang ketiga. InsyaAllah.. kalau diizinkan Allah.. sampailah kita ke bulan yang penuh rahmat tu.

Semalam cuti hari Wesak. sepanjang hari sibuk menentukan keperluan Ikhwan (anak sulung saya) ke Matrikulasi pada 25.5.2014 nanti . Ikhwan tidak pernah menjalani kehidupan di asrama. Kalau adapun hanya 3 bulan kerana menjalani PLKN.  Walaupun nampak mudah, hanya setahun, saya cuba juga memenuhi setiap keperluannya. Banyak juga belanja yang keluar.

Walau apa pun, saya tetap doakan yang terbaik buat anak saya. Semoga hidup berjauhan, menjadikan Ikhwan anak yang pandai berdikari dan pandai menjaga diri. paling penting, jangan tinggal solat dan jangan lupakan Allah..

Jumpa lagi...


Sunday, May 11, 2014

Selamat Hari Ibu

Salam sejahtera semua...



Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu. Gelaran sama ada ibu, emak, mama, ma, umi, omak, bonda, mummy tau apa saja yang sedap untuk dituturkan... adalah seorang perempuan atau wanita yang melahirkan kita ke dunia ini.

Bukan hanya melahirkan, tetapi dia yang mencorakkan kita.. mendidik, membesarkan, membelai, mencium, memeluk kita sejak kecil hingga dewasa.

Terima kasih emak.... kerana melahirkan saya ke dunia ini. Emak saya, Syarifah Hazmiah bt Sorah. Melahirkan kakak sulung saya dan empat lagi adik saya. Pengorbanannya melahir dan membesarkan saya, tidak mungkin akan dapat dibalas. Selama dua belas tahun saya hidup bersamanya dari celik mata di pagi hari sehingga meninjak malam menutup mata . Dimasakkan air panas buat mandi di kala dingin pagi.. Dimasakkan bekalan buat ke sekolah. Balik dari sekolah terhidang makanan tengahari pabila perut lapar minta diisi.. Diajarnya solat, mengaji... apa saja.. tidak tertulis saya akan semua pengorbanan emak.

Walau saya merantau bermula usia 13 tahun sehingga kini setelah usia 47 tahun.. namun kasih emak tetap sama... Doa emak tetap bersama saya walau di mana saya berada. Saya dapat merasakannya.
Terima kasih emak.
Saya sangat berterima kasih kepada Allah kerana masih mempunyai emak.
Masih dapat merasakan belaian kasihnya.
Masih dapat mencium tangannya..
Masih dapat memeluk dan mendakapnya
Masih sempat berbakti..

Ya Allah..
Kau limpahkan rahmatmu buat emak..
Kau ampunkan segala dosa dan kekhilafannya..
Kau sediakan syurga buat emak..
Kau sejahterakan hidupnya..
Kau kasihani emak sebagaimana emak mengasihani kami semua..

Selamat Hari Ibu, emak...
Saya sayang emak.


Saturday, May 10, 2014

Semakan Keputusan ke IPTA/Politeknik Premier untuk Lepasan SPM(setaraf) 2014/2015

Salam sejahtera semua.

Semakan akan bermulah hari ini 10Mei2014 jam 12 tenghhari hingga 9Jun2014 1159 malam. Semakan boleh dibuat secara sms.

Semak, jangan tak semak.

Taipkan UPU jarak RESULT jarak NoKP
hantar ke 15888

contoh:
UPU RESULT 960111085438




Atau  semak untuk Politeknik Konvensional / Kolej Komuniti / ILKA
Taipkan UPU jarak POLILKA jarak NoKP
hantar ke 15888


Tahniah buat yang berjaya.

Friday, May 9, 2014

Tag dari Cik Siti Online

Salam sejahtera semua



tetiba kena tag pulak oleh Cik Siti ni.
Sebenarnya dah lama tak berblogwalking. Maklum saja masa untuk berblog sudah semakin kurang. Hanya dapat mencuri masa bila waktu terluang terutama sewaktu dinihari...
Nak update blog pun hanya buat beberapa entry sekaligus dan setting time utk posting saja..

ok .. jom sporting! kita nak juga menjawab soalan.. hehe



1.  How did you pick your blog’s name?
oooo.. masa tu teringatkan anak-anak saya, saya orang rawa dan suami orang minang.. maka lahirlah warisku minangrawa.
 
2. Which state are you from?
saya asal dari perak.
 
3.  Who you best friend?  
my husband.
 
4.  What is your greatest weakness?
malas..
 
5.  How do you handle stress and pressure? 
ingat Allah.
 
6.  What are three things you cannot live without?
Allah, Allah, Allah
 
7. Describe yourself in three words
simple, tahu menjahit, tapi tegas
 
8. Gold or silver?
gold

9. Best present you got from you lover?
keep it as a secret
 
10. Who your lover's dream?
hehe
 
11. Your opinion about my blog?
interesting!
 
 ok done! rasanya tak perlu tag sesiapa.. haha
 

Nyamannya... cornetto..

Salam sejahtera semua



Nyamannya jika di kala panas dan hati panas, dapat menikmati ais krim cornetto ni..
Dengan sos strawberry yang meleleh... hahaha
Tak sedar dah sampai penghujung..
ermmm.. yummy!

Ikrar Hari Guru 2014

Salam sejahtera semua.


Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.



Logo Hari Guru 2014

Salam sejahtera semua.



Putih
- Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak
- Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning
- Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang
  membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah
- Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru
- Menunjukkan perpaduan muhibah.



Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segala lapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan buku didapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajaran dan pendidikan daripada guru. 

Dua reka bentuk di antara murid dan buku, ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangan tentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkan murid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulum mengikut prinsip-prinsip Rukun Negara. 

Dari bawah didapati satu garisan bulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadi sebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.

"SELAMAT HARI GURU, CIKGU...
 

Thursday, May 8, 2014

Tema Hari Guru

Salam sejahtera semua..

Jom kita tengok senarai tema Hari Guru untuk tahun 2014 dan tahun-tahun sebelumnya.

2014   Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010   Guru Pembina Negara Bangsa
2009   Guru Pembina Negara Bangsa
2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999   Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998   Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997   Guru Bestari Sekolah Bestari
1996   Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995   Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992   Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991   Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990   Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989   Guru Pembina Budaya Ilmu
1988   Guru Pengasas Budaya Membaca
1987   Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986   Pendidikan Teras Nasionalisme
1985   Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984   Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983   Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982   Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981   Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980   Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979   Murid Sejahtera Negara Jaya
1978   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977   Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976   Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975   Guru dan Pembangunan Negara
1974   Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973   Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972   Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

kredit utk moe.gov.

Tema Hari Guru 2014

Salam sejahtera semua...

Hari guru akan disambut setiap 16 hb Mei ....

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan. 

Wednesday, May 7, 2014

Tiada lagi Bujang Lapok - Pak Ajis meninggal dunia

Salam sejahtera semua..

Sesungguhnya mati itu pasti.

Innalillahhiwainnailaihirojiun..
Pemergian Allahyarham Datuk Aziz Sattar atau nama sebenarnya Abdol Azez bin Satta, semalam 6 Mei 2014, (kerana sakit jantung)  telah melengkapkan kehilangan trio Bujang Lapok bagi Lagenda seni tanahair.

Hampir kebanyakan rakyat Malaysia akan mengingati P.Ramlee, S. Shamsuddin dan Aziz Sattar sebagai trio Bujang Lapok.
Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada arwah dan ditempatkan di sisi yang beriman.
Al~Fatihah.



tq pak gugel.. for the foto.


Tuesday, May 6, 2014

Saya sibuk menanda kertas peperiksaan Kolej Vokasional

Salam sejahtera semua.

Saya memang agak sibuk sejak dua  minggu lepas. Bermula dengan pemantauan dari pihak BPTV, Penilaian Akhir pelajar Diploma sehinggalah menanda kertas peperiksaan ulangan dan penilaian akhir. Mesyuarat mesyuarat mesyuarat....... Minggu hadapan pulak bermula penilaian akhir pelajar pra diploma pulak...

Ohhhh... macam bersusun jadual saya yang sangat padat. Tapi.. nak buat macam mana.. Itu adalah tugas saya yang memberikan balasan "gaji" setiap bulan yang saya dapat.

Di samping sibuk dengan urusan anak yang akan mendaftar ke matrikulasi, saya cuba juga curi masa untuk diri sendiri. Saya santai dengan blog kesayangan ni.. saya juga sempat "main game" kat handphone "canggih" saya tu... hahaha...

Namun ibadat kepada Allah tidak diabaikan. Walau tangan sibuk menanda kertas jawapan pelajar, saya pinjamkan telinga untuk mendengar hafazan ayat suci AlQuran di tv.. Terasa tenang diri dan saya sangat kagum dengan anak-anak yang boleh menghafaz di usia yang masih muda.. Ini mengingatkan saya di zaman sekolah dulu.. hafal surah Yaasin sebab tiap malam jumaat baca dan ustazpun galakkan utk hafal.

Bila menanda kertas jawapan pelajar, sejak dah di Kolej Vokasional ni.. pensyarah mesti menanda mengikut skema dan aturan yang ditetapka oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Sejarah menanda kertas ni dah hampir lima tahun saya tinggalkan. So, tak la gabra dengan istilah BOD, K1, N0 dan sebagainya.

Apa juga yang dilakukan, semua itu adalah pengalaman berharga yang tidak dijual di mana-mana.

ok.. saya sambung menanda kertas dulu... :)



Monday, May 5, 2014

Thursday, May 1, 2014

Selamat datang Rejab

salam sejahtera semua


Hari ini masuk bulan Rejab 1435H.
Alangkah beruntungnya jika kita banyak melakukan amalan sunat sepanjang bulan ini. Di samping amalan wajib, bagusnya jika kita dapat berpuasa sunat, bersolat sunat, bersedekah, berzikir, membaca ayat Al Quran..

Antara amalan baik yang boleh dilakukan..
  • Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
  • Meneguhkan jiwa dan keimanan dengan memperbanyak bacaan al-Quran.
  • Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan beristighfar dan zikir
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat, puasa dan bersedekah
  • Mohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
  • Menginsafkan diri dengan membaca atau mendengar peristiwa Israk dan Mikraj, kisah teladan perjuangan Rasulullah dan sirah Islam lain.
InsyaAllah.. semoga semua amalan kita diterima Allah SWT..


Mei datang lagi...

Salam sejahtera semua..

Alhamdulillah .. Mei datang lagi.. Telah 120 hari berlalu di tahun 2014.
Sekejap betul masa berlalu.
Banyak perkara telah berlaku sepanjang 4 bulan ini...

Januari dimulakan dengan menyambut hari lahir suami seawal 5 Januari. Hari yang sama juga menghantar Ikhwan, anak sulung ke PLKN White Resort Pulau Pinang. Selama 17 tahun hidup bersama, tidak pernah terpisah.. Perasaan berbaur memikirkan ketiadaanya selama 3 bulan. Namun doa tetap dipanjatkan agar semuanya baik-baik belaka.

Bersyukur kerana di bulan Januari dapat meraikan hari lahir sendiri, suami dan anak sulung. Tidak meraikan  secara berlebihan. Sekadar membeli sebiji kek.. share kami bertiga untuk berlima.. itupun menunggu kepulangan Ikhwan sewaktu bercuti Tahun Baru Cina.

Menghantar Fateha ke KVErtSetapak untuk temuduga kulinari... sekali lagi menjadikan hati berbaur resah.. Bila Fateha sendiri menidakkan... lega juga sebab kesian pada si bongsu, Izham tidak berkawan di rumah...
(Dah rezeki hanya ada 3 anak)

Sempat menghantar bonda tercinta ke Mekah pada 1 Mac menunaikan Umrah. Setelah tertangguh beberapa kali. Alhamdulillah. !2 hari di sana melengkapkan ibadah umrah.. banda selamat kembali ke tanahair tercinta..

Keputusan SPM 2013 diumumkan sebaik Ikhwan kembali dari PLKN. Alhamdulillah tetap bersyukur dengan keputusan yang diterima. Tawaran ke matrikulasi juga menjadikan hati ini cukup bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan kepada keluarga ku..

Semoga kehadiran Mei dan hari-hari yang mendatang.. menjadikan kami sebagai hamba Allah yang lebih beriman dan bertaqwa.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...