Wednesday, April 24, 2013

Catatan diari 2 – ada nasi goreng…



Salam sejahtera semua

Rabu-17/4/2013    10:14 pm
Pagi tadi datang ke pejabat seperti biasa. Hari ni waktu mengajar agat lewat. 4:00 petang baru mula. Seawal 8:00 pagi, mulakan sarapan dulu.  Sambil breakfast, sambil dengar radio, sambil menyiapkan modul yang terhenti hampir dua minggu. Terhenti bukan tiada idea, tapi nak buat soalan ulangkaji pulak. Tak apalah penat sikit asalkan pelajar saya dapat membuat ulangkaji terancang dan berjaya dalam peperiksaan mereka.
Sebenarnya, dah dua hari saya rasa kurang selesa disebabkan sakit lama saya datang kembali. Entah apa silapnya, maka lutut saya kembali sakit. Tetapi, Alhamdulillah kerana sakit kali ni hanya melibatkan lutut kanan sahaja. Resah dibuatnya bila duduk salah, berlunjurpun sakit… saya dah makan ubat tahan sakit, tapi macam tak ok je…
Akhirnya “arahan” suami saya turutkan juga. Kalau saya ke klinik, mesti doctor bagi mc dan saya perlu rehat. Saya masih “memikirkan” pelajar saya. Akhirnya dalam jam 9:00 pagi saya panggil pelajar saya, beri mereka latihan ulangkaji seawal pagi (walau kelasnya bermula petang nanti). Saya ke klinik dihantar suami.
Seperti dijangka,
“Ni sakit urat! Saya bagi cikgu ubat tahan sakit, ubat kurangkan bengkak dan mc 2 hari~ hari ni dan esok”
“Cikgu perlu rehat,  supaya lutut tu cepat baik”
Saya hanya tersenyum walau dalam hati masih memikirkan…
“budak nak exam.. kesiannya dorang .. nak study tp cikgunya sakit pulak”
“eh! Esok khamis… jumaat cuti keputeraan sultan perak… eh! Lama sangat cuti tu… isnin bebudak dah start exam”
“alamak! Lesson plan tak buat lagi…”
Macam-macam bermain di fikiran.
“tak payah fikir semua tu.. rehat je.. kesihatan lebih penting” suami mengomel bila dia boleh membaca fikiran saya..

Akhirnya saya akur!
Balik dari klinik tadi, selepas menelan ubat.. saya lena sampai petang dan sakit lutut saya semakin reda.
Malamnya sempat lagi saya masakkan nasi goreng buat suami dan anak-anak…


Anak-anak memang suka nasi goreng…
Terima kasih masih sudi membaca catatan saya… Jumpa lagi!
 

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...