Salam sejahtera semua..
Alhamdulillah .. Mei datang lagi.. Telah 120 hari berlalu di tahun 2014.
Sekejap betul masa berlalu.
Banyak perkara telah berlaku sepanjang 4 bulan ini...
Januari dimulakan dengan menyambut hari lahir suami seawal 5 Januari. Hari yang sama juga menghantar Ikhwan, anak sulung ke PLKN White Resort Pulau Pinang. Selama 17 tahun hidup bersama, tidak pernah terpisah.. Perasaan berbaur memikirkan ketiadaanya selama 3 bulan. Namun doa tetap dipanjatkan agar semuanya baik-baik belaka.
Bersyukur kerana di bulan Januari dapat meraikan hari lahir sendiri, suami dan anak sulung. Tidak meraikan secara berlebihan. Sekadar membeli sebiji kek.. share kami bertiga untuk berlima.. itupun menunggu kepulangan Ikhwan sewaktu bercuti Tahun Baru Cina.
Menghantar Fateha ke KVErtSetapak untuk temuduga kulinari... sekali lagi menjadikan hati berbaur resah.. Bila Fateha sendiri menidakkan... lega juga sebab kesian pada si bongsu, Izham tidak berkawan di rumah...
(Dah rezeki hanya ada 3 anak)
Sempat menghantar bonda tercinta ke Mekah pada 1 Mac menunaikan Umrah. Setelah tertangguh beberapa kali. Alhamdulillah. !2 hari di sana melengkapkan ibadah umrah.. banda selamat kembali ke tanahair tercinta..
Keputusan SPM 2013 diumumkan sebaik Ikhwan kembali dari PLKN. Alhamdulillah tetap bersyukur dengan keputusan yang diterima. Tawaran ke matrikulasi juga menjadikan hati ini cukup bersyukur dengan kurniaan yang Allah berikan kepada keluarga ku..
Semoga kehadiran Mei dan hari-hari yang mendatang.. menjadikan kami sebagai hamba Allah yang lebih beriman dan bertaqwa.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.