Raya ?
upppssss... Puasa la.... dah masuk hari ke 14 hari ni. Bermakna ada lebih kurang 2 minggu lagi nak raya.
(Update: tq atas teguran... puasa maaa :) )Saja nak citer... tahun ni balik kampung siapa? Kg suami ke atau kg isteri? Kalau bujang, no hal!
Di pihak aku sendiri, tahun ni giliran kami beraya di Gopeng. Raya ke dua baru balik Gombak. Memang itu janji yang dah kami buat sejak berkahwin 14 tahun dulu. Setakat ni, OK! Kadang-kadang aku heran juga camnolah ada orang yang setiap tahun beraya di kg suami... maksud aku setiap 1 hari raya tidak beraya bersama ibu ayah dan adik beradik sendiri. Kalau mak ayah dah meninggal tu, mungkinlah. Ini mak ayah sihat walafiat... tak terjangkau akal fikiranku... Adalah sebab tersendiri kot!
Bila raya di kg suami, aku adalah orang yang paling sibuk. Maklum saja suami hanya dua beradik. Segala urusan di dapur dan di rumah, kami sama-sama saling bantu membantu. Syukur kerana suamiku rajin membantu termasuklah menghidangkan air dan juadah untuk tetamu.
Kalau raya di Gopeng, juadah istimewa mesti lemang dan kelamai. Masak rendang mesti dua jenis. Rendang daging dan rendang ayam... haaa.. makan rendang sampai lebam.. Tapi masa arwah abah ada dulu, tengah hari mesti cari nasi jugak. Dapat lauk ikan masin dan rebus pucuk ubi cicah sambal belacanpun tak apa...
Petang hari baru pegi ziarah keluarga saudara mara. Itupun cepat-cepat kunci pintu, kalau tak... tak merasa ziarah rumah orang lain. Dok mengadap sinki... basuh pinggan dan bancuh air je lah jawabnya..
Kalau raya di Gombak, keluarga suami tak ramai. Lepas zohor dah boleh melepak... dah habis round rumah sedara. Sehinggakan pernah sekali tu kami pergi melawat
sedara kat zoo. .. pulak...
Sekarang ni lagilah sejak mak mertua dah tiada, nak merendek ke rumah sesedara... malas yang amat... penggalaknya tak tiada...
Okay, walau di mana anda beraya, kita kena tunjukkan kepada anak-anak apa pengertian raya yang sebenarnya. Tak la lepas sembahyang raya melepak depan tv je... kat dalam bilik. Sedara datang pun tak kenal...