Thursday, September 3, 2009

Rendang Rawa

Haaaa, semalam dah buat n3 rendang Minang. Menu favourite suami. Hari ni rendang Rawa pulak la. Tak guna daging, tapi tukar dengan kerang pulak...


Gempak kat cili api tu.. hehehe..

Bahan-bahan:
1 kg kerang ~ direbus (sekejap je) dan ambil isinya
20 biji cili api
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
2 helai daun kunyit
Santan dari sebiji kelapa
3 sudu besar kerisik
garam secukup rasa

Cara masak:
1. Tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
2. Hiris halus bawang merah, bawang putih, halia.
3. masukkan kerang, hirisan bawang/halia dan cili api tadi ke dalam kuali.
4. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.
5. Masukkan kerisik, daun kunyit dan serai serta garam secukup rasa.
6. Kacau hingga agak kering.

10 comments:

  1. maken ngan mee goreng mamak sodop tu.

    ReplyDelete
  2. macam2 rondang ado. Rondang apo iko?

    ReplyDelete
  3. OneZ,
    bulan puaso ko, melantak ajo. mano nak kuruih!

    ReplyDelete
  4. alamak
    terlior kata orang kg teman..

    ReplyDelete
  5. jinggo,
    carilah peneman... boleh tolong masakkan rendang... :)

    ReplyDelete
  6. alahi..rendang lagi ni...mmm....sedap betul nampak. Slurrppp....

    ReplyDelete
  7. salam kak lin...
    nanti buat rendang tok pulak yer...

    ReplyDelete
  8. El Mariachi,
    rendang tok? sangatla lecehnya... nanti suruh mak akak buat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...