Saturday, November 22, 2014

Wasiat Rasulullah SAW 28: Larangan Memakai Rambut Palsu

Salam sejahtera semua,






WASIAT RASULULLAH SAW ~ 28 : LARANGAN MEMAKAI RAMBUT PALSU


SEORANG wanita telah datang menemui Rasulullah SAW, katanya kepada baginda:
 "Ya Rasulullah, saya mempunyai seorang anak perempuan remaja yang telah diserang penyakit demam campak yang menyebabkan rosak dan gugur rambutnya, adakah boleh saya memakainya dengan rambut palsu?"
Rasulullah menjawab:
 "Allah mengutuk perempuan yang menjadi tukang rambut palsu dan perempuan yang memakai rambut palsu." [HR, Bukhari dan Muslim]

Daripada Hamid bin 'Abd al-Rahman bin 'Auf beliau telah mendengar Mu'awiyah berucap di musim haji di atas suatu mimbar sambil beliau mencapai seikat rambut dari pada tangan seorang pengawal, katanya:
 "Hai penduduk kota Madinah, di manakah Ulama'-ulama' kamu? Saya telah mendengar Rasulullah SAW melarang perbuatan seumpama ini sabdanya: "Sesungguhnya kemusnahan Bani Israel (Bangsa Yahudi) itu ketika kaum wanitanya memakai (rambut palsu)."  [HR, Bukhari dan Muslim]

  Allah SWT telah berfirman:
  "Apa yang diperintahkan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya kepadamu maka tinggalkanlah."  [Al Hasyr: 7]

Dari itu wahai kaum wanita, hindarilah dari perbuatan tersebut, supaya dirimu terhindar dari perbuatan haram, kerana tiada tempat lain bagi setiap yang haram melainkan santapan yang empuk bagi api neraka.
Lebih baik bertudung... pahalapun dapat..


2 comments:

  1. betul saya setuju... lebih baik pakai tudung dari pakai rambut palsu... ini macam pakai contact lens... susahnya nak uruskan rambut palsu ni...

    ReplyDelete
  2. Ye najib.
    Allah bagi akal utk kita fikir yg baik.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...