Thursday, October 30, 2014

Siap juga skirting meja saya..

Salam sejahtera semua,

Dah banyak kali tertangguh.
asyik tak sempat dan pastinya..
asyik malazzz aje..

dah tak ingat berapa lama tertangguh..
makan bulan juga..
hehe
siap juga akhirnya..

 ni bilik kerja saya..
semuanya simple
asal saya dapat bekerja dengan selesa
alhamdulillah


 abaikan saja bahagian yang berselerak itu..


disebabkan asyik nak merasa minum yang sejuk.. 
saya "cari"  mini fridge..
sempat juga buatkan skirtnya sekali..


Wednesday, October 29, 2014

Tarikh keputusan pentaksiran PT3 2014

Salam sejahtera semua,



Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan menyatakan bahawa calon PT3 2104 akan menerima keputusan pentaksiran di sekolah masing-masing pada 22 Disember 2014 nanti.

Keputusan yang buat pertama kali itu akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan ke SBP atau mana-mana sekolah berasrama penuh..

Permohonan ke SBP bagi 2015 adalah melalui online melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan www.moe.gov.my yang dibuka mulai 1 hingga 30 Disember 2014.

Semakan keputusan pemilihan dan penempatan ialah selewat-lewatnya mulai 30 Januari 2015.

Selamat datang MQA

Salam sejahtera semua,






Hari yang ditunggu dah tiba..

Selamat Datang panel penilai MQA..
Selamat dinilai warga KVSM

All the best!

Tuesday, October 28, 2014

Sampah oh sampah

Salam sejahtera semua,

Jadual mengutip sampah kat kawasan perumahan saya ni ialah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kebiasaannya selepas Jumaat.. kami kena tunggu 3 hari untuk sampah dikutip pada hari Isnin...
Bayangkanlah.. bila weekend, dah tentulah ramai yang rajin memasak atau paling tidak mengemas peti ais..
Makanya.. akan bertimbun la sampah sarap.. sampah basah ada, sampah kering ada...

Kalau rajin, en. suami akan buang sampah di tong besar yang disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran berhampiran pasar..

Kalau pihak Majis Perbandaran "culas" sehari tidak mengutip sampah... makanya.. macam-macam la yang akan berlaku dengan "sampah-sampah" tu..
-ulat-ulat akan bermaharajalela
-anjing/kucing akan mencari sisa makanan
-sampah akan berterbangan
-nyonya "pencari botol dan kotak" akan meyelongkor
..... isyhhhh.. macam-macam la...

dan pihak berkenaan jangan la marah pulak jika  penduduk bertalu-talu menelefon ke "frontdesk" bertanya bila lori sampah nak datang..

apa-apapun, saya respect kat orang yang kerjanya mengutip sampah..
terima kasih..
 


Rakyat berpendapatan RM5000 ke bawah dapat subsidi penuh mulai 2015

Salam sejahtera semua..

ni.. saya petik keterangan dari awani....

KUALA LUMPUR: Hanya mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan akan mendapat subsidi penuh di bawah skim rasionalisasi subsidi petrol yang akan dilaksanakan tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Perbankan Islam Bank Rakyat sebentar tadi.

"Mereka yang berpendapatan lebih daripada RM10,000 sebulan tidak akan menikmati subsidi penuh, manakala mereka yang berpendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 akan mendapat separuh," ujar beliau.

Namun demikian, mekanisme perlaksanaan masih dikaji oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan....




Persoalan saya:
Sehingga bilakah kita nak kasta-kastakan rakyat Malaysia ni?..
Saya adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang berpendapatan antara RM5000 hingga RM10000. dan akan hanya dapat subsidi separuh sahaja. Saya berpendapatan demikian kerana saya adalah lepasan ijazah dan bekerja dengan gaji yang setaraf dengan kelulusan saya.. Dengan usaha belajar hingga dapat ijazah, bekerja dan menjadi pembayar cukai yang taat setia, namun banyak keistimewaan yang dipandang sipi-sipi saja oleh pihak kerajaan.

Agaknya lebh baik belajar setakat SPM.. bekerja sekadar kerani, tiap tahun dapat BRIM.. dapat beli minyak dengan subsidi penuh... huhu...
 
 

Monday, October 27, 2014

Jeruk mangga asam boi

Salam sejahtera semua

Kalau dulu, ramai-ramai sibuk dengan Durian crepe.. heboh... tapi tak la sedap manapun.. sedapnya kalau durian tu memang lemak manis dan fresh... 

Sekarang tengah trending jeruk mangga asam boi pulak.
Kepada yang suka makan asam jeruk ni.. memang tengah giler la...
Memang sedap dimakan tapi kena jaga kesihatan ye kakak adik sebab semua tu [mangga, asamboi, limau kasturi dan cilipadi] bakal menghakiskan perut anda semua!


Sunday, October 26, 2014

Hakikat menjadi seorang guru..

Salam sejahtera semua



Inilah hakikatnya menjadi seorang guru...
Ramai yang kata seronoknya menjadi guru..
Macam-macam tanggapan dan andaian serta persepsi dicanangkan...
Hakikatnya...
hanya guru sahaja yang mengetahui..

Saya dah menjadi guru sejak 1993 lagi..
bermakna telah bergelumang dalam dunia pendidikan selama 21 tahun..
Untungnya saya kerana saya mengajar di sekolah menengah..
dari Sekolah Menengah Vokasional, ke Sekolah Menengah Teknik, kembali ke Sekolah Menengah Vokasional dan akhirnya terkini kolej Vokasional..

Saya gembira bergelar guru..
saya sentiasa rindukan perkataan "cikgu" dari anak didik saya..
berbangga jika anak didik saya berjaya dalam pelajaran dan hidup
bersyukur pabila anak didik yang berjaya mengucapkan "terima kasih, cikgu.. "
tumpang gembira apabila  mereka dikurniakan keluarga yang bahagia..

Sehingga kini saya masih seorang guru..
guru yang biasa..
terus berbakti mencurah ilmu buat anak didik..
masih bersemangat walau anak didik jelas kecundang sesekali..
saya ingin terus membantu mereka
hingga mereka semua berjaya..

saya tidak mengharapkan balasan harta..
cuma..
cukuplah dengan doa yang tulus dari anak didik..
mendoakan kesejahteraan dan kesihatan saya
kerana tanpa mereka, siapalah saya..


Saturday, October 25, 2014

Belajar macam bergaduh..

Salam sejahtera semua,

Minggu depan anak-anak akan mula menghadapi peperiksaan akhir tahun. Makanya... perlulah buat ulangkaji dan belajar belajar belajar..

Anak-anak ni memang kena suruh dan paksa, baru nak buat ulangkaji. Baru buat satu dua soalan Matematik, dah letih.. mengantuk.. lapar.. nak ke toilet.. nak tengok tv..
isyyhhhh.. macam-macam..

kalau buat latihan, nak bagi faham.. macam bergaduh..  saya suka ajar dengan suara kuat supaya masuk dalam telinga anak-anak. Kalau orang lain dengar.. tentu ada yang ingat kami ni bergaduh..huhu
agaknya kalau mengajar dengan alunan suara romantik.. haruslah anak-anak ni lena dibuai mimpi.

Apa-apapun.. tentu mak ayah harapkan yang terbaik dari anak-anak. Anak-anak kena rajin berusaha disamping berdoa dan jangan lupa solat.. Doa mak ayah akan selalu menyusul mengiringi kejayaan anak-anak. Aamiin...



Friday, October 24, 2014

Makan tembikai di malam hari

Salam sejahtera semua,

Semalam saya teringin makan steamboat... makan punya sedap beserta minum air tembikai lagi... jam 1 pagi saya sakit perut..
Hari ni saya ke sebuah pasar raya.. nampak tembikai sekilo RM0.99. Apa lagi.. terus beli. timbang.. dan dapatla..sebiji RM5.00.
Dah malam baru teringat nak makan..




Harap tak sakit perut..

sedapnya strawberi.. yummy!

Salam sejahtera,

Saya agak jarang ke Cameron Highland. Walau dekat je dari Manjung atau dari kg saya di Gopeng.

Kesempatan rakan kolej berkursus di sana, saya ambil peluang memesan teh dan buah strawberi..
Memang "gemuk-gemuk" buah strawberi tu.. Tapi tetap masam...hehe
Nak pesan banyak2.. kesian pulak rakan tu nak bawakan balik..
Nanti senang.. bolehlah pergi.


Thursday, October 23, 2014

Terima kasih Kelab Blogger Ben Ashaari

Salam Sejahtera semua,

Mesti ramai yang dah join #KelabBloggerBenAshaari
setakat yang saya jeling jam 4:30 tadi , group #KelabBloggerBenAshaari dah ada 23,906 ahli.
Group kelab yang berstatus PUBLIC tu boleh disertai oleh sesiapa sahaja.. namun kebanyakannya adalah bloggers..

Jom la join. Boleh saja nak menambah ilmu, menambah kenalan dan yang penting sentiasa berfikiran positif bila membincangkan sesuatu isu berkaitan blog.

Tahniah buat semua blogger.. terutama en. BenAshaari..



Izham dan KRS


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Salam sejahtera semua,

Pagi-pagi telefon saya kehabisan bateri..
Nasib baik tersedar jam 6 pagi...
Setelah siap mengurus diri...
Seperti yang dijanjikan.. saya ke dapur menyediakan kteow goreng buat bekalan kami ke sekolah....

Saya lupa terus dengan telefon yang kehabisan bateri..
Hampir melangkah ke kolej, baru saya teringat.. sempat mengecas sekejap memandangkan jam baru menghampiri 7:30 pagi..
Tiba di kolej baru sempat  on kan telefon...
Oh banyaknya mesej..
missed call pun ada.. 
Saya sekadar memberi mesej kepada missed call tersebut...

"Saya cikgu S** R*****, cikgu KRS anak puan Muhammad Izham"
"Ok.. sorry la sbb saya tengok ada missed call tadi, bateri kong!"
"Saya nak calonkan Izham untuk kursus/ujian naik pangkat di Sepang"
"Ok.. tapi masa tu exam dah habis ke?"
"Dah habis dah.. 3-6 Nov ni.. kalau setuju saya nak bagi nama dia"
"Baiklah.. tiada masalah."

Kalau dah rezeki Izham.. saya tak menghalang. Minggu lepas dia terlepas hadir kursus tu yang diadakan di Kuala Kangsar sebab di pergi rombongan ke KLCC dan ICity.. 

Errmmm, jauhnya ke Sepang.. Moga Izham terus sukses!

anak saya yang comel.. tapi bersemangat waja...
 

Wednesday, October 22, 2014

Cuti...masak-masak dan makan-makan..

Salam sejahtera semua,

Hari ini cuti sempena raya Deepavali.
Disebabkan cuti cuma sehari saja.... maka kami tidak ke mana-mana..
Sekadar di rumah masak dan makan...
Izham teringin sangat nak makan sambal tumis udang..

OH!!! satu Manjung mencari udang yang sesuai nak disambalkan..
Memang bukan rezeki Izham la...
sudahnya.. sambal ikan je yang dapat...

Inilah hasilnya..


 sup sayur kobis panjang dgn cendawan


 goreng ikan bilis, bawang dan kacang botol bercili
ni kegemaran en. suami


 ni dia sambal ikan merah
sebagai pengganti sambal udang


ni yang sangat simple..
isi ayam yag digoreng..
tabur je bawang yang digoreng layu..

Kalau cuti memang rajin la..
bila kerja.. aduhaiii... beli lauk kedai la jawabnya
sampai dah jemu..

Tuesday, October 21, 2014

Jadual cuti cuti 2015

Salam sejahtera semua

Rabu lepas saya dah share tentang takwim sekolah 2015. Hari ni nak share pulak cuti 2015..

Jom lah kita belek-belek..


Terimakasih kepada yang sudi share..

Sunday, October 19, 2014

Hantu Kasut

Salam sejahtera semua..

Saya suka sangat beli kasut. Kalau boleh  tiap minggu nak beli kasut..
Tak perlu beli yang mahal atau berjenama.. yang murahpun ok.. tapi selesa di kaki dan cantik di mata...
Saya memang lasak berkasut. Sekejap je dah "rosak"
Saya pernah beli kasut tapi lupa nak pakai.. sampai mereput kasut tu..

Minggu lepas saya nak cari kasut warna merah.. tapi tak jumpa ... tak berkenan..
sudahnya saya beli juga 2 pasang..
Tak perlu high heels..
nanti saya sakit lutut..
Walaupun saya hantu kasut, tapi saya tak suka simpan.. Bila rosak.. lebih baik buang..daripada baiki, baik saya beli baru.. hehe





Thursday, October 16, 2014

MUET ~ Best of luck to Ikhwan

Salam sejahtera semua,


Hari ini anak sulung saya, Ikhwan akan mengambil peperiksaan MUET. Wish him Best of Luck. Sebagai emak, tentu saya nak kan yang terbaik buat anak.

Semoga Allah sentiasa melindunginya dan memberikannya kejayaan dunia dan akhirat. Aamiin.


Wednesday, October 15, 2014

Takwim Persekolahan Tahun 2015

Salam sejahtera semua

Sekadar berkongsi takwim persekolah untuk tahun hadapan. Boleh la kita merancang apa yang patut.. Yang pastinya tahun hadapan.. anak saya Nurul akan menghadapi SPM dan izham akan menghadapi UPSR...

sharing is caring!



Tuesday, October 14, 2014

Bukan Chicken Chop ... tapi.... Chicken Maryland...

Salam sejahtera semua..

 Setiap kali makan di restoran atau di warung.. saya suka sangat mencuba menu baru.. biarpun agak berisiko... hahaha.. risikolah sangat..
ye la kannnn.... kalau makanan yang di order tu sedap hingga licin.. ok la.. tapi kalau hurmmm... membazir la jawabnya..

hujung minggu yang lalu.. masa menghantar anak sulung saya balik ke asrama, sempat makan di restoran tempat kami menginap.. biasanya dah pernah order chicken chop.. salmon pun dah rasa.. makan kat situ memang sedap.. tapi portionnya sangat banyak.. tak larat nak habiskan. lebih-lebih lagi kalau hari malam.

so, nak cuba lah menu lain. tengok pada harga.. macam sama je harga dengan chicken chop.. maka.. inilah dia.. Chicken Maryland... memang mewahhhh...

 

ada fries, ayam goreng, sosej, coleslaw dan yang best ada  pisang goreng salut cheese.. ermmm yummy.
dan rasanya... diet saya memang seimbang sangatttt... hahaha...

esok lusa.. gigih membakar kalori...
 
 

Monday, October 13, 2014

Mahal rupanya macaroon ni ye...

Salam sejahtera semua..
 Anak saya teringin sangat nak makan macaroon ni..
Makanya .. kami ke sebuah restoran yang memang kebetulan menghidangkan macaroon ni..

Kami dah perasan yang harganya RM4.00 per pieces.. tapi nak order juga.. mungkin membanyangkan dalam sekotak kot..



nah.... amikkkk kau!!!!
hahaha..
apalah yang mahal sangat..
setakat putih telur dan gula.. dan ada krim berperisa... hahaha
hentam la labu.....
nak buat malas.. bayor ajela...
hahaha

Saturday, October 11, 2014

Cuti hujung minggu yang asyik sibuk

Salam sejahtera,

memang ada saja perkara yang nak dibuat walau cuti..
tapi bila sempat update blog.. kira ok la kan...

Hari ni dan esok nak menguruskan hal ehwal anak sulung..
lusa tulat tentu nak uruskan yang no dua dan yg bongsu
syukur ada 3 org anak.. kalau ramai lagi.. tak cukup seminggu..

ok... selamat bercuti buat semua..
chow chin chow...

Friday, October 10, 2014

Daging masak kicap

Salam sejahtera semua

dapat daging korban seba sedikit..
daripada mengeras di dalam peti ais.. kita masak masak.
tak kira lah masak stail apa.. janji masak.

makanya terhasillah daging masak kicap ni..
mudah sangat nak masaknya..

saya masak simple n sweet.. :)

Jom kita intai resepi yang ada..

Bahan-bahanye ( ikut keperluan isi rumah)

500 gram daging (dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil dan direbus dulu hingga empuk)
3 sudu besar kicap manis (guna kicap kipas udang yg merah tu je)
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu sos tiram
3 biji bawang besar (sebiji dihiris bulat ... bawang yg kuning tu sedap)
5 ulas bawang merah
2 inci halia
5 ulas bawang putih
5 sudu besar lada kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh)
1 sudu serbuk lada hitam
2 sudu serbuk rempah sup
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji ubi kentang (hiris dan goreng)
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis


Caranya
1. Mula-mula gorengkan dulu ubi kentang yang dihiris dan agak garing  masukkan hirisan bawang besar dan ketepikan.

2. bawang besar, bawang merah, bawang putih dah halia diblend hingga hancur, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.

3. Kemudian masukkan serbuk rempah sup, kicap manis dan kicap pekat dan sos tiram, selepas itu masukkan daging (yang telah direbus) dan 1/2 cawan air,  masak daging hingga  kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan 1 sudu kecil gula, akhir sekali masukkan ubi kentang dan bawang besar yang telah digoreng dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan.




selamat mencuba...

Thursday, October 9, 2014

Aku, memasak dan zikir

Salam sejahtera semua,


sebagai seorang isteri dan ibu... memasak adalah antara rutin harian yang wajib... Walau kadang-kadang hanya masak air saja... namun.. memasak dan berzikir bukan perkara susah. Lebih baik dari menyanyi...
Berzikirlah .. Ya latif... subhanallah...  masa kita memasak.. mencuci beras.. mengacau masakan di kuali..

gulai pucuk ubi dengan telur ayam... favourite suami saya...
pasti lebih enak bila dimasak sambil berzikir... InsyaAllah..

Wednesday, October 8, 2014

Selesai sudah ibadah korban

Salam sejahera semua..

Hari Ahad bersamaan 10 Zulhijjah... Hari Raya Qurban..
Hari Raya tahun ni sambut di Gopeng.
Alhamdulillah... setelah bersolat sunat Aidil Adha, kami ke masjid Gopeng untuk menyempurnakan korban untuk bahagian emak, ikhwan dan niesya..

Kali ni kebanyakannya adalah kerbau.. Alhamdulllah kerbau bahagian kami amat mudah dijinakkan..
Merasa ekornya.. dimasak sup.. sakan makan daging...






InsyaAllah .. tahun depan kita berkorban lagi...

Wednesday, October 1, 2014

Memang sibuk

Salam sejahtera semua..

Hari ni memang sibuk. Seawal pagi hadir mesyuarat.
Tak habis lagi.. berkejar pulak mengawas peperiksaan..
sebagai ketua pengawas.. berkejar ke tingkat satu mengambil kertas soalan
exam sejam setengah...
balik jam 1230..
menguruskan hal anak-anak..
petang... dgn urusan unit sains matematik
menanda skrip jawapan

balik dari sekolah..
jam 5pm.. menguruskan hal rumahtangga pulak..

jam 10 pm dah tak terdaya..
zzzzz


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...