Friday, October 10, 2014

Daging masak kicap

Salam sejahtera semua

dapat daging korban seba sedikit..
daripada mengeras di dalam peti ais.. kita masak masak.
tak kira lah masak stail apa.. janji masak.

makanya terhasillah daging masak kicap ni..
mudah sangat nak masaknya..

saya masak simple n sweet.. :)

Jom kita intai resepi yang ada..

Bahan-bahanye ( ikut keperluan isi rumah)

500 gram daging (dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil dan direbus dulu hingga empuk)
3 sudu besar kicap manis (guna kicap kipas udang yg merah tu je)
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu sos tiram
3 biji bawang besar (sebiji dihiris bulat ... bawang yg kuning tu sedap)
5 ulas bawang merah
2 inci halia
5 ulas bawang putih
5 sudu besar lada kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh)
1 sudu serbuk lada hitam
2 sudu serbuk rempah sup
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji ubi kentang (hiris dan goreng)
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis


Caranya
1. Mula-mula gorengkan dulu ubi kentang yang dihiris dan agak garing  masukkan hirisan bawang besar dan ketepikan.

2. bawang besar, bawang merah, bawang putih dah halia diblend hingga hancur, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.

3. Kemudian masukkan serbuk rempah sup, kicap manis dan kicap pekat dan sos tiram, selepas itu masukkan daging (yang telah direbus) dan 1/2 cawan air,  masak daging hingga  kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan 1 sudu kecil gula, akhir sekali masukkan ubi kentang dan bawang besar yang telah digoreng dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan.




selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...