Jadual mengutip sampah kat kawasan perumahan saya ni ialah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Kebiasaannya selepas Jumaat.. kami kena tunggu 3 hari untuk sampah dikutip pada hari Isnin...
Bayangkanlah.. bila weekend, dah tentulah ramai yang rajin memasak atau paling tidak mengemas peti ais..
Makanya.. akan bertimbun la sampah sarap.. sampah basah ada, sampah kering ada...
Kalau rajin, en. suami akan buang sampah di tong besar yang disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran berhampiran pasar..
Kalau pihak Majis Perbandaran "culas" sehari tidak mengutip sampah... makanya.. macam-macam la yang akan berlaku dengan "sampah-sampah" tu..
-ulat-ulat akan bermaharajalela
-anjing/kucing akan mencari sisa makanan
-sampah akan berterbangan
-nyonya "pencari botol dan kotak" akan meyelongkor
..... isyhhhh.. macam-macam la...
dan pihak berkenaan jangan la marah pulak jika penduduk bertalu-talu menelefon ke "frontdesk" bertanya bila lori sampah nak datang..
apa-apapun, saya respect kat orang yang kerjanya mengutip sampah..
terima kasih..
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.