Tuesday, October 28, 2014

Rakyat berpendapatan RM5000 ke bawah dapat subsidi penuh mulai 2015

Salam sejahtera semua..

ni.. saya petik keterangan dari awani....

KUALA LUMPUR: Hanya mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan akan mendapat subsidi penuh di bawah skim rasionalisasi subsidi petrol yang akan dilaksanakan tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Perbankan Islam Bank Rakyat sebentar tadi.

"Mereka yang berpendapatan lebih daripada RM10,000 sebulan tidak akan menikmati subsidi penuh, manakala mereka yang berpendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000 akan mendapat separuh," ujar beliau.

Namun demikian, mekanisme perlaksanaan masih dikaji oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan....




Persoalan saya:
Sehingga bilakah kita nak kasta-kastakan rakyat Malaysia ni?..
Saya adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang berpendapatan antara RM5000 hingga RM10000. dan akan hanya dapat subsidi separuh sahaja. Saya berpendapatan demikian kerana saya adalah lepasan ijazah dan bekerja dengan gaji yang setaraf dengan kelulusan saya.. Dengan usaha belajar hingga dapat ijazah, bekerja dan menjadi pembayar cukai yang taat setia, namun banyak keistimewaan yang dipandang sipi-sipi saja oleh pihak kerajaan.

Agaknya lebh baik belajar setakat SPM.. bekerja sekadar kerani, tiap tahun dapat BRIM.. dapat beli minyak dengan subsidi penuh... huhu...
 
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...